Search This Blog

Rehlah Bersama Kawan PEMBINA ke Gunung Datuk

Written on 9:00 AM by WhoSign

REMBAU 24 JAN- Cuti persekolahan yang telah bermula untuk memberi ruang kepada masyarakat Cina-Budha telah digunakan oleh PEMBINA DHL melaksanakan aktiviti bagi mengisi masa lapang belia yang berada di intitusi pengajian sekitar daerah Hulu Langat.

Kali ini PEMBINA DHL telah mencabar 11 orang pemuda untuk mendaki Gunung Dato’, Rembau. Gunung ini sering dijadikan tapak perkhemahan oleh ahli PEMBINA Negeri Sembilan untuk melakukan aktiviti lasak mereka. Oleh itu, PEMBINA DHL cuba untuk merasai sendiri kehebatan gunung ini.

Alhamdulillah PEMBINA DHL telah dapat sampai ke puncak dengan hanya memakan masa sejam lima minit. Syabas kepada pemuda-pemuda Islam sekalian.

Tujuan utama diadakan program ini adalah untuk:

  1. Keluar daripada rasa selesa dan melatih diri sentiasa bersedia dengan kesusahan.
  2. Merapatkan persaudaraan sesama muslim.
  3. Menjana nilai insan yang hebat yang sanggup berkorban demi ummah dan negara.







Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang, Insya –Allah.

Zahirkan Dengan Perbuatan.. Take Action!

Written on 7:45 AM by WhoSign








scene 1:

"poyo ar.. jogging pun nak pakai pengikat kepala.."

"ah.. peduli apa orang nak kata.. kat pengikat kepala ni ada tertulis 'save gaza'.. nanti orang yang lalu lalang masa aku jogging nanti terbaca, at least diorang terfikir tentang gaza, biar la pun kalau diorang fikir aku poyo.."
malu ker? apa yang nak dimalukan? salah ker apa yang orang tu buat?


scene 2:

ayang: "abang, abang tak cayang ayang ker?"

abang: "eh.. abang cayang ayang la.. cayang sangat!"

ayang: "eleh.. betul ke abang cayang ayang? abang tak pernah pun tunjukkan pun.."

see? nampak tak? apa yang kita rasa, tak cukup dengan sekadar di hati, tapi haruslah dizahirkan dan ditunjukkan.. (namun bukanlah menunjuk-nunjuk)


scene 3:

man: "takbir! akan ku bela agama islam.. akan ku teruskan perjuangan!" (bersemangat dalam hati)

mon: "mana la orang yang nak membela dan meneruskan perjuangan ni?" (keseorangan)

min: "siapa la yang boleh membimbing aku ni.. aku pun nak berubah.." (tercari-cari)

tengok, nanti si man yang hanya bersemangat dalam hati, lama lama jadi pudar.. si mon yang rasa keseorangan dalam berjuang, rasa goyah dan lemah.. si min yang nak berjuang dan berubah pulak, buntu, tak tahu nak jumpa siapa..

si man tak tahu si mon juga sebenarnya teman seperjuangan, si mon tak tahu yang si min tercari-cari orang seperti dia, dan si min tak tahu yang si man orang yang boleh membimbing dia.


daripada ketiga-tiga scene tadi, fikir-fikirkanlah..

rasa izzah yang membara di jiwa sebenarnya apabila dizahirkan akan dapat menyemarakkan lagi semangat perjuangan dalam kerja-kerja dakwah dan menegakkan islam.. umat islam juga dapat bekerja dan bekerjasama di bawah kesatuan apabila terlihat ada orang yang mendokong dan ada yang menyokong..

lastly, mengapa perlu kita zahirkan dengan perbuatan, coz iman itu ialah apa yang kita yakini dengan hati dan lisan serta dizahirkan dengan perbuatan..


wallahu a'lam

zahirkan perasaan mu terhadap palestin..
zahirkan izzah terhadap islam dengan usaha-usaha menegakkannya..
zahirkan kesatuan umat islam dengan tidak berseorangan..

Cerita Angah & Adik: Apa Yang Kita Patut Buat

Written on 5:43 PM by WhoSign


“Hmm.. sedapnya bau...!! Yeah!! Mak masak ayam lagi! Mesti best!” Si Angah memuji masakan Mak.

“Ayam lagi? Hmmm...” Si Adik mencebik.

“Angah, Adik, ajak Abah makan sekali. Makanan dah siap atas meja ni.” Perintah Mak lembut kepada Si Angah dan Si Adik.

“Abah!! Makan!! Lauk dah siap!!” jerit Si Angah dan Si Adik dari jauh.

“Angah, Adik, tak baik tinggikan suara panggil terjerit-jerit. Dia tu siapa yang Angah dan Adik nak panggil tu? Abah Angah dan Adik kan?” Mak menegur anak-anaknya. Tetap dalam nada yang lembut. Jelas terserlah sifat keibuannya.

“yer.. yer.. Abah datang ni.” belum sempat Si Angah dan Si Adik berlalu, Si Ayah sudah tiba di meja makan. “Lain kali, Angah dan Adik datang la dekat-dekat Abah.. Pastu iringi Abah ke meja makan, macam orang besar. Heher..” Sambil tersenyum Si Ayah pun mengambil tempat di meja makan.

“bukan macam, tapi memang Abah orang besar pun..” Si Adik membalas dalam nada gurauan merujuk kepada perut Si Ayah yang agak buncit. Masing-masing tergelak kecil.

Si Ayah tidak kisah. Ada masanya bergurau sesama anak-anaknya itu perlu. Terutama apabila anak-anaknya semakin meningkat dewasa. Ayah yang baik perlu menjadi rakan kepada anak-anaknya. Rasa percaya dapat disuburkan dalam jiwa anak-anak di samping mengeratkan lagi hubungan antara ayah dan anak. Jadi, anak-anak tidak malu untuk menceritakan masalah yang dihadapinya dan si ayah pula dapat menyelusuri perkembangan hidup yang dilalui anaknya. Asalkan tidak keterlaluan atau melampaui batas.

Suasana sepi seketika selepas doa makan habis dibaca. Masing-masing sibuk menceduk dan menggaul lauk dengan nasi di pinggan. Menu tengahari itu ayam masak lemak cili api dan sayur campur. Beberapa potong tembikai menjadi pembuka selera.

“mak..” Si Adik mula berbicara memecah kesunyian. “asyik makan lauk ayam je mak.” Si Adik complain sambil mulutnya terus menguyah.

“kenapa? Adik tak suka ker? Adik nak makan lauk apa?” Si Emak memberi peluang kepada Si Adik meluahkan hasrat di hatinya.

“tak de la.. asyik makan ayam jer. Tak muak ke nanti?” Si Adik antara serba salah untuk meluahkan apa yang dirasanya.

“owh.. adik muak yer makan ayam selalu.. erm.. nanti kalau pergi pasar basah, adik pilih la nak beli apa untuk mak masak.” Si Emak meraikan hasrat Si Adik. Namun begitu, dalam masa yang sama, sempat Si Emak mengenyitkan mata kepada Si Ayah. Si Ayah faham dengan isyarat tersebut.

“waah..!! best la Adik, Mak bagi pilihan untuk beli apa-apa untuk Mak masakkan.” Si Ayah terus menyampuk perbualan Si Adik dengan Si Emak.

“nanti Adik nak beli macam-macam.. so tak la jemu makan ayam je walaupun ayam yang Mak masak ni memang best.” Suka betul Si Adik.

“tapi kan.. kalau Adik kata Adik jemu makan lauk yang best-best ni.. ada saudara kita yang makan ala kadar je tiap-tiap hari dan tak jemu-jemu pun..” Si Ayah meneruskan perbualan sambil menceduk seketul ayam masak lemak cili api.

“hah? Siapa, Abah? Saudara kita? Keluarga Pak Long? Pak Usu?” tanya Si Adik sedikit terkejut.

“bukan Pak Long atau Pak Usu.. tapi saudara-saudara seislam kita di Palestin tu.. tiap-tiap hari diorang makan roti jer.. tu pun hanya untuk alas perut.. ada satu kes tu, seorang budak ni dapat bertahan selama empat hari dengan hanya makan tomato jer..” cerita Si Ayah panjang lebar. Suapannya yang tadi terhenti disambung semula.

“ha.. tu la Adik.. dapat makan best-best ni, cuba bersyukur sikit!” Si Angah yang tadi hanya mendengar sahaja, terus menegur Si Adik.

Si Adik membisu. Suapan dan kunyahannya diteruskan. Kuah lemak cili api membanjiri pinggannya. Memang Si Emak tahu anaknya suka masakan lemak cili api yang dibuat tidak berapa pedas. Tapi, kala itu, Si Adik terasa pedas. Bukan kerana masakan lemak cili api yang dimakannya, tetapi kerana menyesali kerenahnya yang kurang bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan.

“tapi.. elok juga kita tukar-tukar sikit menu kita, bagi seimbang nutrisi yang kita ambil.. kan Emaknya?” Si Ayah membackup Si Adik semula sambil mengenyit mata kepada Si Emak. Si Ayah tahu mesej yang ingin disampaikan kepada anaknya itu telah pun terlaksana.

Selesai membaca doa selepas makan, Si Angah dan Si Adik mengangkat pinggan dan mangkuk yang telah digunakan ke sinki. Habis licin lauk yang dimasak tengahari itu. Si Ayah selalu berpesan supaya tidak membazir dan berpada-pada dalam menyediakan makanan.

Seperti biasa, pinggan dan mangkuk yang kotor akan dibasuh bersama oleh Si Angah dan Si Adik.

Namun, Si Adik kali itu seperti robot. Tangannya saja yang bergerak berulang kali mengambil pinggan mangkuk bersabun yang dihulurkan oleh Si Angah, membilas, kemudian meletakkannya di rak pinggan mangkuk. Matanya tertumpu pada satu tempat. Matanya merenung lubang sinki. Tapi fikirannya jauh melayang.

“kesian kan diorang yang kat Palestin tu...” tiba-tiba Si Adik bersuara.

Si Angah tekun menyabun pinggan mangkuk sambil mendengar luahan Si Adik.

“kita saudara diorang, tapi kita takde buat apa-apa pun..” mata Si Adik masih lagi tertumpu pada lubang sinki. Buih-buih sabun pinggan mangkuk yang dibilasnya mengalir berpusar memasuki lubang sinki. Biarpun banyak buih-buih tersebut, tetap tidak dapat menutup dan menghalang lubang sinki tersebut.

“Mengapa kekejaman dan keganasan israel tak dapat dibendung? Umat islam kan ramai..” itu yang terlintas di fikiran Si Adik.

“memang kita saudara seislam mereka, dan memang umat islam ni ramai....” Si Angah bagai dapat membaca apa yang bermain di fikiran Si Adik. “tapi, banyak mana pun kalau takde yang nak melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang dipegang, sama je la macam buih-buih ni.. menimbun tapi rapuh..” Si Angah mengaut sedikit buih yang menimbun di sinki lalu digenggam kuat pantas. Puff!!

“abih tu..?” Si Adik pasrah melihat buih-buih yang berterbangan.

“abih tu, kena la laksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing tu..” Si Ayah tiba-tiba muncul dari belakang Si Angah dan Si Adik. Rupanya Si Ayah asyik memerhati dan mendengar perbualan Si Angah dan Si Adik dari jauh sedari tadi. “jom kita duduk kat pangkin bawah pokok mangga kat luar tu sambil-sambil tunggu masuk waktu zohor. Lagipun redup pulak tengahari ni.”

Cuaca redup diiringi angin sepoi-sepoi bahasa, bersama alunan geseran daun-daun pokok mangga, dan kicauan burung-burung menyambut Si Ayah, Si Angah, dan Si Adik.

“kalau macam kitorang ni kan Abah, apa yang kitorang boleh buat?” Si Adik tak sabar-sabar bersemangat ingin tahu apa yang boleh disumbangkan untuk saudara seislam di Palestin.

“apa yang anak-anak Abah boleh buat.. bantulah berdasarkan apa yang Angah mampu, berdasarkan apa yang Adik boleh laksanakan. Mendoakan kejayaan umat islam, memberikan sumbangan berupa derma atau bantuan harta, serta memboikot barangan-barangan keluaran Yahudi dan AS.

orang lain pulak nanti, bagi yang mampu, boleh beri bantuan tenaga dan diri. Pergi ke medan dengan membawa bantuan perubatan, psikologi, kemanusiaan, atau sebagai pejuang.

bagi golongan yang berharta, kaya, mewah, pula boleh memberi bantuan harta, sumbangan kewangan, makanan atau pakaian.

umat islam juga dituntut perbanyakkan doa untuk keselamatan umat islam, rakyat palestin, dan iraq. Doakan bala bagi Yahudi dan AS serta musuh-musuh islam yang lain. Selain tu, solat hajat dan qunut nazilah jadikan amalan.

pihak tertentu boleh menganjurkan demonstrasi aman sebagai menunjukkan benci dan marahnya kita umat islam terhadap apa yang berlaku.

sama-sama timbulkan kesedaran dalam diri dan kepada semua lapisan masyarakat melalui penulisan di internet, akhbar, majalah atau melalui ceramah-ceramah.

dan sepanjang masa, boikot semua produk Yahudi dan AS. Jangan beli barangan keluaran mereka. boleh juga hantar surat, bantahan, petisyen, memorandum dan sebagainya. Halau duta-duta mereka dari negara kita.”

Panjang lebar Si Ayah memberi penerangan sehinggakan azan zohor telah mula dilaungkan.

Si Angah dan Si Adik, melangkah gagah ke masjid dengan semangat yang membara di jiwa mereka..

Allahu Akbar!!

Qunut Nazilah

Written on 8:21 AM by WhoSign


Dalam sebuah hadith menceritakan bahawa Rasululah membaca Qunut sebulan penuh kerana kabilah bani salim, ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah yang mengaku memeluk islam dan meminta kepada Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru untuk mengajar mereka, telah dibunuh oleh mereka.


“Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Ahmad)


Disamping itu, Imam Syafi'i rahimahullah berkata:


"Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).


Doa Qunut Nazilah tidak ada penetapan, kerana sebarang doa boleh dibaca selagi ia masih dalam bahasa arab. Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat orang yang aneh dan tertolak, serta menyelisihi jumhur ulama. (Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.)



Panduan Qunut Nazilah


ERTI DOA QUNUT NAZILAH


Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.


CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca


سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.


Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja.

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .


Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.


Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.


Antara doa yang selalu dibaca:



اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِ أَعْدَاءِنَا، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلابِكَ، يَا قَهَّارُ يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِمُ، يا الله، يا الله، يا الله،

اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.


***

p/s: moga qunut nazilah ini sentiasa menjadi sebutan kita dalam bait-bait doa yang kita baca setiap waktu.. kenang saudara islam kita dalam doa kita..


Daisypath Anniversary tickers