Search This Blog

Loading...

Friday, February 5, 2010

Jangan Sekadar Membela, Tegakkan!





“weh, aku pakai eh?”

“eh, tak boleh, tu aku punya..”

. . . . .

“weh, boleh la aku pakai..”

“tak boleh lah.. aku punya tu..”

“ala.. kau bukan pakai sangat pun.. kongsi la..”

“aku kata tak boleh, tak boleh lah!”

“kau tak guna pun?! Aku pakai la..”

“benda tu bernilai buat aku.. tak boleh! Tak boleh!”

_________________

Seminggu.. dua minggu.. sebulan.. dua bulan.. yang hangat sudah sejuk.. yang kontroversi sudah senyap.. tapi bagi yang peka dan mengambil tahu perkembangannya, isu tersebut tidak akan berhenti di satu noktah itu sahaja.. malah sebenarnya telah lama isu tersebut timbul, cuma hanya tidak diuar-uarkan.. biarkan masyarakat terus dengan kehidupan masing-masing…

Ya.. isu penggunaan kalimah Allah.. telah sekian lama tersimpan dalam benak fikiran ini, hanyasanya tidak berkesempatan di post kan ke blog..

Namun, di sini penulis bukan ingin memberi huraian samada boleh atau tidak penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi selain umat islam.. bagi penulis, mereka yang mengatakan isu ini tidak boleh ada khilaf (perselisihan) pendapat, adalah kerana mereka melihat isu tersebut daripada sudut akidah. Manakala pihak yang berselisih pendapat melihat isu ini dari sudut bahasa.

Apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah sikap kita, masyarakat islam di Malaysia. Satu persatu bahana melanda agama islam. Dulu heboh pengkristianan orang melayu. Sekarang senyap. Sedangkan perkara tersebut masih lagi berlaku. Hari tu heboh isu penggunaan kalimah Allah. Tak lama lagi senyap. Sedangkan pendakyah-pendakyah yang menjalankan usaha penyebaran agama kristian mereka tidak pernah diam.

Ringkasnya, kita sekadar membela! Bila timbul sesuatu isu, baru kita nak bela. Kalau didiamkan isu tersebut, kita pun tak tahu lah apa yang berlaku.

Islam tu untuk diamalkan! Kata islam is my way of life.. tegakkan! Amalkan! Sebarkan! Sampaikan seruan! Keluarkan masyarakat daripada kekeliruan. Berikan kefahaman tentang islam yang dianuti. Bukan sekadar agama warisan.

Tidak pelik kalau golongan dewasa yang sudah berkerja atau yang hampir mencecah usia emas masih buta tentang islam. Pendidikan islam – masa di sekolah sudah berlalu. Tak sempat belajar. Ceramah islam – orang yang sama tu jugak yang datang. Ustaz-ustaz – kat masjid, slot ceramah di TV, panel forum pendidikan islam.

Pernah tak kita terfikir nak buat macam mana? Semua tu bermula daripada diri kita sendiri. Fahami islam yang kita anuti.. dalami ilmunya.. hayati.. amalkan dalam kehidupan sehari-hari.. saling ingat mengingati.. kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.. jangan hidup sendiri-sendiri.. dan banyak lagi yang kita boleh buat dengan bermula daripada diri kita sendiri.. membela tetap membela, dalam masa yang sama tegakkan! insyaAllah.. wallahu a’lam


Wednesday, January 20, 2010

Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna


___________________________________

Sukacita dimaklumkan bahawa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan menganjurkan satu konvensyen bagi membentangkan dan membincangkan tentang pemikiran seorang mujahid umat terkenal iaitu Hasan al-Banna. Sebagai rakan kongsi yang rapat kepada ISMA, PEMBINA mengalu-alukan penyertaan anda di konvensyen ini bagi memahami perjuangan serta perancangan Hasan al-Banna dan jemaah Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam.

Berikut adalah maklumat tentang konvensyen tersebut:

Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa

Tarikh: Sabtu, 30 Jan, 2010
Waktu: 8 pagi hingga 5.30 petang
Audien: Terbuka
Yuran: RM50 perseorangan, RM20 pelajar, RM70 suami-isteri
Tempat: Dewan Seri Saujana, UNITEN

Pengisian:

a. Tajuk 1:

Fikrah al-Banna Dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Aliran
Pembentang: Ustaz Mohd Rusdi Alias

Maklumat tentang pembentang:

Pendidikan - Kolej Islam Klang 1985-1988. Universiti Al-Azhar 1989-1992 (B.A Usuluddin bahagian Hadis). Institut Pengajian Tinggi Hasan Al-Baquri (Diploma Pengajian Islam).

Pekerjaan - Pengetua SMI Hira Jeram 2001-2003. Konsultan di Bahtera Consultant Sdn. Bhd. 2004. Pembimbing Bahasa Arab Al-Qur'an di Pendidikan Al-Furqan, Shah Alam.

Dakwah - Penceramah agama surau dan masjid di sekitar Shah Alam dan Klang. Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA.

b. Tajuk 2:

Pandangan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pendekatannya di Malaysia
Pembentangan: Ustaz Mohd Hazizi

Maklumat tentang pembentang:

Pendidikan - Maktab Mahmud Alor Setar 1987-1988. Universiti Al-Azhar 1989-1996 (B.A Syariah Islamiah). Universiti Putra Malaysia 2009-kini (M.A Pembangunan Sumber Manusia).

Pekerjaan - Content Expert di Impian Teknik Integration System Sdn. Bhd. (IT IS) 2005-2006. Penterjemah Bebas 2007. Pegawai Eksekutif ISMA 2008-kini

Dakwah - Anggota Persatuan Pelajar Islam Malaysia Mesir 1993-1996, Anggota Pertubuhan Himpunan Bestari Negeri Sembilan 1997-2001. Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA Negeri Sembilan 2004. Ketua Perhubungan Negeri ISMA Negeri Sembilan 2005-2007. Timbalan Setiausaha Agung ISMA 2008-kini.

c. Tajuk 3:

�Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syara'
Pembentang: Ustaz Fauzi Asmuni

Maklumat tentang pembentang:

Pendidikan - SMAP Labu 1988. Universiti Al-Azhar 1994 (B.A Syariah Islamiah).

Pekerjaan - Eksekutif Penerbitan Pustaka Salam. Pengurus Besar Srihira Education Centre. Naib Presiden II ISMA.

Dakwah - Jemputan ceramah dan pengisian di IPTA/S, badan-badan swasta dan kerajaan, NGO's dan di pertubuhan-pertubuh an pelajar luar negara



Sila rujuk http://kobanna. ismaweb.net untuk meklumat lanjut serta pendaftaran.

Jangan lepaskan peluang ini!


Kami amat berharap anda akan dapat sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga serta rakan-rakan anda sebagai usaha kita untuk mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi.

___________________________________


Wednesday, January 6, 2010

Hargai Apa Yang Dimiliki

.

Humm.. Sejak laptop sendiri rosak ni, susah betul nak online. Terpaksa bergilir-gilir guna laptop zaujah. Kat apartment pun belum ada internet lagi. So, buat masa ni tak dapat nak online selalu. Baru la nak terasa betapa bernilainya internet tu. Masa tak ada internet ni la nak buat itu, nak buat ini. Nak search itu, nak search ini. Nak post itu, nak post ini. Ha.. ni nak post baru la ni..

Orang kata, kita selalu tak menghargai apa yang sedang kita miliki, betul ker? Kita selalu tak perasan apa yang kita miliki tu bukan selamanya milik kita. Nyawa kita, tubuh badan kita, barang-barang kita, sekeliling dan sekitar kita, semuanya bukan hak milik kekal kita. Pinjaman semata-mata. Tiba masanya akan diambil semula. Tiba masanya kita kena pulangkan. Tiba masanya benda-benda ni tak akan menjadi milik kita lagi.

Tapi kita selalu lupa untuk menghargai semua tu. Seperti kata seorang pensyarah ni, macam pegang burung. Cuba bayangkan kita dapat tangkap seekor burung. Lepas main-main dengan burung tu, lama-lama kita jadi boring. Pastu kita lepaskan. Bila burung tu dah terbang, barulah kita terfikir nak tengok kaki burung tu macam mana, matanya warna apa, ekornya macam mana. Bila kita dah lepaskan burung tu barulah kita terfikir nak buat itu ini sedangkan masa kita pegang burung tu kita tak buat apa-apa pun.

So, selagi umur kita ni masih ada, manfaatkanlah. Selagi apa yang kita miliki masih dalam genggaman kita, hargailah.. Sudah terlepas, melepas.

Wallahu a’lam


Sunday, December 27, 2009

Dalam Mencari Keredhaan Allah



_________________________________________

KeredhaanMu –by inteam

Ya allah ya tuhanku
Hamba mu merindukan Rahmat kasih saying mu
Dan juga keredhaanmu Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi
Dosa noda yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari keampunanmu tidak bertepi
Ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji2
Jadikanlah taubat ini yang sejati pada mu Illahi
Ya Allah ampunkanlah dosa2 ku
Ya Allah redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Tuhan, Ku zalimi diri ini
Andai kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan,
Jangan kau palingkan diri ini
Setelah kau beri hudayah
Sesungguhnya kau maha pengasih

_________________________________________


Alhamdulillah.. kembali menulis.. terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sentiasa menziarahi blog ini.. moga kita sama-sama dapat mengambil manfaat yang ada..

Agak lama jugak penulis tak update blog ni, jadi kekok sikit pulak.. tak pe la.. jom sama-sama kita duduk renung sejenak fikir-fikir atas iman.. Jom kita merenung kembali matlamat tertinggi seorang hamba yang beriman iaitu mencapai keredhaan Allah.

Ramai yang salah faham apabila bertungkus-lumus beribadat 24 jam demi mencapai keredhaan Allah.. itu la, kan orang yang berilmu beribadat lebih baik daripada orang yang beribadat tanpa ilmu..

Untuk mencapai keredhaan Allah bukanlah dengan bertungkus-lumus beribadat semata-mata. Yang pertama, seperti yang dikatakan tadi, perlulah berilmu. Kita tahu ibadat yang kita buat tu, bukan hanya sekadar mengikut orang lain.

Dengan ilmu juga, kita dapat mengetahui jenis-jenis ibadat yang kita lakukan. Mana yang wajib mana yang sunat. Janganlah nanti jadi seperti sesetengah orang yang mana “yang sunat diamalkan yang wajib diabaikan”.

Banyak kes yang mungkin kita pandang remeh dan tidak sedar. Contohnya antara berzikir, baca quran, dan solat. Apabila seseorang itu sedang berzikir dengan nyaring, dan kedengaran seseorang yang lain sedang membaca al-Quran, maka orang yang sedang berzikir lebih utama memperlahankan zikirnya. Kemudian, tatkala seseorang itu sedang membaca al-Quran dengan nyaring, datang seseorang yang lain mendirikan solat, maka orang yang sedang membaca al-Quran lebih utama memperlahankan bacaan al-Qurannya. Namun, apa yang berlaku dalam masyarakat kita ialah bacaan zikir dibiarkan dibaca dengan nyaring sedangkan ada makmum yang masbuk atau ada jemaah lain yang sedang mendirikan solat.

Dalam mencari keredhaan Allah ini juga, jangan lupa bahawa bagi anak-anak keredhaan Allah itu apabila ibu bapa meredhai mereka. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menyebutkan perintah Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Antara contoh lain hadis yang ingin dibawakan ialah..

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa”

Manakala bagi isteri pula keredhaan Allah apabila si suami telah meredhainya. Seseorang perempuan berubah priority taatnya apabila telah bergelar isteri. Taat kepada suami menjadi lebih utama daripada taat kepada ibu bapa. Hal ini in case apabila bertembung antara kedua-duanya.

Namun, ketaatan-ketaatan ini, iaitu ketaatan anak kepada ibu bapa dan ketaatan isteri kepada suami hanyalah selagi ia tidak bertentangan dengan syara’ dan bukan perkara mungkar.

Dibawakan juga sebuah hadis untuk para isteri renungi dalam mencapai keredhaan Allah:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Wallahu a’lam


Untuk Doktor dan Yang Sewaktu Dengannya

Perhatian buat doktor-doktor, jururawat-jururawat, bakal-bakal doktor dan jururawat, staff-staff hospital, dan yang sewaktu dengannya... Coretan ini hanyalah sekadar luahan rasa daripada seorang cucu yang atuknya sedang menderita kesakitan....

Dulu mungkin aku tidak terlalu merasai sangat kesedihan dan kepiluan yang menimpa keluarga seseorang apabila ada di antara mereka yang menderita kesakitan akibat kecuaian yang dilakukan oleh seorang doktor.. namun kini, apabila atuk ku sendiri yang mengalaminya barulah aku terasa akan kepiluannya..

Buat kalian yang aku maksudkan.. aku tahu aku bukan seorang doktor atau apa-apa yang berkait dengannya.. aku tidak melalui apa yang kamu semua lalui.. aku tidak pelajari apa yang kamu semua pelajari.. dan aku tidak memikul beban seberat apa yang kamu semua pikul.. tapi, izinkanlah aku meluahkan apa yang aku rasa..

Aku tidak menyalahkan kalian bulat-bulat.. sebab kalian juga manusia biasa.. sebab kerana kecuaian seorang doktor lain kalian juga terpalit.. aku sekadar ingin berkongsi peringatan bersama kalian.. lalui apa yang kalian lalui dengan bersungguh-sungguh sepenuh hati.. aplikasikan apa yang kalian pelajari dengan rasa tanggungjawab.. bukan sekadar melepaskan batok di tangga atau endah tak endah.. dan yang paling penting, tolonglah mesra pesakit.. sudahlah pesakit tu menderita kesakitan, berhadapan pulak dengan doktor yang tak mesra pesakit.. kalau cikgu ada pedagogi untuk mengajar murid, takkan doktor takde pedagogi merawat pesakit.. kalian bukan engineer yang bermain dengan mesin.. ingat, pesakit kalian adalah manusia.. pesakit kalian mempunyai perasaan.. setidaknya lemparkanlah senyuman, bercakap dengan lemah lembut, meluangkan masa dengan pesakit, dan cuba fahami kehendak pesakit yang boleh dipenuhi..

Sampai bila anak-anak kecil dan orang-orang tua perlu rasa takut apabila mendengar perkataan “klinik” “doktor” “hospital” “ubat” dan sebagainya..........