Antara Hak dan Keikhlasan
Written on 8:28 AM by WhoSign
Event yang kusertai kali ni, banyak mengajar ku dalam banyak perkara. Malah, membuat ku terfikir berkali-kali tentang dua perkara yang mungkin ada bezanya, antara hak dan keikhlasan. Apa yang akan dicoret, hanya pada pandangan pemikiran ku, sekiranya ia bersalahan dengan syariatNya, maka berilah teguran kepada ku.
Keikhlasan, merupakan suatu aspek yang selalu dititikberatkan dalam melakukan apa jua perkara, samada yang berkaitan akhirat mahupun dunia. Tingkat yang tertinggi bagi seseorang itu dalam melaksanakan tugasnya ialah apabila segala yang dilakukannya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah (mardhotillah).
Benarlah kata orang, keikhlasan tu bagaikan semut hitam di atas batu hitam di waktu malam yang gelap (sambil memakai cermin mata hitam), menggambarkan betapa sukarnya keikhlasan tu untuk dilihat dan didapatkan.
Terkadang, sebagai manusia biasa, seseorang itu mungkin diam di mulut, tetapi siapa tahu hatinya mungkin berkata-kata. Luahan hatinya, yang hanya didengari Yang Maha Mendengar, segalanya adalah demi untuk mendapatkan keikhlasan, demi untuk mempertahankan niatnya, agar kerja-kerja yang dilaksanakan tidak tersia-sia, sudahlah kerja itu amat menguji kesabaran.
Para nabi di dalam kerja dakwahnya, tidak meletakkan ganjaran selain hanya kepada Allah. Urusan dakwah itu kewajipan yang dipikul mereka, yang diberikan direct oleh Allah, atau dengan kata lainnya, mereka bekerja dengan Allah.
Namun, tetapi, apabila bekerja dan berurusan dengan manusia, terkadang ada hak-hak yang telah dijanjikan atau tanggungjawab yang perlu dilunaskan di dalam kerjasama antara dua pihak tersebut.
Persoalannya, adakah salah untuk kita menuntut hak-hak itu? Adakah ia mencalar keikhlasan yang sekian lama dipertahankan?
Adakah tidak ikhlas pekerja-pekerja yang menuntut gaji mereka yang sepatutnya dibayar tiap-tiap bulan?
Di dalam satu saff kerjasama, adakah tercalar keikhlasan orang yang menuntut kebajikan yang dirasai oleh setiap orang dalam kerjasama tersebut?
Adakah, adakah dan adakah..
Jawapannya....
Wallahu a’lam..
______________________________________
“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”