Search This Blog

Dalam Mencari Keredhaan Allah

Written on 9:36 PM by WhoSign



_________________________________________

KeredhaanMu –by inteam

Ya allah ya tuhanku
Hamba mu merindukan Rahmat kasih saying mu
Dan juga keredhaanmu Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi
Dosa noda yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari keampunanmu tidak bertepi
Ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji2
Jadikanlah taubat ini yang sejati pada mu Illahi
Ya Allah ampunkanlah dosa2 ku
Ya Allah redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Tuhan, Ku zalimi diri ini
Andai kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan,
Jangan kau palingkan diri ini
Setelah kau beri hudayah
Sesungguhnya kau maha pengasih

_________________________________________


Alhamdulillah.. kembali menulis.. terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sentiasa menziarahi blog ini.. moga kita sama-sama dapat mengambil manfaat yang ada..

Agak lama jugak penulis tak update blog ni, jadi kekok sikit pulak.. tak pe la.. jom sama-sama kita duduk renung sejenak fikir-fikir atas iman.. Jom kita merenung kembali matlamat tertinggi seorang hamba yang beriman iaitu mencapai keredhaan Allah.

Ramai yang salah faham apabila bertungkus-lumus beribadat 24 jam demi mencapai keredhaan Allah.. itu la, kan orang yang berilmu beribadat lebih baik daripada orang yang beribadat tanpa ilmu..

Untuk mencapai keredhaan Allah bukanlah dengan bertungkus-lumus beribadat semata-mata. Yang pertama, seperti yang dikatakan tadi, perlulah berilmu. Kita tahu ibadat yang kita buat tu, bukan hanya sekadar mengikut orang lain.

Dengan ilmu juga, kita dapat mengetahui jenis-jenis ibadat yang kita lakukan. Mana yang wajib mana yang sunat. Janganlah nanti jadi seperti sesetengah orang yang mana “yang sunat diamalkan yang wajib diabaikan”.

Banyak kes yang mungkin kita pandang remeh dan tidak sedar. Contohnya antara berzikir, baca quran, dan solat. Apabila seseorang itu sedang berzikir dengan nyaring, dan kedengaran seseorang yang lain sedang membaca al-Quran, maka orang yang sedang berzikir lebih utama memperlahankan zikirnya. Kemudian, tatkala seseorang itu sedang membaca al-Quran dengan nyaring, datang seseorang yang lain mendirikan solat, maka orang yang sedang membaca al-Quran lebih utama memperlahankan bacaan al-Qurannya. Namun, apa yang berlaku dalam masyarakat kita ialah bacaan zikir dibiarkan dibaca dengan nyaring sedangkan ada makmum yang masbuk atau ada jemaah lain yang sedang mendirikan solat.

Dalam mencari keredhaan Allah ini juga, jangan lupa bahawa bagi anak-anak keredhaan Allah itu apabila ibu bapa meredhai mereka. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menyebutkan perintah Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Antara contoh lain hadis yang ingin dibawakan ialah..

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa”

Manakala bagi isteri pula keredhaan Allah apabila si suami telah meredhainya. Seseorang perempuan berubah priority taatnya apabila telah bergelar isteri. Taat kepada suami menjadi lebih utama daripada taat kepada ibu bapa. Hal ini in case apabila bertembung antara kedua-duanya.

Namun, ketaatan-ketaatan ini, iaitu ketaatan anak kepada ibu bapa dan ketaatan isteri kepada suami hanyalah selagi ia tidak bertentangan dengan syara’ dan bukan perkara mungkar.

Dibawakan juga sebuah hadis untuk para isteri renungi dalam mencapai keredhaan Allah:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Wallahu a’lam


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

1 Comment

  1. BFH 6261 |

    wah...
    semenjak bergelar suami...
    gaya penulisan pun nampak sedikit berubah...

    selamat pengantin baru...

     

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers