Anda Tetap Unik!
Written on 4:28 PM by WhoSign


Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

The Difference Is Colourful!

salam..
cantik 2 subjektif....
lain orang lain pandangan...lain orang lain yg dilihat dari sudut cantiknya...
dr perspektif islam...setiap yang Allah cipta tu ada kelebihan masing - masing...xwajar if sebut "buruk"...sebab yang dikatakan buruk 2 pun Allah cipta...kita sebagai orang yang menerima nie..layakkah nak kata apa yg penerima bagi 2 BURUK>...renung - renungkanlah.......
sekadar pandangan..
yup.. betul tu.. sepatutnya macam tu la.. Allah yg Maha Mencipta menciptakan manusia, mana boleh kita kata buruk.. dan dijadikan manusia itu sebaik-baik kejadian..
tp, bg mereka yg selalu tidak berkeyakinan diri & think -ve, "buruk" itu la yg selalu bermain di fikiran.. dats why digunakan perkataan buruk di sini..
saje nk continue issue..
knapa ada org yg always -ve thinking bout diri dia and always rasa rendah diri..
antara faktor nya adalah kerana sikap segolongan human yang rasa dirinya BAGUS asyik nk mengata n mengomen je ...dats y org 2 rs inferior...
cuba hidup 2 xsibuk mengata ,kalo nk menegur pun tgk kiri kanan dulu,kalo nak gurau pun ,make sure gurau dia 2 xjadi garau...
bila semua orang reti bersyukur n xsibuk mengata...rasanya aman dunia...sedarkah human yang suka mengata 2 bahawa yang dia kata 2 adalah ciptaan pencipta NYA bukan tuan nyer diri je... lupakah dia..gemuk ke,kurus ke,cntik rupawan ala snow what ke,xbape cntik ke...sumanya Allah cipta dengan ada kelebihan masing2.
renung - renungkanlah
dats all...
yup.. setuju sekali.. xelok mengata orang.. di depan, apatah lg di belakang.. tu adalah ciptaan Allah..
tp, itu adalah fizikal.. mmg kita xboleh mengata, kutuk, dll sbb tu ciptaan Allah..
tp, kalau tingkah laku, itu boleh diubah.. jd, istilah jangan jg tepi kain orang tu xde (tp bukanlah sampai mencari-cari.. hanya apa yg dilihat dpn mata)..
mengata n menegur adalah dua perkara berbeza..
nevertheless, i'm agree dat kalo nk menegur pun ada caranya..
dh masuk dlm bab dont judge a book by its cover ni rasanya.. sbb, post anda tetap unik ni lebih merujuk kepada kejadian, fizikal, yg Allah telah jadikan.. bkn nya tingkah laku.. kalo ade orang yg tiba2 kata seseorang tu buruk, mmg xpatut la..
orang mengata bukan hanya pada tingkah laku,..
bukankah wujud juga manusia yang suka mengomen fizikal orang lain...
sometime ia boleh menjadi satu perkara yang tak sedap didengar...
itulah yang dimaksudkan dengan mengata dan mengur untuk komen di atas...
jika kamu menidakkan ciptaan ALLAH,renunglah,dari mana kamu diciptakan....
yup.. kalau itu yg dimaksudkan.. betul 3x (dalam nada suara ipin)..