Jangan Sekadar Membela, Tegakkan!
Written on 4:39 PM by WhoSign
“weh, aku pakai eh?”
“eh, tak boleh, tu aku punya..”
. . . . .
“weh, boleh la aku pakai..”
“tak boleh lah.. aku punya tu..”
“ala.. kau bukan pakai sangat pun.. kongsi la..”
“aku kata tak boleh, tak boleh lah!”
“kau tak guna pun?! Aku pakai la..”
“benda tu bernilai buat aku.. tak boleh! Tak boleh!”
Seminggu.. dua minggu.. sebulan.. dua bulan.. yang hangat sudah sejuk.. yang kontroversi sudah senyap.. tapi bagi yang peka dan mengambil tahu perkembangannya, isu tersebut tidak akan berhenti di satu noktah itu sahaja.. malah sebenarnya telah lama isu tersebut timbul, cuma hanya tidak diuar-uarkan.. biarkan masyarakat terus dengan kehidupan masing-masing…
Ya.. isu penggunaan kalimah Allah.. telah sekian lama tersimpan dalam benak fikiran ini, hanyasanya tidak berkesempatan di post kan ke blog..
Namun, di sini penulis bukan ingin memberi huraian samada boleh atau tidak penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi selain umat islam.. bagi penulis, mereka yang mengatakan isu ini tidak boleh ada khilaf (perselisihan) pendapat, adalah kerana mereka melihat isu tersebut daripada sudut akidah. Manakala pihak yang berselisih pendapat melihat isu ini dari sudut bahasa.
Apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah sikap kita, masyarakat islam di Malaysia. Satu persatu bahana melanda agama islam. Dulu heboh pengkristianan orang melayu. Sekarang senyap. Sedangkan perkara tersebut masih lagi berlaku. Hari tu heboh isu penggunaan kalimah Allah. Tak lama lagi senyap. Sedangkan pendakyah-pendakyah yang menjalankan usaha penyebaran agama kristian mereka tidak pernah diam.
Ringkasnya, kita sekadar membela! Bila timbul sesuatu isu, baru kita nak bela. Kalau didiamkan isu tersebut, kita pun tak tahu lah apa yang berlaku.
Islam tu untuk diamalkan! Kata islam is my way of life.. tegakkan! Amalkan! Sebarkan! Sampaikan seruan! Keluarkan masyarakat daripada kekeliruan. Berikan kefahaman tentang islam yang dianuti. Bukan sekadar agama warisan.
Tidak pelik kalau golongan dewasa yang sudah berkerja atau yang hampir mencecah usia emas masih buta tentang islam. Pendidikan islam – masa di sekolah sudah berlalu. Tak sempat belajar. Ceramah islam – orang yang sama tu jugak yang datang. Ustaz-ustaz – kat masjid, slot ceramah di TV, panel forum pendidikan islam.
Pernah tak kita terfikir nak buat macam mana? Semua tu bermula daripada diri kita sendiri. Fahami islam yang kita anuti.. dalami ilmunya.. hayati.. amalkan dalam kehidupan sehari-hari.. saling ingat mengingati.. kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.. jangan hidup sendiri-sendiri.. dan banyak lagi yang kita boleh buat dengan bermula daripada diri kita sendiri.. membela tetap membela, dalam masa yang sama tegakkan! insyaAllah.. wallahu a’lam