Antara Mahar dan Hantaran
Written on 3:30 PM by WhoSign
anyway, lets learn together bout the mahar which is wajib and the hantaran which is just adat and harus but in some condition it can be prohibited. (useful for future pengantin, their family, their sedara mara, n their yang lain-lain..)
actually, it is kinda important coz there are many cases which the wedding ceremony had been canceled coz the hantaran was not suitable or too high.
Maskahwin
Maskahwin disebut juga sebagai Mahar dalam bahasa Arab adalah satu bentuk pemberian daripada bakal suami kepada bakal isterinya dengan sebab perkahwinan.
"pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang”. Mankala ‘Pemberian’ ditafsirkan sebagai “pemberian sama ada dalam bentuk wang atau barang-barang yang diberi oleh seorang suami kepada seorang isteri pada masa perkahwinan”.
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.[An-Nisaa: 4]
“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya dengan sempurna sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah. Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri, sesudah ditetapkan maskahwin itu tentang cara dan kadar pembayarannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
Hantaran
Hantaran pula lebih menjurus kepada adat resam sahaja, ia bergantung kepada bangsa,
Dimaksudkan dengan hantaran oleh kamus dewan edisi keempat adalah:
“wang yang dihantar oleh pihak lelaki kepada bakal mertua untuk perbelanjaan perkahwinan, belanja hangus”. “(dalam majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian dan sebagainya) yang dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang”.
Beza Maskahwin dan Hantaran
Maskahwin merupakan hak isteri yang berkaitan dengan pernikahannya manakala hantaran bebas dibelanjakan samada oleh isteri, ibu bapanya atau sesiapa sahaja yang diberi keizinan oleh adat atau si isteri itu sendiri. Tiada sebarang nas yang bersandarkan kepada hukum syarak menyebabkan kadar dan penyediaan hantaran semasa majlis perkahwinan kadangkala membawa beban kepada kedua-dua belah pihak.
Bagi masyarakat Islam di Malaysia, sekiranya belanja perkahwinan dikira daripada kadar maskahwin sahaja nescaya kadar perkahwinan pada usia muda dapat ditingkatkan dan ruang maksiat dapat ditutup dalam usia nafsu lelaki dan wanita yang sedang bergejolak.
Antara perbezaan lain antara keduanya adalah, maskahwin dalam bentuk matawang atau dinar emas yang semakin popular digunakan datangnya dari pengantin lelaki sahaja manakala hantaran dalam bentuk benda atau perkakasan akan datang dari kedua-dua belah pihak dengan kaedah balasan, pihak yang mendatang akan memberi hantaran dalam jumlah kiraan dulang yang ganjil dan akan dibalas oleh pihak yang menyambut dalam jumlah yang ganjil dengan bilangan yang lebih daripada pihak tetamu.
Kita boleh berhujah menggunakan kaedah qawaid fiqhiyah dikenali sebagai ‘Al-Adah Muhakamah’ yang bermaksud setiap adat yang tidak melanggar hukum syarak boleh diamalkan, namun pembaziran atas sesuatu yang tidak perlu atas nama adat boleh ditinggalkan, kerana ‘pelaku pembaziran adalah saudara syaitan’ ditambah pula dengan niat untuk menunjuk-nunjuk yang dikhuatiri membawa sifat riak dan taajub dengan diri sendiri.
Atau sekiranya tidak berkemampuan langsung maka sabda rasul lagi;
p/s: just another thought dat should comes into our senses..