Search This Blog

Madrasah Sabar

Written on 1:14 PM by WhoSign


Alhamdulillah. Paper last baru je lepas. Rasa macam lama tak usik blog ni. Agak tidak berkesempatan untuk menaip walaupun selalu jer duduk menghadap depan laptop ni. Untuk tidak membazirkan post ni, mungkin kita boleh renungkan bersama-sama sedikit perkongsian.

------------

Selalu kita dengar orang kata ramadhan sebagai madrasah iman dan amal. Bulan untuk kita melatih dan mendidik diri untuk meningkatkan iman dan amal.

Justeru, ingin ana mengaitkan madrasah sabar dengan fatrah imtihan. Tempoh sepanjang musim peperiksaan sebagai tempat untuk mendidik kesabaran diri. Sepatutnya di permulaan musim peperiksaan lagi ana melakukan perkongsian ini, tapi ana kongsikan pemikiran ini tatkala musim peperiksaan telah tamat kerana ianya adalah pemerhatian ana sepanjang musim peperiksaan tersebut.

Okey.. Cuba sama-sama kita meletakkan diri kita di awal musim peperiksaan. Apakah fokus utama kita? Pastinya study kan? Ya.. study itu pula boleh dipecahkan lagi. Ada yang fokus pada buat nota, ada yang fokus menghafal, ada juga yang fokus pada bacaan sahaja, dan tak pelik kalau masih ada yang fokus belajar tajuk-tajuk yang belum belajar. Banyak mana, lama mana pun kita belajar, tak pernahnya nak habis silibus. Betapa luasnya ilmu pengetahuan ni dan terasa betapa agungnya Allah Yang Maha Mengetahui.

Fokus kita tak de lain, hanya nak prepare untuk jawab soalan peperiksaan nanti. Betapa kita SABAR menelaah buku-buku dan nota-nota yang menimbun. Bosan? Sabar.. Boring? Sabar.. Nak termuntah? Sabar.. Mengantuk? Sabarkan jugak berjaga malam.. Sabar sungguh...

Dari sudut yang lain.. ada kelas ganti pulak? Sabar..

Dan kalau kita perasan, masa ni jugak kita jaga betul hubungan kita.. Hubungan kita dengan Allah.. Hubungan kita dengan makhlukNya.. Masjid? Pergi.. Solat? Awal waktu.. Puasa? Jaga.. Zikir dan doa? Tak henti-henti.. Penat? Letih? Kena tabah dan sabar..

Dengan sesama makhlukNya? I’m sorry! Same goes to u.. Mintak maaf! Sama-sama.. 0-0! Bereh.. Betapa terzahir sifat kemaafan dalam diri kita yang kadang-kadang cukup terselit terperosok nun terpencil di sudut pedalaman hati. Kalau ada yang cari pasal? Sabar.. Sebab diri perlu tenang, dan orang lain pun perlu tenang. Sakit hati, patah hati, luka hati, terasa hati.. fuhh! Tiup jauh-jauh.. Sabar diri, sabar..

Segala-galanya, banyaknya, yang kita boleh sabar..

Sampaikan apabila masa peperiksaan soalan spot tak keluar, sabar.. yang lepas biarkan lepas.. study untuk paper yang seterusnya.

Betapa sepanjang tempoh peperiksaan itu kita telah menjadi orang yang penyabar. Jadi, mengapa tidak kita kekalkan sifat sabar itu dalam diri? Jangan ditolak dihenyak dihimpit disempitkan ke dalam pelusuk hati. Sentiasa sirami dengan...

“sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar”

“orang yang kuat ialah orang yang sabar”

Semoga kita kan terus ingat diri kita semasa dalam tempoh peperiksaan. Sekadar satu perspektif lain terhadap peperiksaan dunia yang alahai sangat.. sekian.

p/s: Terima kasih buat pengunjung dan pembaca yang sentiasa SABAR dan setia menunggu post-post baru.


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

1 Comment

  1. anfal |

    nice post..

     

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers