Search This Blog

Ku Merindui Diri Mu..

Written on 1:31 AM by WhoSign

Ku merindui diri mu,
Yang pabila tibanya isnin dan khamis,
Kau didik diri mu sebaik habis,
Pandangan mu kau tundukkan,
Tutur kata mu kau peliharakan,
Kerna di kala subuhnya kau telah bangun bersahur,
Puasa sunat kau laksanakan dengan penuh luhur.

Ku merindui diri mu,
Yang pabila azan berkumandang,
Ke surau dan masjid bergegas kau bertandang,
Atau setidaknya kau mendirikan jemaah,
Dengan khusyu' dan tidak berlengah,
Kala itu yang fadhu kau perbaikkan,
Kemudian yang sunat kau perbanyak amalkan.
Ku merindui diri mu,
Yang selalu mengalunkan bait al-Quran,
Baik secara bacaan mahupun secara hafazan,
Dengan istiqamah dan faham,
Kerap kali 30 juzuk kau khatam,
Bersama mashaf agung sentiasa di sisi,
Setiap kalimahnya menjadi saksi.
Ku merindui diri mu,
Yang mengamalkan tahajud,
Qiam malam kepada Nya kau sujud,
Doa mu sungguh penuh syahdu,
Buat diri, keluarga, umat, dan agama,
Sedangkan manusia lain sedang beradu,
Kau pula beribadat di separuh malamnya.
Tapi,
Walaupun aku yang kini merindui mu,
Seperti mana aku yang dahulu bersamamu,
Namun,
Aku kan terpaksa terus meninggalkan mu,
Kerna aku yang nanti tidak dapat menunggu mu.
Maka,
Kenanglah aku -masa dahulu- yang terus berlalu,
Manfaatkan aku -masa kini- yang sentiasa mengiringi,
Dan kejarlah aku -masa hadapan- yang tiada batasan.


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

1 Comment

  1. Noorsyahida |

    moga rindu itu bertapak kukuh dihati.. pandangan ditundukkan, tutur kata dipelihara, masjid diimarah, khusyuk formula al-falah, Al-Quran diamalkan, tahajjud di dalam cinta-Nya.. moga kan menjadi saksi di Akhirat dan pemberat di sebelah kanan Mizan... aminnnn

     

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers