"Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf:179)
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ Maksud: Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah qalbu. (hadis riwayat bukhari dan muslim) .
Rata-rata orang melayu akan menterjemah qalbu itu sebagai hati. ada pula yang mengatakan qalbu itu jantung. jadi yang mana satu benar?
Kamus Dewan Bahasa
Mengikut kamus dewan bahasa, hati mempunyai beberapa maksud iaitu 1. organ dalaman yang berwarna perang kemerah-merahan (memang organ hati). 2. jantung 3.batin (tempat perasaan, pengertian).
Perkaitan dan Perbandingan Dengan Bahasa Lain
Dalam bahasa inggeris, perkataan heart diterjemah sebagai hati. you are always in my heart - awak selalu di hati saya
Namun, dalam istilah sains, heart bermaksud jantung sedangkan hati adalah liver. heart disease - penyakit jantung heart attack - serangan jantung liver disease - penyakit hati
Perkaitan dan Perbandingan Gambar
Dalam istilah cinta, cinta digambarkan dengan bentuk love seperti di atas dan dikaitkan dengan heart (sweetheart). Cuba bandingkan, gambar yang mana lebih serupa dengan bentuk love? Saya nampak gambar jantung lebih mirip kepada bentuk love.
Perkaitan Dengan Bahasa/Budaya Arab
Sejak dahulu perkataan qalb difahami oleh orang Arab sebagai organ yang tergantung dalam tubuh manusia. Dalam kamus rujukan bahasa Arab yang terpenting, iaitu Lisan al-‘Arab, pengarang Ibn Manzur menyatakan: Al-Qalb: segumpal daging dari fuad (jantung) yang tergantung dengan urat besar tempat ia bergantung” (Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab 1/687, Beirut: Dar al-Fikr).
Dalam al-Mu’jam al-Wasit disebut: “al-Qalb ialah organ berotot dalaman yang menerima darah daripada salur darah dan mengepam ke arteri” (al-Mu’jam al-Wasit, 2/753).
Perkaitan Hadis Dengan Ilmu Sains
Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah.
Sedangkan jantung ialah organ (seketul daging/mudghah) yang mengepam darah ke seluruh badan (seluruh jasad berhubung dengan jantung). Antara kedua-dua organ di atas, peranan dan kesan yang lebih mirip dengan maksud hadis adalah jantung. Justeru, qalbu yang sebenar adalah merujuk kepada jantung.
Kesimpulan
Qalbu dalam hadis di atas adalah lebih tepat merujuk kepada organ jantung. Namun, boleh diterjemah sebagai hati kerana jantung juga termasuk dalam salah satu maksud hati mengikut dewan bahasa.
Adapun yang lebih penting dalam hadis di atas ialah tindakan yang perlu kita laksanakan berdasarkan hadis di atas iaitu menjaga hati (jantung) kita daripada perkara-perkara haram, maksiat, dan melalaikan kerana ia akan mempengaruhi segala tindak-tanduk kita.
Sebagai tambahan, setelah memahami maksud sebenar qalbu yang lebih tepat, maka dapatlah ia membantu kita memahami dengan lebih mendalam ayat-ayat al-quran yang menggunakan kalimah qalbu.
Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya masih diizinkan lagi bernafas dan dikurniakan usia genap ke21 hari ini..
orang kata dah boleh mengundi.. apa pun, terima kasih kepada sahabat2 yg telah meng'wish' dan mendoakan.. terima kasih juga kepada shbt2 yg akan meng'wish' nanti.. dan tidak lupa, terima kasih juga kepada shbt2 yg walaupun tak wish, tapi tetap mengingati dan mendoakan diri ini..
"sweet 21.. moga panjang umur murah rezeki.. moga dapat kejayaan dunia dan akhirat.. moga jadi insan yang soleh dan terbaik.. study elok2.. m hope Allah give U blessing on this ramadhan.." ameen....
"Selamat hari lahir ye husin. moga panjang umur dan murah rezeki.." ameen..
"Usen.. Selamat hari lahir. Semoga panjang umur murah rezeki.. semoga bahagia dan lebih matang dalam menangani kehidupan. :) " ameen.. insyaAllah
"Selamat hari lahir.. semoga hari lahir tahun ni lebih bermakna, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.." ameen..
"hepi bezday.. moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. moga bahagia dunia akhirat.." ameen..
"assalamualaikum.. ada org x? jam aku dah kul 12 tepat, kalau awal 2 3 minit sory ar.. aku nak ucap selamat ulangtahun kelahiran yg ke 21.. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dunia & akhirat.. dan semoga persahabatan ni kekal abadi.." ameen.. insyaAllah :)
. Salam perjuangan buat adik-adik dan sahabat-sahabat seperjuangan.. Apa yang sedang kita hadapi kini adalah fitrah dan lumrah jalan yang kita pilih..
Tabahlah dan kuatlah.. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan seseorang itu mengaku beriman sehingga dia diuji.. Tabahlah dan kuatlah.. Dan mintalah pertolongan daripada Allah dengan solat dan sabar.. Banyakkanlah memanjatkan doa kepadaNya.. Tabahlah dan kuatlah.. Kita di jalan yang benar.. Kita tidak menghalang yang makruf dan tidak menyuruh yang mungkar.. Tabahlah dan kuatlah.. Moga-moga Allah memberi hidayah petunjuk kepada semua..
Adik-adik dan sahabat seperjuanganku.. Apa yang kita lalui kini bukanlah perkara baru.. Moga dengan ketabahan dan kekuatan mu.. Akan lahirlah generasi-generasi yang baru.. Yang akan sama-sama meneruskan perjuangan ini..
Alhamdulillah.. actually, dah lama fikir nak buat blog khas untuk perjalanan hidup sebagai seorang guru (walaupun sekarang masih bakal guru). Moga ada manfaatnya dan dapat dikongsikan pengalaman yang ada bersama.
InsyaAllah plan untuk blog RPH Cikgu ni nak kongsikan assignment2 sebagai guru pelatih, pengalaman mengajar, hal berkaitan pendidikan, dan sebagainya dan diteruskan sehingga walaupun dah jadi guru yang sebenar nanti.
Keep it up!
p/s: When The Senses Combined akan tetap diteruskan juga.. terima kasih atas sokongan dan ziarah..
alhamdulillah.. insyaAllah, sempena musim peperiksaan, ana ingin kongsi niat belajar yang ana minta daripada seorang ustaz.. insyaAllah boleh diamalkan sebelum nak mula study, moga diberkati Allah..
نَوَيْتُ التَّعَلُّمَ وَالتَّعْلِيْمَ، وَالنَّفْعَ وَالاِنْتِفَاعَ، وَالْمُذَاكِرَةَ وَالتَّذْكِيْرَ، وَالإِفَادَةَ وَالاِسْتِفَادَةَ، وِالْحِثُّ عَلَى تَمَسُّكِ بِكِتَابِ الله، وَبِسُنَّةِ رَسُوْلِ الله صلى الله عليه وسلَّم، وَالدُّعَاءَ إِلَى الْهُدَى، وَالدِّلالَةَ عَلَى الْخَيْرِ، اِبْتِغَاءَ وَجْهِ الله وَمَرْضَاتِهِ وَقُرْبِهِ وَثَوَابِهِ.. آمين..
dulu, masa tengok novel-novel sejarah islam ni, first sekali terfikir, macam mana penulis nak tulis dialog-dialog antara watak-watak tu. kalau novel-novel biasa yang lain, pastinya dialog tu boleh dicipta sebab novel-novel not base on real story. tapi, kalau novel sejarah islam ni, ianya suatu sejarah, real story. so, macam mana?
then, novel sejarah islam yang mula-mula dibaca, novel tariq menang atau syahid. dari situ, dapat dilihat, tak jadi masalah pun dialog tu. sebab yg utamanya adalah jalan cerita dan mesej. jika difikirkan, berapa ramai yang akan meluangkan masa untuk mencari dan membaca buku tentang fakta sejarah. dah la ramai yang tak suka subjek sejarah. berbanding buku fakta, ramai yang lebih suka novel.
justeru, pendekatan mengnovelkan sejarah ini dapat menarik minat pembaca dan secara tidak langsung dapat memberikan gambaran kepada pembaca tentang sejarah islam yang berlaku. dan dalam sesetengah novelnya mampu untuk membangkitkan jiwa dan semangat jihad dalam diri.Peminat-peminat novel mungkin boleh cuba cari dan baca novel sejarah islam keluaran PTS ni.
p/s: ada lagi satu, sultan muhammad al-fateh penakluk konstantinopal..
3 dah jadi koleksi sendiri.. yang lain ada yang koleksi kawan-kawan dan ada yang di pustaka..
sepanjang minggu lepas, dalam kereta asyik dengar dua lagu ni.. ulang dan diulang-ulang.. hmmmmm.. lagu lama.. tapi baru terasa best & meaningful.. kat sini boleh letak lirik je la..
.
Kehidupan
Inteam
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Lyrics for jetAudio
Segenggam Tabah
Inteam
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Di sebuah kawasan permainan, kelihatan ramai kanak-kanak sedang bermain. Di suatu sudut, seorang kanak-kanak lelaki sedang asyik bermain dengan permainannya. Tidak lama kemudian, datang seorang kanak-kanak perempuan datang bermain berdekatan dengannya. Masing-masing asyik bermain dengan permainan sendiri. tidak lama kemudian, kanak-kanak lelaki tadi mula bermain tanah liat pula. Begitu juga dengan kanak-kanak perempuan yang berdekatan dengannya, mula bermain tanah liat juga. Melihat masing-masing bermain permainan yang sama, mereka mula tertarik untuk bermain bersama.
o-> “awak buat bentuk apa dengan tanah liat tu?”
o+ “erm.. macam-macam.. ni bentuk rama-rama.”
o-> “owh.. pandai awak buat bentuk rama-rama. Cantik.”
o+ “terima kasih. Awak pun pandai jugak buat bentuk robot.”
o-> “heher.. macam alien jer robot saya ni.”
Dua-dua bergelak ketawa dan bermain tanah liat bersama-sama.
o-> “erm.. tanah liat kita dah nak abis ni. Dah macam-macam kita buat.”
o+ “a’a la.. ada tinggal sikit je lagi.. nak buat ape ek?”
o-> “apa kata kita buat bentuk daun keladi? Awak tahu kan camne nak buat?”
o+ “tahu tahu.. tapi cukup ker?”
o-> “camni.. saya buat bentuk daun keladi tu, start dari kiri. Awak pulak start dari kanan. Kita buat besar-besar. Pastu nanti kita cantumkan.”
o+ “a’a, a’a.. erm.. tapi, kita buat kat rumah la. Nanti dah siap dua-dua belah kita jumpa lagi dan cantumkan.”
o-> “erm.. ok jugak.. kita buat besar-besar tau. Kalau tak cukup, kita buat perlahan-lahan.. baki duit yang mak kita bagi nanti, kita simpan buat beli tanah liat. tambah sikit-sikit..”
Hari dah senja, masing-masing pun pulang dengan tanah liat yang bermacam-macam bentuk. Mereka saling bertukar tanah liat yang menarik bentuknya. Mereka juga pulang bersama dengan janji untuk buat bentuk daun keladi besar dengan seorang sebelah untuk dicantumkan.
o-> “macam mana bentuk daun keladi awak? Dah siap? Saya punya belum siap, tapi dah besar la dapat saya buat.”
o+ “belum lagi. Saya punya baru sikit jer.”
o-> “erm.. awak ambil la ni.. ada tanah liat sikit untuk bantu awak buat awak punya bahagian.”
o+ “terima kasih..”
Hari berganti hari, minggu berganti minggu..
o-> “hai.. saya punya bahagian bentuk daun keladi dah nak siap.. awak punya macam mana?”
o+ “hii.. saya punya pun dah nak siap.. terima kasih untuk tanah liat yang awak bagi hari tu..”
o-> “nanti dah siap boleh la kita cantumkan.”
o+ “erm.. awak..”
o-> “kenapa?”
o+ “sebenarnya.. saya ada jumpa sorang kawan lelaki.. dia pun ada buat bentuk daun keladi daripada tanah liat jugak. Dia punya bahagian sama macam bahagian awak. Tapi dia dah siap...”
o-> “owh.. ye ke.. jadi?”
o+ “hari tu, masa jumpa dia, entah macam mana, dia pun tahu saya ada buat bentuk daun keladi bahagian yang lagi satu. Jadi, dia nak cantumkan tanah liat dia dengan tanah liat saya. Lagipun dia nak tolong saya siapkan bahagian saya punya.”
o-> “oo.. so, apa keputusan awak? Saya tak kesah.. saya suka jugak nak tengok bentuk daun keladi yang dah dicantumkan. Tapi, saya punya tak siap lagi..”
o+ “erm.. saya rasa saya nak cantumkan bahagian saya dengan dia la. Saya pun tak sabar nak tengok tanah liat berbentuk daun keladi yang dicantumkan.”
o-> “err.. ok.. tak pe lah.. nanti awak dah cantumkan bagi tahu tau. Saya pun nak tengok jugak.”
o+ “ok.. insyaAllah.. tapi, macam mana dengan tanah liat awak? Bahagian awak nak cantumkan dengan apa?”
o-> “erm.. tak pe.. saya siapkan je dulu bahagian saya tu dulu.. awak jangan risau.”
o+ “ok.. saya mintak maaf la.. dan terima kasih..”
o-> “oh.. its ok.. baik-baik nanti masa cantumkan.. cantumkan elok-elok tau..”
Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan, Oh Tuhan Maha Kuasa, Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah 3x..... Taubatku ini.....
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan, Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah 3x... Taubatku ini...
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah 3x.... Taubatku ini...
p/s:
ku tujukan bait-bait lagu ini khas buat diri, dan saudara-saudara remaja ku diluar sana.. sementara jasad masih bernyawa, kembalilah.. semoga taubat kita diterima..
ku doakan buatmu, moga dipermudahkan segalanya, semoga dikau mendapat keputusan yang terbaik, dan dapat melanjutkan pelajaran, ke tempat yang akan menjadikan dirimu semakin dekat kepadaNya..
-best regard from ur brother.. good luck in PMR my lil bro!
::::::::: become follower of this blog ::::::::: ::: download file from download section::: :::::::::::: vote in the poll sections :::::::::::: ::::::: leave a comment after reading ::::::: :::::::::::: say a word in chat box :::::::::::::