Search This Blog

Gejala 'Nevermind' Dalam Masyarakat

Written on 9:32 AM by WhoSign

Sabda Rasulullah s.a.w:

‘Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang keadaan orang islam sesamanya,maka dia bukanlah sebahagian dari kami…’
(Hadis ini adalah hadis dhoif/lemah tetapi ia masih sebuah hadis & boleh digunakan untuk beramal/menggalakkan amal. Ia tidak boleh digunakan untuk berhujjah.)

Nevermind
yang mungkin boleh dianggap sebagai virus yang membahayakan semakin menular dikalangan umat islam masa kini. Virus ini seharusnya dihentikan penebarannya secara drastik dengan menggunakan anti virus the latest version oleh pakar-pakar yang bernama umat islam itu sendiri. Jika pemikiran spesis bervirus begini tidak dihapuskan dari program minda umat islam,ia mungkin akan menghapuskan sensitivity umat islam itu sendiri terhadap sesama muslim. Lalu akan lahirlah umat islam yang dipijak-pijak seperti sekarang ini. Tiada langsung sifat hormat golongan kafir terhadap kita. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.


Apabila dikatakan nevermind, kita seolah-olah tidak kisah akan apa yang mungkin terjadi kepada umat islam pada masa kini dan masa akan datang. Apa yang dapat kita lihat ialah,semakin berkurangnya umat islam yang mengamalkan amar ma’ruf nahi mungkar.


Saya terpanggil untuk menulis tentang isu ini apabila saya mendengar satu wawancara antara juruhebah dan seorang jemputan di siaran radio ikim.fm sebentar tadi. Apa yang dapat saya lihat atau mungkin lebih tepat saya dengar,isu ini memang amat relevan sekali untuk dibincangkan. Buktinya,sejauh manakah kita berusaha untuk menegur jiran-jiran kita yang mungkin telah tersasar jauh dari landasan agama? Contoh yang lebih dekat lagi ialah adik beradik kita dan saudara mara kita sendiri. Jika kita berusaha untuk melakukannya, alhamdulillah, kerana kitalah insan bertuah yang diberi kekuatan oleh Allah. Namun bagi yang belum pernah berusaha, perlu muhasabah diri. Bila lagi kita akan melaksanakan tanggungjawab dakwah ini?


Kita sebenarnya belum berada ditengah-tengah keadaan sebenar masyarakat yang huru-hara seperti pejuang-pejuang yang terdahulu. Contohnya pada zaman Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan lain-lain lagi. Jangan cepat berasa ujub jika berjaya berdakwah hanya dua tiga orang sahaja sedangkan beribu-ribu lagi sedang menunggu.Teruska usaha!! Jika kita pergi ke kompleks membeli-belah,apa yang dapat kita lihat ialah ragam-ragam anak muda dgn budaya-budaya songsang yang mungkin dapat saya katakan sebagai keterlaluan dalam berpakaian dan akhlak. "Tidak ada ibu bapakah mereka?"


Kadang-kadang pening juga kalau nak fikir tentang hal begini. Ya! Mungkin kita bukan orang besar untuk memikirkan keadaan ummah yang semakin hari semakin teruk. Tapi ingatlah bahawa diakhirat nanti segalanya akan dipertanggungjawabkan tentang perbuatan yang dilakukan di dunia ini. Setiap manusia itu pemimpin dan bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Kita juga yang akan ditarik oleh mereka yang tidak kita tegur semasa di dunia ini dan mengatakan bahawa kita tidak berusaha untuk membantu mereka yang telah tersasar.

Sabda Rasulullah s.a.w :

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengantangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranyadia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)

Bila terfikirkan kembali kehidupan bersama rakan-rakan yang belum berjaya lagi didakwah,terasa diri amat naif. Atas dasar sayang dan ingin membantu, mereka diberi nasihat walaupun diri sendiri belum betul sepenuhnya. WAlaupun kadangkala mereka tidak endahkan kita tetapi hati ini terubat apabila teringatkan Firman Allah yang berbunyi.. ‘ Innaka la yahdi man ahbabta…walakinnallaha tahdi man yasha’…. Sesungguhnya bukan kamu yang memberikan hidayah kepada orang yang kamu sayang tetapi Allah-lah yang memberi hidaya kepada orang yang Dia kehendaki.


Walaubagaimanapun,etika dalam menegur orang dalam setiap keadaan perlu diambil kira juga. Islam menggariskan pelbagai garis panduan didalam keadaan ini. contohnya, tegurlah mereka dengan ‘ bil hikmah wal mau izatul hasanah'. Tegurlah mereka dengan niat yang ikhlas dan bukan kerana nak tunjuk pandai seolah-olah diri sendiri ahli syurga. Tiada istilah siapa pandai dalam diri insan kerana setiap manusia itu bersifat ‘nasia’ yakni pelupa. Jadi ingat-mengingatilah antara satu sama lain. Ibu bapa tegurlah anak mereka, ketua sesama anak buah dan sebaliknya,sahabat sesama sahabat,akhawat sesama akhawat dan ikhwan sesama ikhwan. Insyaallah akan diberi lipatan ganjaran pahala oleh Allah.


Salam mujahadahhhhh...!!!


dipetik dari:

www.iLuvislam.com
oleh : imtiazsofea

______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers