“Apa pandangan anda tentang isu palestin ni?”
Written on 7:59 AM by WhoSign
“Israel vs Palestin”
“Apa pandangan anda tentang isu palestin ni?”
Satu nama muslimin disebut, lantas beliau bangun dan memberikan pandangannya. Sejurus selepasnya, seorang lagi nama muslimin dipanggil, dan tanpa membuang masa pendapatnya dikongsikan. Kemudian..
“tak pe.. saya nak pandangan kamu yer.. kamu tak perlu terikut-ikut dengan kawan-kawan.. saya nak pandangan kamu sendiri terhadap isu ni..”
Seterusnya, seorang muslimah pula diberi giliran untuk melontarkan pandangannya dan diikuti dengan seorang muslimah yang lain.
Berdasarkan keempat-empat pandangan tersebut, point-pointnya dikeluarkan dan dicatat di whiteboard.
ISU PALESTIN – RESPONS TERHADAPNYA
1. derma – pihak-pihak tertentu mengutip derma untuk disalurkan sebagai bantuan kepada rakyat palestin.
2. peluang ceramah – aktivis-aktivis / pendakwah palestin datang ke Malaysia menyampaikan ceramah dan menyalurkan maklumat kepada rakyat malaysia.
3. doa dan solat hajat – umat islam mengadakan dan menggalakkan supaya mengadakan solat hajat dan memohon doa pertolongan dari Allah.
4. pengetahuan – umat islam perlu menimba ilmu sehingga boleh mencipta teknologi yang setanding dan dapat mengalahkan musuh.
Penulis bersetuju dengan pandangan-pandangan yang dikeluarkan, namun penulis melihat satu-persatu pandangan tersebut dibidas, katanya kita perlu mengetahui sesuatu keadaan tersebut untuk mengeluarkan pandangan. Katanya lagi, sejak dari kecil lagi dia berhadapan dengan isu tersebut dan hingga sekarang tak henti-henti lagi.. bidasnya:
“ 1. Derma. Siapa kita untuk menderma? Negara kita termasuk dalam kategori negara yang sedang membangun. Kita negara miskin. Macam mana kita nak menderma? Sedangkan diri kita sendiri pun kita tak terjaga.”
“2. Ceramah. Sepatutnya pergi ceramah dekat PBB atau OIC tu. Nak buat apa ceramah kat sini. Negara kita juga ada hubungan dengan AS. Kita tak boleh membenarkan media-media menyiarkan maklumat atau ceramah seperti itu, silap-silap nanti kita pula yang mengalami nasib yang sama. Siapa nak tolong?”
Doa dan solat hajat serta pengetahuan tidak dibidas. Tambahnya lagi:
“Sebenarnya, siapa kita ni nak tolong palestin? Tengok sekeliling kita. Dah la malaysia ni negara miskin. Jirannya singapura – sekutu AS. Thailand – pemerintahnya anti islam. Filipina – kristian. Indonesia – banyak yang islam liberal lebih. Kalau kita yang kena serang, siapa kita nak mintak tolong? Doa dan solat hajat je la yang kita boleh buat. Nak pergi berjuang kat sana? mati katak jer.”
Then, kesimpulan olehnya pula:
“sebenarnya, kalau kita nak tamatkan isu ni, kita kutuk je negara arab tu. Kalau orang-orang arab tu bersatu bela palestin, kalah dah israel tu. Tapi, tengok la arab tu macam mana. Dengan asobiyah puak-puaknya, sekutu dengan AS lagi. Macam mana nak bela palestin.”
Negara arab dipersalahkan.
_____________________________________________
Sebenarnya, macam tu la sesetengah orang kadang memikirkan tentang isu palestin.
1. menuding jari ke arah pihak yang lain
2. menjaga tepi kain sendiri
Apa lah salahnya dengan menderma? Miskin sangatkah sehingga RM10 atau RM1 pun tak boleh didermakan? Bila dikumpul banyak-banyak, kan mencecah ribu-ribu juta-juta jugak.
Apa lah salahnya aktivis tu berceramah dan sampaikan maklumat kat rakyat malaysia? Kalau tak macam mana orang nak tahu dan sedar. Kalau tak sedar, macam mana nak ambil berat, nak tolong, simpati, dan sebagainya. Apa ingat mati katak ker mereka yang pergi berjuang tu? Apa ingat kita jer ker yang ada kain nak jaga?
Apa? Apa? Apa? Kita fikir la sesama...
Respon dan Resolusi Isu Palestin