Batas Dalam Ikhtilat/Pergaulan
Written on 8:49 PM by WhoSign
Selalu kita berpesan atau dengar orang pesan, “jaga batas pergaulan”, “selagi tidak melanggar batas syariat” dan lain-lain yang seumpamanya. Tapi, jelaskah kita apa sebenarnya batas-batas pergaulan tersebut?
“tidak keluar berdua-duaan lelaki perempuan bukan mahram”
“tidak bersentuhan antara lelaki perempuan bukan mahram”
“tidak bergurau berlebih-lebihan antara lelaki perempuan bukan mahram”
Dan mungkin ada definisi-definisi lain yang ditafsirkan mengikut fahaman dan pengalaman sendiri.
Jadi, apakah sebenarnya batas-batas tersebut? Antara tatacara pergaulan yang diungkapkan oleh Al-Imam Prof Yusuf Al-Qardawi dalam himpunan fatwa Muasirrah:
1. Menahan padangan dari dua belah pihak. Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah swt :-
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ......" [Surah al-Nur : 30-31]
2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya. Firman Allah swt :-
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...." [Surah al-Nur : 31]
Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.
3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah didalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:-
a. Perkataan - elak dari menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
b. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
c. Pergerakan - tidak melenggang-lenggok.
4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna2 yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu didalam batas2 keperluan sahaja, tidak berlebih-lebihan.
Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah pula menyatakan melanggar batas-batas pergaulan tersebut ialah apabila:
1. Khalwah - perempuan dan lelaki berdua-duaan di suatu tempat yang tidak ada orang yang nampak.
2. Perhiasan wanita - wanita tidak menutupi apa yang Allah perintah keatas tubuhnya, atau memakai minyak wangi, perhiasan barangan kemas atau percakapan yang boleh menarik minat lelaki kearah perkara-perkara yang tidak baik atau perasaan mereka.
3. Sentuhan fizikal - bersentuh lelaki dan perempuan
Menurut Majlis Fatwa Eropah bahawa jika 3 perkara ini dapat dielakkan, maka tidak ada bantahan bagi mereka menyertai apa2 majlis terebut. (Rujukan Fatwa : http://www.islamonline.net/)
Manakala Syiekh Muhammad al-Munajjid menggariskan beberapa batasan-batasan yang tertentu didalam pergaulan tersebut, diantaranya :-
1. Elakkan dari berkata2 perkara yang diluar topik.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal) eg: umur dsb.
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan di dalam hati.
Demikian pandangan dan pendapat serta fatwa daripada ulama-ulama. Harap kini telah jelas batas-batas pergaulan kita sehari. Justeru, marilah bersama kita sebarkan dan amalkan. Macam bertepuk sebelah tangan jugak, kalau kita tak terangkan pada orang yang kita hadapi atau bergaul sehari-hari, mesti agak asing bagi mereka dan sukar bagi mereka untuk menerimanya lantas kita pula yang dianggap pelik. Semuanya bermula daripada siapa? Ya.. diri kita.. So? Lets do it!
____________
__________________________
“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”.