Search This Blog

Ambil Tahu Sejarah Musuh No. 1

Written on 1:15 AM by WhoSign

.


Kronologi sejarah Bani Israel

1. Bani Israel mengalami cengkaman perhambaan dan kezaliman Firaun di Mesir.

2. Nabi Musa as diperintahkan oleh Allah untuk memimpin kaumnya menghadapi suatu perjalanan yang panjang ke "Tanah Yang Dijanjikan"

3. Nabi Musa dan kaumnya berjaya melarikan diri namun Firaun dan tenteranya ditenggelamkan di di dasar laut.

4. Semasa dalam perjalanan sebahagian telah syirik kepada Allah dengan menyembah anak lembu emas yang dibentuk melalui sihir sedang nabi Musa bermunajat kepada Allah di Gunung Sinai. Namun mereka akhirnya bertaubat.

5. Bani Israel mengingkari perintah Allah supaya berjihad dengan orang-orang kafir yang menduduki wilayah tersebut.

6. Bani Israel berpusing-pusing selama 40 tahun di tempat yang sama walaupun hanya berada di luar tanah yang dijanjikan kerana keingkaran mereka itu.

7. Bani Israel memulakan penghidupan baru setelah generasi anak-anak mereka akhirnya menemui tempat tersebut.

8. Bani Israel menikmati kehidupan bebas dan sejahtera namun tidak bersyukur serta melakukan kezaliman dan perhambaan terhadap kaum lain yang telah dikuasai.

9. Bani Israel membinasakan rumah-rumah berhala kaum yang ditakluki namun agak keberatan untuk mengajak kaum tersebut kepada KeEsaan Allah. Sebaliknya mereka mengingkari ajaran kitab Taurat dengan kegiatan meminum arak dan berjudi.

10. Mula belajar cara-cara membuat minuman keras dan permainan judi. Apabila Nabi Yushua' as (pengganti Nabi Musa as) melihat bani Israel semakin terpesong lalu baginda menegur mereka. Bani Israel itu kemudiannya berkata:

"Wahai Yushua', kami sebenarnya sedia maklum tentang keburukan permainan-permanian ini, bagaimanapun kami bukanlah merekanya untuk diri kami, tetapi hanyalah bagi kaum-kaum lain yang telah kami kuasai. Jikalau kami tidak melalaikan mereka dengan hal-hal yang dapat mengalihkan perhatian mereka dari kami, maka sudah tentu mereka akan bangkit menentang kami. Kami sengaja meracuni kehidupan mereka supaya kaum kami dapat bersih dan menjadi orang-orang bertaqwa."

11. Akibat perbuatan sendiri, mereka dibenci dan diancam oleh penduduk sekitar Kan'aan.

12. Kaum Amalakit di bawah pimpinan gergasi jalut menyerang.

13. Bani Israel meminta Allah mengadakan raja bagi memimpin mereka memerangi kaum liar tersebut.

14. Allah memilh Thalut sebagi raja namun pada awalnya mereka tidak bersetuju kerana Thalut tidak mempunyai pengaruh dan kekayaan. Akhirnya mereka akur Thalut pilihan Allah dan bukannya Nabi Samuel as (mengantikan Nabi Yushua as).

15. Seorang anak kecil yang bernama Daud berjaya membunuh Raja Amalikit, gergasi Jalut yang amat kuat dengan hanya menggunakan sebilah lastik burung.

16. Bani Israel memenangi peperangan.

17. Daud dikahwinkan dengan anak perempuan Thalut.

18. Allah melantik baginda sebagai Nabi dan selepas Thalut mangkat kerajaan diserahkan kepada nabi Daud as.

19. Nabi Daud membangunkan sebuah kota di wilayah Kan'aan iaitu Jebus dan menyimpan peti Tabut. Allah mengkhabarkan sebuah rumah ibadat yang paling agung dalam sejarah kemanusiaan akan dibina iaitu Haikal Sulaiman atau "Temple of Solomon".

20. Bani Israel mendapat bimbingan ajaran-ajaran Taurat di Jebus yang ditukar namanya kepada Baitul Muqaddas (Al-Quds) atau Jurusalem.

21. Nabi Daud telah memulai membina masjid agung namun sebelum sempat siap, baginda meninggal dunia. Usaha diteruskan oleh puteranya Nabi Sulaiman.

22. Masjid yang dinamakan Haikal Sulaiman ini telah dibina dengan bantuan Jin dan manusia. Masjid ini telah mendatangkan rahmat, kesejahteraan dan menjadi simbol era pemerintahan Nabi Sulaiman. Sehingga ke hari ini Bani Israel dan keturunan mereka menganggapnya sebagai "zaman emas" mereka.

23. Nabi Sulaiman wafat pada tahun 935 SM.

24. Bani Isreal mengalami kemerosotan kerana bercakaran sesama sendiri dan berpecah belah.

25. Bani Israel membentuk 2 kerajaan. 10 suku membentuk kerajaan utara dan 2 suku lagi iaitu Yahuda dan Bunyamin membentuk kerajaan selatan.

26. Selain berperang sesame sendiri Bani Israel telah membunuh Nabi Zakariyya AS, memenggal leher puteranya Nabi Yahya dan cuba membunuh Nabi Isa As diatas salib namun Allah telah menyelamatkan baginda dan membawanya ke langit.

27. Kemungkaran yang melampaui batas dan bersambung-sambung akhirnya menyebabkan Bani Israel ditimpa kehinaan setelah dijajah oleh bangsa asing.

28. Tahun 926 SM, Raja Firaun datang menjajah.

29. Tahun 722 SM, tentera Assuria membinasakan kerajaan utara dan membunuh sebahagian besar Bani Israel manakala bakinya menjadi hamba abdi.

30. Tahun 612 SM tentera Assuria pula telah dikalahkan oleh tentera Babylon.

31. Tahun 586 SM, tentera Babylon di bawah pimpinan Raja Nebuchadnezzar telah menyerang Baitul Muqaddas (Jurusalem). Mereka membakar kota, menyembelih penduduk dan memusnahkan Haikal Nabi Sulaiman as. Kitab taurat yang berada dalam Haikal Sulaiman turut terbakar hangus.

32. Kerajaan Yahuda musnah sama sekali. Sedangkan Kerajaan Utara telah dimusnah lebih awal oleh tentera Mesir dan Assuria.

33. Ditakdirkan Allah, tentera Mesir, Assuria dan Babylon yang mengambil bahagian dalam pemusnahan 2 kerajaan Bani Israel ini telah memeluk agama Islam. Keturunan bangsa-bangsa inilah yang menjadi penduduk pribumi Arab Palestin pada hari ini.

34. Bani Israel cuba mendapatkan kembali wilayah tersebut tetapi yang terbaik yang berjaya dicapai ialah mendapat kuasa otonomi terhad semasa jajahan Romawi.

35. Tahun 70 SM Jeneral Titus dan tentera Romawi menjarah kota suci Baitul Muqaddas. Kebanyakan penduduk telah dibunuh dan sebahagian telah diusir.

36. Tahun 132 M berlaku sekali lagi peristiwa berdarah di Baitul Muqaddas. Kaisar Romawi Hadrian mengisytiharkan bahawa kaum Yahudi tidak dibenarkan pulang. Semenjak itu Bani Israel terpaksa mencari ruang penghidupan di tempat-tempat lain. Bermulanya sejarah yang dipanggil oleh masyarakat barat sebagai ‘the scattered tribe' atau ‘bangsa yang berselerak'.

37. Tahun awal 300 M arahan dilanjutkan oleh kaisar Byzantine Konstantine.

38. Tahun 621 M kaisar Byzantine Heraclius menyambung menguatkuasakan pengisytiharan selepas Yahudi melakukan pemberontakan dengan merosakkan biara-biara dan gereja-gereja.

39. Tahun 1215 M dalam muktamar maskoni ke-4, pusat gereja Katholik megeluarkan pengisytiharan:

"Kerana belas kasihan kita, mereka (Yahudi) menjadi Kawan, tetapi mereka adalah sangat merbahaya, bahayanya seperti ulat dalam buah apple atau ular bisa di dalam dada."

40. Tahun 1253 M Perancis menjadi negara Eropah pertama mengusir semua Yahudi dari negara tersebut kerana pusat gereja Katolik di Vatican telah gagal membendung kejahatan-kejahatan yang telah dilakukan oleh kaum Yahudi.

41. Tahun 1290 M, King Edward I telah menitahkan semua orang-orang Yahudi diusir terus dari negara England kerana kerakusan golongan murabin (pemakan bunga) telah benar-benar menyengsarakan rakyat England.

42. Tahun 1569 M Pope Pius V mengeluarkan arahan supaya orang Yahudi diusir keluar daripada negara-negara Eropah yang takluk bawah kuasa gereja. (Pranaitis, hlm 91).

43. Tahun 1370 M Yahudi diusir dari Belgium, tahun 1380 M dari Czechoslavia, tahun 1510 M dari Russia, Tahun 1540 M dari Itali, tahun 1551 M dari Jerman dan Hitler membunuh beramai-ramai orang Yahudi dalam tahun1930an.

44. Yahudi kemudian berpindah ke kawasan timur, khususnya Poland dan kerajaan-kerajaan jajahan empayar khalifah Othmaniyyah. Atas sifat belas kasihan kerajaan Islam telah banyak bertanggungjwab melindungi kaum Yahudi daripada ancaman penderaan dan pembinasaan kaum Kristian di Eropah apabila mereka diusir besar-besaran yang dikenali sebagai ‘The Great Eviction' atau Pengusiran Besar-Besaran. Namun bantuan yang diberikan umpama ‘melepaskan anjing tersepit'

45. Tidak pernah kembali ke Baitul Muqaddas sebagai satu kaum selama 1,900 tahun selepas serangan Jeneral Titus Romawi pada tahun 70 M.

46. Tanggal 2hb November 1917 M, Yahudi mula pulang berama-ramai selepas termeterainya pernjanjian Belfour.

47. Tahun 1948 Negara haram Israel ditubuhkan oleh PBB.

Kesimpulan

1. Bani Israel mendapat kehinaan kerana perbuatan mereka sendiri yang melanggar perjanjian dengan Allah dan sifat mereka yang suka membuat kerosakan dan kesusahan kepada bangsa lain. Umat Islam juga akan menerima kehinaan apabila meninggalakan suruhan Allah dan RasulNya.

2. Bangsa Yahudi tidak boleh mendakwa tanah Palestin adalah milik mereka walaupun mereka antara yang terawal menduduki tanah tersebut kerana Bani Israel pada waktu itu mengikut ajaran Nabi Musa dan menyembah Allah. Bani Israel pada waktu itu adalah orang Islam yang seakidah dengan rakyat Palestine pada hari ini! Tanah Palestine kekal milik orang Islam dan bukan orang kafir. Orang Islam seluruh dunia wajib mempertahankannya.

3. PBB ditubuhkan untuk negara Israel kerana segala resolusi yang dibuat keatas Israel tidak pernah dilaksanakan dan selalu mendapat veto daripada US. Tetapi apabila resolusi keatas negara Islam diluluskan ia wajib dipatuhi kalau tidak akan mendapat sekatan ekonomi dll. Tiada negara Islam yang mempunyai veto.

Rujukan

Hj Muzaffar Hj Mohamad dan Suzana Hj Othman. (2007). Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu. Kuala Lumpur: Crescent News.


Wilayah atau tanah yang dijanjikan ini dikenali sebagai wilayah Kan'aan atau Palestine. Bumi berkat ini pada asalnya tempat penghijrahan Nabi Ibrahim as yang mendapat ancaman daripada Namrud di Babylon(Iraq) setelah baginda membinasakan berhala-berhala sembahan mereka. Perintah Allah itu umpama ‘kepulangan semula' ke tanah nenek moyang mereka memandangkan Bani Israel pada ketika itu menyembah Allah seperti nabi Ibrahim as.

Dipetik dan disusun oleh: adminpembinakedah

Website PEMBINA


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers