Atuk
Written on 6:15 PM by WhoSign
Empat minggu yang lepas, aku dengan atuk baru bersama-sama jalan-jalan di belakang rumahnya dan membakar sampah-sarap.. atuk memang dah mula lemah-lemah.. nak berjalan pun perlu dipapah dan perlu guna tongkat.. tapi atuk tetap tak senang duduk kalau tak buat kerja-kerja.. sambil-sambil tengok sampah sarap yang dijilat api, aku dan atuk berbual-bual.. atuk kata kalau buat kerja-kerja ni sikit-sikit kan siap jugak akhirnya.. kan bersih akhirnya belakang rumah atuk ni..
Dua minggu yang lepas, aku dengar atuk kena tahan wad.. katanya sakit perut sangat-sangat.. aku tak ada bersama dengan atuk ketika tu sebab berada di kejauhan.. mak yang ceritakan masa telefon.. katanya masa atuk sakit, dah bawak ke klinik swasta.. tapi diorang tak terima.. masa bawak ke hospital kerajaan pulak, atuk terpaksa menunggu lagi dalam kesakitan.. doktor-doktor ada kes kecemasan yang lain.. sehari dua kemudian baru atuk terima rawatan..
Seminggu yang lepas, anak-anak atuk bergilir-gilir balik ke kampung untuk jaga atuk selepas dilepaskan daripada tahanan wad....
Beberapa hari yang lepas, aku dengar atuk terjatuh di rumah.. atuk sudah tak larat untuk bangun berjalan..
Semalam, aku dan keluarga balik menjenguk atuk.. keadaan atuk sungguh berbeza dengan kali terakhir aku bersamanya.. atuk semakin kurus.. kelihatan tulang empat keratnya.. acap kali atuk mengerang kesakitan.. sungguh mengecewakan, atuk juga menderita kesakitan akibat kesilapan yang dilakukan oleh doktor.. nenek cerita.. masa atuk dihantar berjumpa dengan doktor, doktor jantan tu kata “kenapa la atuk datang masa malam-malam macam ni..” geramnya aku dengar masa nenek cerita tu.. ditambah lagi, lengan atuk sakit bernanah akibat doktor yang lain pula salah memberikan suntikan.. itu yang membuatkan atuk sering mengerang kesakitan.. tak boleh disentuh langsung..
Tadi, aku baru balik dari rumah atuk.. atuk dan nenek kembali tinggal berdua sahaja apabila anak-anak dan cucunya balik ke rumah masing-masing.. sebelum balik sempat aku menjenguk atuk di muka pintu.. atuk sudah kembali seperti bayi yang memerlukan jagaan, nenek pula sudah mula sakit-sakit.. semasa bersalam dengan nenek, sempat nenek berpesan......