Search This Blog

Sedekah VS Kena Tipu

Written on 10:23 PM by WhoSign



“Assalamualaikum..”

Terkejut saya dengan sapaan dan salam yang tak dijangka sebaik sahaja saya keluar dari pintu masjid. Seorang pak cik yang agak telah berumur menegur saya.

“Anak, pak cik nak mintak tolong sikit. Anak nak ngata pak cik pun kata lah..”

Saya tertunggu dan tertanya. Ada apa pak cik ni.

Tengok saya kelihatan bersetuju untuk menolong, dengan pantas pak cik tersebut mengeluarkan beberapa helai kertas dari poketnya. Ape benda la pulak pak cik ni. Terpinga-pinga jugak mula-mula. Entah kertas apa la yang pak cik tu bagi.

Sambil dengar tak dengar apa yang pak cik tu cakap, saya baca kertas tu. Rupanya surat pengesahan daripada polis diraja Malaysia. Katanya kat situ, pak cik tu kehilangan dompet, IC, lesen, dan lain-lain. Tinggal sehelai sepinggang je kata pak cik tu. Jubah dan seluar yang dia pakai pun katanya orang sedekah.

Jadi, faham-faham je, pak cik tu nak sumbangan sikit la kiranya.

------------------------------

Saya cerita pada kawan saya apa yang berlaku. Macam-macam la pandangan dan pendapat. Anda pulak? Apa pendapat anda? Pernah tak anda mengalami situasi seperti itu? Apa tindakan anda?

------------------------------

Ana tahu. Zaman sekarang ni macam-macam benda boleh jadi. Kalau fikir logiknya, orang yang mintak sedekah tiap-tiap hari kat masjid, kedai makan, dan tempat-tempat lain tu, tak pernah cukup ke diorang ni. Diorang datang naik apa. Tengok pun macam okey jer.

Tapi, kalau kita fikir-fikir semula, kalau kita sedekah dengan niat kerana Allah, tak kira orang tu memerlukan atau menipu, ganjarannya tetap kita dapat di akhirat. Kita rugi ke? Kalau orang tu tipu, itu urusan dia dengan Allah. Tapi kalau betul orang tu memerlukan? Kita dah tak menjalankan tanggungjawab kita. Dan mungkin itu salah satu cara Allah uji kita.

Susah kan kalau nak buat baik. 3 4 kali kita fikir. Renung-renungkan..

Dari Abu Hurairah r.a, katanya ada seorang lelaki berkata: “saya akan bersedekah.” Lalu dia pergi membawa sedekahnya. Kebetulan diberikannya ke tangan seorang pencuri. Orang ramai memperkatakan, “ada pula orang bersedekah kepada pencuri.”

Orang yang bersedekah itu berkata: “ ya Allah, untuk Engkau segala pujian. Saya akan bersedekah.” Lalu dia keluar membawa sedekahnya. Kebetulan diberikannya kepada seorang perempuan pelacur. Orang ramai memperkatakan, “semalam ada orang memberikan sedekah kepada wanita pelacur.”

Orang itu berkata: “ya Allah, untuk Engkau segala pujian. Saya akan bersedekah.” Lalu dia pergi membawa sedekahnya. Kebetulan diberikannya ke tangan orang kaya. Orang ramai memperkatakan, “rupanya orang kaya pun menerima sedekah juga.”

Kata orang yang memberi sedekah, “ya Allah, untuk Engkau segala pujian. Saya berikan sedekah saya kepada pencuri, kepada wanita pelacur, dan kepada orang kaya.”

Kemudian orang itu bermimpi. Rasanya ada malaikat yang mengatakan kepadanya, “sedekah engkau kepada pencuri, semoga menyebabkan dia berhenti mencuri. Sedekah engkau kepada pelacur, semoga dia akan berhenti melacur. Dan sedekah engkau kepada orang kaya, semoga menyedarkannya dan mendorongnya untuk menafkahkan apa yang diberikan Allah kepadanya.”

(shahih bukhari vol 2, bab zakat, m/s 110, hadis ke 731)

Wallahu a’lam..

______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers