Search This Blog

Perlunya Kita Ketepikan “Kegembiraan/Happiness”

Written on 2:20 PM by WhoSign


“Smile Always” “Gembira Selalu!”

Sering kita dengar ungkapan sebegitu. Ya, itulah ayat-ayat motivasi untuk kita terus hadapi hidup yang unpredictale ni. Hidup yang penuh kegembiraan nyata memberikan impak positif kebiasaannya. Keluarga yang bahagia, biasanya anak-anaknya berjaya. Individu yang ceria biasanya dapat membawa sinar bahagia dalam hidup individu yang lain. Penting kan kegembiraan, kebahagiaan, keceriaan, atau happiness tu? Lawan gembira ialah sedih, risau, menangis. Orang kata “Gembira Penawar Duka”..

Tapi, penawar kalau dosnya berlebihan boleh jadi yang sebaliknya pulak. Tak boleh la bila kita berhadapan dengan perkara tak menggembirakan kita abaikan. Justeru, ada masanya perlu kita ketepikan kegembiraan tu.. Kenapa?

1. Kalau kita asyik nak gembira jer, bila nak ingat orang yang sedang dalam kesedihan, penderitaan, dan memerlukan kita.

2. Kalau kita asyik nak gembira jer, kita asyik nak hiburan sampai lupa tanggungjawab dan jati diri.

3. Kalau kita asyik nak gembira jer, mesti asyik nak bergurau senda, gelak tawa. Lama-lama jadi lalai dan hati mati.

4. Kalau kita asyik nak gembira jer, macam mana nak muhasabah diri?

5. Kalau kita asyik nak gembira jer, mati takkan dapat ketawa. Senyum boleh, kalau kita mati dalam iman.

Jadi, fikir-fikirkanlah.. Kegembiraan yang sebenar bila dah masuk syurga nanti. Berbaloi tak kalau kita kena ketepikan kegembiraan sekejap untuk dapatkan kemuncak kegembiraan tu?

P/S: Orang sekarang asyik mengejar kegembiraan sehingga lupa yang lain-lain. Gembira gembira jugak.. Sedih sedih jugak.. Bersederhanalah.. Bergembira seadanya bersedih pula jangan sampai berputus asa.


______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

1 Comment

  1. Anonymous |

    perhatikanlah hal hal yang menyebabkan kamu menangis,jangan hal yang menyebabkan kamuj tertawa.....moga sentiasa thabat dalam perjuangan ....

     

Post a Comment