Search This Blog

Mengapa Anda Juga Wajib Berdakwah? (2)

Written on 9:35 PM by WhoSign



Alasan Yang Selalu Diberi & Kekeliruan Yang Digembar-gembur


Kekeliruan 1: Urusan dakwah khusus bagi sesetengah orang islam.

Sesetengah orang dengan salah fahamnya berpendapat bahawa urusan dakwah hanya khusus bagi sesetengah orang sahaja. Mereka berdalilkan firman Allah dalam surah ali imran ayat 104 yang bermaksud:


ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون

“Dan hendaklah ada daripada kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Mereka mengatakan perkataan منكم (daripada kamu) di dalam ayat adalah bermaksud sebahagian kamu.


Jawapan:

Imam ar-razi mengulas, perkataan منكم (daripada kamu) di dalam ayat tersebut bukanlah menunjukkan sebahagian (tab’idh). Ini berdasarkan dalil berikut:

1. Allah mewajibkan menyuruh makruf dan mencegah munkar ke atas semua umat dalam firmanNya, surah ali imran ayat 110 yang bermaksud:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.”

2. Setiap mukallaf diwajibkan menyuruh makruf dan mencegah munkar dengan tangan, atau lidah, atau hatinya sebagaimana hadis yang bermaksud:

من رأى منكم منكرا فليغيره...

“ Sesiapa di kalangan kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya.....”

3. perkataan ‘daripada’ di dalam ayat adalah untuk menerangkan (tabyin), bukannya untuk menunjukkan sebahagian (tab’idh).

Sementara itu, ibnu kathir pula menukilkan huraian bagi ayat 104 surah ali imran tersebut iaitu: “perlu ada satu pasukan daripada umat ini yang menangani perkara ini, sekalipun perkara ini wajib ke atas setiap individu umat.”


Kekeliruan 2: kesilapan dalam memahami erti fardhu kifayah.

Ramai yang salah faham dengan tanggapan bahawa apabila dakwah dilakukan oleh sebahagian islam kewajipannya gugur daripada sebahagian yang lain. Lantas mereka memilih untuk bersama yang membisukan diri dan berpeluk tubuh sahaja. Sedangkan perkara ini bukan seperti mana yang mereka faham.


Jawapan:

Memang benar maksud suruhan berbentuk fardhu kifayah ialah apabila ia dilakukan oleh sebahagian orang islam, kewajipannya gugur daripada sebahagian yang lain. Namun, dengan syarat perkara fardhu kifayah tersebut telah tercapai dan dilaksanakan oleh sebahagian tersebut. Apabila perkara mungkar terhapus dengan kerja dakwah yang dilakukan sebahagian islam, maka barulah gugur kewajipan tersebut daripada sebahagian islam yang lain. Tetapi apabila perkara mungkar tersebut masih tidak terhapus maka kewajipan tersebut masih dipikul oleh setiap orang.

Ayat 104 surah ali imran yang telah dikupas juga membawa pengertian: “semua orang islam hendaklah menyediakan umat ini”, maksudnya kumpulan yang bertanggungjawab menangani tugas dakwah kepada Allah.

Semua orang juga mestilah membantu kumpulan tersebut dengan segala cara agar pelaksanaan tugas menegakkan agama Allah dan menyebarkan dakwahNya tercapai. Sekiranya orang islam tidak melakukan tuntutan ini maka setiap orang tidak kira yang layak berdakwah mahupun yang tidak tetap akan berdosa.


Kekeliruan 3: dakwah khusus untuk ulama.

Terdapat juga yang beranggapan bahawa tugas dakwah adalah khusus untuk para ulama sahaja kerana ilmu merupakan salah satu daripada syarat-syarat yang disebut oleh ulama fiqh bagi orang yang menyuruh makruf dan mencegah munkar.

Jawapan:

Ya, memang tiada keraguan lagi bahawa disyaratkan untuk memiliki ilmu dalam melakukan dakwah; dakwah kepada kebaikan, dan yang paling tinggi dakwah kepada Allah. Tetapi ilmu bukanlah satu perkara yang tidak boleh dibahagi-bahagi, bahkan sifatnya sendiri boleh dijuzuk dan dibahagi-bahagikan.

Dengan erti kata lain, seseorang yang mengetahui tentang satu perkara dan jahil tentang satu perkara yang lain adalah orang yang alim tentang perkara yang diketahuinya dan jahil tentang perkara yang kedua. Dia memenuhi syarat wajib dakwah terhadap perkara pertama yang diketahuinya itu, tanpa melibatkan perkara kedua yang dia jahil. Tiada perselisihan ulama fiqh, seseorang yang jahil tentang sesuatu perkara atau hukumnya, dia tidak berdakwah untuk perkara itu kerana mengetahui kesahihan tentang perkara yang didakwahnya adalah syarat sah dakwah.

Oleh itu setiap orang islam wajib berdakwah mengikut kadar yang diketahuinya, samada dia orang awam, tokoh agama, tokoh akademik, pelajar, pekerja, tua muda, atau sebagainya.


Kekeliruan 4: dakwaan kebatilan berleluasa di bumi dan dakwah kepada Allah tidak membawa sebarang faedah pun. Oleh itu, seorang islam perlu menitikberatkan dirinya sendiri dan meninggalkan urusan manusia lain.

Jawapan:

Kewajipan seorang islam ialah melaksanakan dakwah, tidak kira hasilnya tercapai dengan manusia menyahutnya atau tidak. Yang wajibnya ialah melaksanakan usaha dakwah tersebut, hasilnya adalah di atas urusan Allah kerana hidayah adalah milikNya.


Kekeliruan 5: kefahaman yang salah terhadap ayat 286 surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..”

Sesetengah orang memberi alasan kerja dakwah adalah susah dan memenatkan.


Jawapan:

Hakikatnya, kepenatan yang didakwa adalah sedikit sahaja dan mudah. Tidakkah kita malu melihat tokoh-tokoh agama lain yang sanggup bersusah payah menghabiskan masa bertahun-tahun tempat pedalaman di mana manusia tidak mengetahui tuhan mahupun agama? Bukankah sepatutnya kita orang islam yang menanggung tugas menyebarkan dakwah kepada Allah di kalangan penganut animisme itu?

Sepatutnya kita ingat firman Allah dalam surah an-nisa ayat 104:

إن تكون تألمون فإنهم يألمون كما تألمون وترجون من الله ما لا يرجون

“kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita dan sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak)..”


Sesungguhnya rasulullah dan para sahabatnya lebih banyak menanggung kesulitan dan kepayahan semasa penyebaran dakwah di era permulaan dan berjihad di jalanNya. Adakah kita layak untuk merungut dengan tanggungan yang memenatkan diri sedikit sahaja, sedangkan dakwah kepada Allah, menyebarkan kebaikan islam, dan mengajar manusia akhlak mulia adalah suatu yang amat besar dan mulia? Mengapa tidak memandang usaha sedikit yang dicurahkan tersebut banyak di sisi Allah? Para sahabat dahulu keluar berjihad serta merta dengan “kami dengar dan kami patuh kepada Allah dan rasulNya.”


p/s: tiada lagi kekeliruan dan alasan... wajib!


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

5 Comments

  1. aziee |

    Mungkin alasan gak.. yang mengatakan tidak tahu macam mana nak menyampaikan dakwah ni.. tidak pandai..
    jwpn: tidak semua dakwah di sampaikan secara formal, untuk orang tertentu je.. everywhere.. everytime.. bak kata seorang sahabat tu kepada saya, huhu

    **tengah belajar.. insyALLAH, lepas ni lebih yakin untuk menyampaikan dakwah...

     
  2. WhoSign |

    yup.. dakwah ad formal, ad xformal, bila2 masa, di mana jua.. moga2 dapat melaksanakannya..

     
  3. Anonymous |

    Dakwah itu terbahagi kepada 2 :

    1. Bil Lisan (dgn kata-kata_
    2. Bil Hal (dengan perbuatan)


    Jangan sekali2 bagi alasan aku belum baik lagi camne nak dakwah org...kalau nak tunggu betul2 baik sampai bila kita nak berdakwah???

    Cuba la berdakwah setakat yang mampu dan dalam masa yang sama kita cuba merubah diri menjadi lebih baik...

     
  4. Anonymous |

    tp perkara yg perlu sntiasa diingat..
    islah nafsak,wad'u ghairak...

    bkn skadar dakwah itu pd orang semata tp jg pd diri sndiri juga...perbetu diri..ajak orang lain...

    moga thabat di jln dkwah

     
  5. WhoSign |

    betul2.. perbaiki diri sendiri adalah suatu yang pasti, yg tiada kekeliruan padanya..

    moga sama2 tsabat dalam usaha dakwah..

     

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers