Search This Blog

Cerita Angah & Adik: Eksperimen Air + Kicap.. dan Hati

Written on 3:33 PM by WhoSign


“Angah, Angah buat apa asyik menghadap laptop jer. Chat dengan awek eh?”

“Eh.. tak de lah.. Ape la Adik ni. Tak elok tau ada awek-awek ni kalau jauh lagi atau tak sedia lagi nak kahwin.”

“Abih tu.. Angah buat apa?”

“Hmm.. Ni ha.. Tengah surf laman web ni.. Artikel iluvislam.com.”

“Owh..”

“Ha.. tengok ni.. Artikel ni tentang eksperimen.. Jom kita buat nak?”

“Eksperimen apa? Eksperimen air, kicap, dan hati? Hmm.. Okey jugak.. Jom buat!”










“Bahan-bahannya.. Gelas kaca.. Air masak.. Kicap.. Dan sehelai duit kertas.. Ok siap..”

“Pastu mula-mula Adik tuang air masak ke dalam gelas ni..”

“Okey.. Pastu nah amik duit kertas ni.. Cuba Adik tengok melalui gelas berisi air tu.. Berapa nombor sirinya?”

“Erm.. AQ 8453205.. Betul tak?”

“Hmm.. Betul betul betul.. Meh Angah nak tengok pulak.. Hmm.. A’ah lah.. boleh nampak..”

“Pastu? Pastu?”

“Pastu dia suruh kita fikirkan seberapa banyak dosa yang kita dah buat.. Hmm...”

“Tak kira lah dosa besar atau dosa kecik kan? Hmm.. Pastu nak buat apa?”

“Pastu dia kata kat sini.. Amik kicap dan titiskan dalam air tu mengikut dosa yang kita fikirkan tadi..”

“Hmm.. Ok.... Erm.. Angah.. Pagi tadi Adik terlajak tidur.. Tak solat Subuh..”

“Ish.. Dosa besar tu.. Kalau dosa besar, kita titiskan tiga kali kicap ni kat dalam air masak ni.. Pasni jangan sampai tertinggal subuh lagi tau..”

“Lagi......”

“Erm.. Kadang-kadang kita ada tak dengar cakap Mak.. Mak suruh, kita tak buat.. Kalau derhaka, dosa besar tu.. Na’uzubillah.”

“A’ah.. Na’uzubillah.. Titis tiga kali jugak kicap ni..”

“Apa lagi ek? ... Ha! Hari tu buang sampah merata-rata kan? Dosa kecik.. Titis sekali..”

“Banyak buang masa.. Boleh jadi dosa kecik.. Sekali titis..”

“Selalu duk belajar dalam kelas, dengar kawan-kawan mencarut la.. mengumpat la.. maki hamun.. Abis dah berdosa telinga ni pulak.. Sekali jer la titis kicap ni..”

“Ha.. Kalau join sekali mengumpat tu, kita pulak yang mengumpat, boleh jadi dosa besar tau.. na’uzubillah.. Tiga kali titis..”

“Lagi.. Rasanya macam banyak je kan dosa-dosa kecik yang kita buat dalam kita tak sedar.. Kita titis je la banyak-banyak kicap ni sama istighfar sekali..”

“A’ah a’ah.. Astaghfirullah al-Azim.. Astaghfirullah al-Azim.. Astaghfirullah al-Azim..”

“huhu.. Abih banyak kicap Mak kita guna ni..”

“Dah tak rupa air masak dah.. Macam air kopi.. huhu..”



“Angah.. Adik.. Nampak tak kicap masin? Biasa ada kat atas meja tu.. Mak nak masak lauk ikan masak kicap ni..” Tiba-tiba Mak muncul di ruang tamu tempat Angah dan Adik buat eksperimen.

“heee....” Si Angah dan Si Adik tersengih memanjang memandang Mak yang tercari-cari kicap masin yang dijadikan bahan eksperimen mereka.

“Ya Allah... Apa Angah dan Adik buat dengan kicap ni?” Belum sempat apa-apa Mak dah ternampak eksperimen Si Angah dan Si Adik.

“Erm.. Ni Mak.. Kami ikut eksperimen dalam iluvislam ni.. tapi kat sini tak ada keputusan eksperimen.. jadi, kami nak cuba buat lah..” Si Angah menjelaskan kepada Mak.

“A’ah Mak.. Ni lah hasil eksperimennya..” Si Adik menambah sambil menunjukkan gelas berisi air yang sudah bertukar menjadi hitam pekat warnanya.

“Jadi.. Apa kesimpulannya?” Mak mengajukan soalan untuk menguji Si Angah dan Si Adik selepas dia sendiri membaca eksperimen yang tertera di dalam laman web iluvislam tersebut.

“Adik rasa.. eksperimen ni nak menunjukkan kepada kita bahawa hati kita ni seperti air jernih tadi.” Si Adik menyimpulkan ringkas.

“A’a Mak. Hati yang jernih lama-lama akan jadi kotor dan gelap kalau kita banyak buat dosa. Setiap dosa tu mendatangkan titik hitam pada hati kita. Setitik setitik lama-lama merosak dan menggelapkan hati. Macam air masak ni, setitik-setitik kami titiskan kicap, akhirnya jadi gelap pekat macam ni.” Si Angah pulak menjelaskan panjang lebar sambil mengangkat lagi gelas berisi air hitam tadi.

“Hmm.. Bagus! Pandai anak-anak Mak.. Tak sia-sia habis banyak kicap dalam botol ni..” Mak sempat bergurau sambil memuji Si Angah dan Si Adik.

“Kalau hati dah kotor, hitam, gelap macam air kicap ni nanti, cahaya kat depan pun dah tak nampak. Perkara-perkara yang baik sudah tidak lagi terkesan dalam diri, dan tuan diri pula semakin hanyut dalam kesesatan. Nau’zubillahi min zalik..” Tambah Mak mengaitkan lagi eksperimen air dan kicap tersebut dengan pengajaran dalam kehidupan.

“Erm.. Mak.. Kalau kita dah ada dosa, dah ada tompok-tompok hitam dalam hati kita, nak buat macam mana? Adik tak nak jadi sampai macam air kicap ni.” Si Adik terkesan dengan apa yang diperkatakan oleh Mak. Lebih-lebih lagi gelas berisi air kicap itu berulang kali didekatkan dengan mukanya, dicuba untuk melihat menerusinya. Tapi penglihatannya terbatas, air kicap tersebut bagaikan objek legap yang tidak boleh ditembusi.

“Cara nak cuci hati kita ni, kena banyak berzikir dan beristighfar kepada Allah. Perbanyakkan membaca al-Quran, melakukan kebaikan, menjauhi dan meninggalkan maksiat, mengamalkan doa-doa dan solat-solat sunat.. insyaAllah hati kita akan terjaga dan menjadi tenang.” Mak merungkai persoalan yang merisaukan Si Adik.

“Alhamdulillah..” Si Angah dan Si Adik lega. Segala puji bagi Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Mereka berdua termenung seketika memikirkan perkara-perkara yang telah mereka lakukan dan beristighfar di dalam hati.

“Nak buat eksperimen lagi?” Mak memecahkan suasana sepi sebentar tadi.

“Eksperimen apa?” Si Angah dan Si Adik serentak, bersemangat semula.

“Eksperimen menjernihkan semula air kicap ni..” Mak tersenyum.

“Macam mana Mak?” Si Angah dan Si Adik tak sabar-sabar.

“Macam yang Mak dah cakap tadi.. Kalau kita nak bersihkan, nak cuci, nak jaga hati kita, kita kena berzikir dan beristighfar banyak-banyak kan? Jadi, sekarang, Angah dan Adik amik gelas berisi air kicap ni, letak kat sinki.. Bukak air paip perlahan-lahan, isi.. Biar sampai melimpah pun tak pe.. Sambil tu Angah dan Adik beristighfar dan berzikir la sekali.. sampai air dalam gelas ni jernih.....” Mak menerangkan panjang lebar.

Habis sahaja Mak cakap, Si Angah dan Si Adik terus berlari ke sinki di dapur.. menjalankan eksperimen mereka yang seterusnya.


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

5 Comments

  1. i_m diba |

    nsib bek...mak die pham ek..hehe
    lau x kne marah dh

    yela kn..bila dh gelap sgt..chaya kt depan dh xnmpk..insaf2..huhu

     
  2. asrar |

    “ Carilah hatimu di tiga tempat..
    Carilah hatimu sewaktu bangun
    membaca Al-Quran.Jika tidak
    kau temui,carilah hatimu
    ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui,carilah hatimu
    ketika duduk tafakur mengingati
    mati. Jika engkau tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah,
    pinta hati yang baru, kerana
    hakikatnya pada ketika itu kau
    tidak mempunyai hati!!.”

    -Imam Ghazali-

     
  3. i_m diba |

    maceh asiah;D

     
  4. DilFa |

    salam...
    menarik eksperimen ni..boleh try kat rumh,esp tuk bdk2..sbb dorng ni kne gne analogy sket,baru lah nampak..
    emm..kdg2 kita tdk sedar betapa bnyk dosa yg tlh kita lakukan dan bila tidak dirawat,kita terus dengan keasyikan dosa yg kita buat..
    mcm kicap yg dimasukkan dlm air..terus meresap dalam air tu..bila berbuat dosa,terus titik hitam meresap dihati.
    same2 muhasabah diri..

     
  5. Annair |

    Salam..cerita yang bagus
    boleh dijadikan tauladan pada diri dan orang lain..
    "Hati..yang suci,,terpancar di wajah yang murni,berkat ketakwaan dan keimanan terserlah serian wajah..Oh Tuhan.."
    hihi..

     

Post a Comment