Search This Blog

Bila Agama Hanya Sebahagian Dalam Kehidupan

Written on 2:14 PM by WhoSign

Inilah yang berlaku apabila agama dan urusan sehari-hari diasingkan. Demi menegakkan urusan seharian atau kerjaya, sanggup menghina agama dan orang yang menegakkannya..


dipetik dari: Malaysiakini


Bantah konsert 'ego orang agama'

Jimadie Shah Othman | Jun 17, 08 4:59pm


Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.

Menurut Roslan, bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik.


"Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik. "Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul. "Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.

Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri.

"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.

"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.

Dihubungi Malaysiakini berhubung memorandum Pemuda PAS itu, setiausaha politik menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata menteri besar sedang menelitinya.
Tindakan selanjutnya bergantung kepada menteri besar, tambahnya lagi.

Menurut Harakahdaily.net, ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mokhyi, yang menyerahkan memorandum itu kepada Nik Nazmi semalam, berharap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bertindak segera agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi (dalam Pakatan Rakyat) khususnya PAS."

"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella (foto). Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," katanya seperti dilaporkan.



Gaya hidup mewah


Selain mendakwa konsert anjuran syarikat kerajaan negeri Kelab Darul Ehsan Bhd itu sebagai "pembaziran dan gaya hidup mewah", Sallehen berkata ia "mengundang imej tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari" menguasai Selangor.

Roslan menggesa seniman mencari alternatif untuk mengetengahkan idea mereka dan tidak tunduk kepada bantahan sebegini.

"Jangan tunduk. Jika tunduk, kita seolah-olah akui kita salah.

"Kalau saya, waktu mula-mula masuk dulu, saya nak ketengahkan muzik Melayu ke seluruh dunia.

"Saya akan buat. Tak apa, saya tak hairan kalau tak boleh pergi Kelantan. Saya cari jalan lain," tambahnya, yang mulai dikenali meluas selepas kejayaan album Sheila Majid dan Zainal Abidin pada akhir 1980-an.

Seniman beragama Islam, tambahnya, tidak pernah berniat melawan nilai-nilai Islam.

Mengulas larangan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap penyanyi Faizal Tahir, Roslan berkata:

"Kalau nak ikut betul-betul, berapa ramai ahli parlimen tidak boleh masuk Perlis. Tengoklah perangai mereka dalam parlimen macam mana. Itu lebih teruk daripada Faizal Tahir."

Kumpulan rock terkenal Nitrus pula berkata Pemuda PAS berhak membantah tetapi tidak boleh mengetepikan hak orang lain.

"Dia ada hak beri pandangan mereka. Pihak yang lain juga ada hak. Yang perlu dibuat adalah diskusi, mesyuarat. Soal aurat, suara perempuan itu tidak terperinci (dijelaskan). (Bantahan) itu sesuatu yang kritikal. Ramai orang Islam yang cari makan dengan muzik, macam kami.

"Perkembangan budaya juga penting untuk pembangunan masyarakat. Diskusi patut melibatkan ahli akademik dan orang industri sendiri. Bincang, kemudian umumkan," kata vokalis kumpulan bebas itu Syed Helmy Syed Hood.


Bercanggah dengan manifesto

Ditanya sama ada mereka bersetuju dengan alasan moral dan pembaziran yang diberikan Pemuda PAS, Syed berkata:

"Kurang setuju. Tuduhan itu kurang konkrit, macam cakap tak ada dalil, tak ada alasan (terperinci). Kalau kata tak setuju, nyatakan batasan, garis panduan yang jelas.

"Budaya seni tidak boleh dipanjang remeh. Ia adalah sebahagian daripada kita," tambahnya.

Sementara itu, penggiat muzik dan pelukis Mazir Ibrahim pula berkata, bantahan Pemuda PAS itu tidak wajar.

"Kerajaan baru harus utamakan pembangunan masyarakat, bukan politik semata-mata. Takkan kerajaan baru kerjanya hanya mengharamkan. (Mereka) mesti sediakan (ruang) untuk semua. Bukan hal-hal yang dia suka saja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, hujah Pemuda PAS bahawa konsert itu akan "mengundang risiko moral yang tinggi" sebagai tidak relevan.

"Hujah yang dikemukakan mereka tidak relevan sama sekali. Tujuannya satu, untuk 'menghijaukan' (melebarkan pengaruh PAS di) Selangor sebab bertolak daripada premis politik.


"Tidak ada konsert, di Kelantan ada juga anak luar nikah. Ini soal pembangunan budaya. Ini juga tentang cari makan. Konsert kalau tidak benarkan, mesti beri alternatif lain," tambahnya, yang juga koordinator Music Forum.


Aktivis politik Amin Iskandar berkata tindakan Pemuda PAS Selangor itu sebagai "menipu" rakyat kerana bercanggah dengan manifesto parti itu dalam pilihanraya umum lalu.


"Tindakan ini tidak demokratik. Kenapa tidak tulis dalam manifesto dulu? Tindakan ini menipu rakyat. Kalau dulu tulis, itu OK. Dia kena sedar, Pakatan menang, termasuk PAS, dalam kawasan berkomposisi pelbagai kaum. Jadi tuntutan itu tidak sesuai dengan aspirasi Pakatan.


"Yang memenangkan mereka dulu bukan (penyokong) PAS saja, tetapi semua pihak. Jangan lupa pada Cina yang buka bilik gerakan untuk mereka dan India yang bertakbir selepas ceramah PAS dulu," katanya.

Tindakan Pemuda PAS ini hanya menunjukkan parti itu tidak bersedia memerintah Malaysia, tambahnya.

...

p/s: PAS dah bantah, kerajaan kena buat keputusan, rakyat pulak jangan datang konsert. kita, jangan sampai kita pun bersekongkol dengan mereka yang jahil agama ni.

______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

5 Comments

  1. Anonymous |

    Salam...

    I truly appreciate your input on this matter. Good Muslims must let their ignorant Brothers and Sisters know that they have strayed far from the light of Truth that was brought to us by Prophet Muhammad (saw@pbuh).

    We can no longer let those ignorant Muslims (possible Munafiqs) spread bad influence to the rest of the Ummah.

    Malay Women in Malaysia

     
  2. Anonymous |

    mufti malaysia pengecut.. terutamanya mufti popular tanahair , cam mufti perlis.. pelagi?, gi lah tegur balik si roSIALAN aziz ni...

     
  3. Anonymous |

    Kamu ini dalang Umno ke dan butake? Baik kamu pergi lecture kat pemimpin-pemimpin zalim dari Umno macam Badawi daripada buang masa tak habis-habis nak salahkan kaum wanita di atas keganasan dan nafsu buas kaum lelaki! Ataupun, yang bunuh Altantuya tu kan orang Melayu/Islam; tak pula si Taliban PAS ni nak demonstrasi! Bahkan Badawai dalah pemimpin yang paling zalim dalam sejarah Malaysia, kerana memeperdayakan rakyat di sebalik “kelembutannya” yang amat palsu. Bahkan amat menghina; kerana di sebalik “kelembutannya (macam “tok” sifat dalangnya seperti sifat tamak seperti memperkayakan kaum sanak-saudaranya serta menyebabkan rasuah yang berleluasa dalam kerajaannya, dan sifat kejam pada rakyat dari semua agama (seperti ISA dan penangkapan dan penyiksaan aktivis-aktivis hak asasi hanya kerana mereka menegakkan kebenaran dan keadilan untuk rakyat), bahkan tidak dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat yang tidak berfikiran halus, tajam dan benar-benar berilmu tinggi (bukan hanya dengan ilmu agama)!
    Pemimpin-pemimpin Umno yang ganas dan kejam ini dan orang Islam yang tak berilmu tinggi dan bermaruah tinggi macam kamulah yang menjatuhkan Islam dan tramdun Melayu dan Islam; jangan nak menyalahkan orang, bangsa dan agama lain faham kalau tamadun Melayu/Islam dibenci dan dipandang hina sekarang! Akibat sifat ganas dan kejam inilah, aku sebagai perempuan Melayu tidak akan lagi berdiplomasi dan berpura-pura lemah-lembut macam orang/perempuan bodoh/hamba atau seperti lembu ditambat di hidung! Malangnya kebanyakan orang Melayu/Islam dari golongan biasa/rakyat dan kaum wanita Melayu/Islam telah diperbodoh-bodohkan dan lansung tidak berfikiran halus dan tinggi, bahkan seperti lembu-lembu yang ditambat ini!

    Noor Aza Othman,
    WANITA MELAYU LIBERAL-FEMINIS!

     
  4. Anak Perelih |

    Hey Noor Aza a/p Othman...

    If you 're a true feminist... you should fight against women being used as sex object by commercial... in advert, race track, fashion etc... you should put your priority right... not just being a "fake feminist"... bikin malu sama feminist company aje...

    Why used the word "Taliban PAS".. not "Saudi PAS"??? Both implement syariah law in their administration... the answer is... Saudi is the American Pet in the middle east... not Taliban... it prove that those who labeled PAS as Taliban are being fooled /stooge of Bush and his newcons... even these Bush and newcons is being rejected by Americans and the west now... Obama for President!!!

    Before attacking PAs for the proposal.. we must remember Islam is PAS's idealogy... so to ask PAS to leave islamic line is like asking DAP to reject Malaysian Malaysia or like asking PKR to kick Anwar out of the party....

    In 1999 under "Islamic State" and "Justice" slogan, PAs won 27 seats... in 2008, under "negara berkebajikan" which was to be inline with DAP and PKR... PAS won only 20 seats... they did not win big in Terengganu and Perlis... the answer is.. because UMNO is tauting PAS Through MSM that PAS is abandoning its Islamic state ideology and it is still being used now... and many Muslims who were not well inform was trapped with this UMNO propaganda and not giving votes to PAS... So dou you want PAS to suffer in 13th election??? PR will suffer too if PAS suffers...!!!

     
  5. Anonymous |

    Hey Anak perelih,
    Which planet or cave are from? You don't even know what Feminism means I bet? And for your information; those women who were any kind of clthes they want; at least they're free to wear it don't they. Not forced to cover up like the Taliban women! How dare you praised the Taliban; who don't even allow women and girls to read and write? Stone-age Bastards! And did I ever tell PAS to leave Islam you idiot? Just not to politicize or fanaticize Islam, got it! We're not Arabs, nor the Talibans/Al-Qaedas who are imposing religion by the "sword"/violence, and Malays are a diverse lot! And I was in the Irish Anti-War defending Muslims' human rights in the west, and against the war in Iraq, together with my fellow non-Muslims Mat Sallehs! Go & read more, not just on religious books!

    NOOR AZA OTHMAN,
    STANDING UP FOR FEMINISM - FIGHTING FOR WOMEN'S EQUALITY & FREEDOM!

     

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers