Hebatnya Budak-budak Zaman Sekarang
Written on 1:46 AM by WhoSign
Takpe-takpe. Bukan nak citer sal rumah atau makanan tu. Tapi nak citer sal anak tuan rumah tu. Tiga orang adik beradik semuanya lelaki.
*****
“assalamualaikum. Sapa nama?” sapa sambil salam.
“waalaikumsalam. Wafi” tangan disambut sambil dicium kemudian terus berlalu pergi.
Tak sempat nak berkata-kata. Takpe. Masih awal lagi.
Pandangan yang dilempar terhenti di suatu sudut. Frame-frame gambar. Terletak di tepinya satu plak hadiah. Diamati dan dibaca..
“---- tahun 2006 -----
----- Peringkat kebangsaan -----
----- Pertandingan bercerita tahap 1 ------
----- wajih bin hanif ----- “
Lebih kurang begitu yang tertera. Hmm.. hebat. Peringkat kebangsaan. Wajih. Bukan nama biasa. Yang tadi wafi. Mungkin ni abangnya.
*****
“ha.. ni yang sulung. Farid Wajdi. Anak tiga orang, semuanya lelaki.” Jelas tuan rumah.
“oo.. baru tiga eh?” saja usik.
“eh, takdelah.. memang tiga jer.” Dibalas semula.
Hmm.. so yang ni wajdi, sulung. Mesti wajih tu anak yang kedua.
“hensem..” kata sorang kawan sementelah Si Wajdi tu berlalu. Berderai gelak tawa sekejap.
*****
Ketika di halaman luar rumah. Kelibat sorang budak. Dengan yakinnya..
“wajih..!” sapa padanya.
Budak tu berpaling dan menyahut. Betul la dia Si Wajih tu.
“menang pertandingan bercerita eh?” saja buka topik merujuk pada plat hadiah tadi.
“nombor 3 je hari tu peringkat negeri..” bermakna tahun ni pun dia masuk bertanding lagi.
“wajih cerita la sikit, nak dengar..”
“ala.. dah lupa r.. dah 2 3 bulan..” mungkin dia mengelak.
“sapa yang buat cerita tu?”
“mak. Tak ada cikgu yang nak ajar.”
“tak aci la. Mak pensyarah bahasa melayu.” Saja usik.
“ala.. kawan-kawan lain pun ada yang cikgu bahasa melayu jugak.”
*****
Hebat jugak la bebudak tu.
Yang sulung tadi, wajdi, tingkatan 3, duduk asrama. Sekolah agama yang boleh dikira bukan calang-calang jugak.
Yang kedua, wajih, wakil sampai peringkat kebangsaan.
Yang bongsu, boleh nampak jugak la hebatnya, petah berkata-kata.
Tapi, pasni lagi nampak hebatnya diorang..
*****
“Wajih dah ada hanset eh?”
“a’a.”
“Wajih buat apa dengan hanset tu? Selalu call sapa?”
“mesej je.”
“oo.. mesej sapa?”
“kawan”
“haa.. kawan yang mana ni?” saja usik. “Pegi sekolah bawak hanset? Cikgu tak marah ke? Tak kena rampas? ”
“tak bawak. Tapi kawan-kawan ada yang bawak. Cikgu tak marah pun.”
Amboi.. budak-budak ni sekolah rendah dah bawak hanset ke sekolah.. apa la yang diorang belajar kat sekolah tu nanti kalau bawak hanset. Kelas sampai tengahari je pun..
“ha.. wafi pun dah ada hanset eh? ni hanset wafi?”
“a’a..”
“wafi buat apa dengan hanset ni? Selalu call sapa? Mesej kawan?”
“tak pun. Nombor cikgu je ada.”
Ai.. abis tu apa la guna hanset ni. Kecik-kecik lagi diorang dah dibagi kemewahan macam ni.
Perbualan diteruskan. Bagus jugak Si Wafi ni. Dalam kelas dia, ada 37 orang semua. Yang duduk sebelah dia Syafi namanya. Katanya kawan baik dia. Tapi bila ditanya syafi tu duduk mana, dia tak tahu pulak.. kelakar.. kata kawan baik.. tak pe la.. budak-budak.. tak amik kisah pun hal-hal tu.. tapi, Si Wafi ni siap bagi kad raya kat kawan-kawan dia.. di amik nya kad raya tu dan ditunjukkan.. semuanya nama kawan-kawan lelaki dia.. ada sorang tu dulu suka buli orang, tapi sekarang dah tak.. ada kawan dia yang lain pulak, si wafi tu pulak yang suka buli.. macam-macam la si wafi ni.. petah dan kelakar.. setiap kad raya tu ada pelekat transformers. Syafi je pelekat ultraman sebab tu permintaan dia..
“digimon kalau campur ultraman jadi apa?” tiba-tiba si wafi bertanya selepas dipulangkan kad-kad raya tadi.
“entah.. apa dia?” saja buat-buat tak tahu.
“ultramon” si wafi bagitau.
“kenapa tak digiman ker.. tak pun ultradigi..” saja layan dia..
Tersenyum.
“erm.. wafi ada apa?” cuba mencungkil. “ada PS1? PS2? PS3? PSP? Komputer? Selalu main game?”
Si wafi mengangguk untuk PS1, PS2, dan komputer.
“masa hari sekolah tengok tv. Masa cuti baru main game.” Jawabnya.
“sapa yang bagi tu semua? Mak? Abah?”
“dua dua.”
Termasuk la hansetnya jugak. Memang mewah hidup budak ni. Baru darjah 4.
*****
“eh, si wajih tu pandai buat shuffle dance.” Kata sorang kawan.
Apabenda la pulak shuffle tu. Baru terperasan dari tadi kalau tengok si wajih tu berjalan kejap-kejap dia macam terkinja-kinja sikit. Mungkin tu la shuffle dance.
“wajih, cuba buat shuffle jap. Macam mane ek nak buat?” saja buat-buat nak belajar.
“ala.. senang jer..” sambil ditunjukkan shuffle nya.
Sorang kawan cuba nak buat. Versi perlahan. Berderai gelak tawa. Si wajih dengan wafi yang ada kat situ pun gelak. Si wafi pun tahu jugak buat shuffle tu.
“abang, hip hop tahu tak? Hard style tahu?” tanya si wajih.
Kitorang angguk. Ala.. tahu la hip hop tu..
“break dance..” ku kata merujuk pada hard style yang wajih maksudkan.
“a’a.. break dance.” Kata wajih. Tahu jugak die buat yang tu walaupun tak berapa reti sangat.
Kemudian, macam-macam lagi istilah keluar dari mulut si wajih yang kami pun tak berapa tahu sangat.. tapi si wafi yang kecik tu pun tahu.. liquid la.. apa la.. liquid tu untuk sejenis pergerakan tangan.. ada jugak sorang kawan ku yang tahu..
“dari mana wajih dengan wafi tahu benda-benda ni?” tanya ku hairan.
“ada sedara tu ajar. Dia form 3.”
Usik-mengusik kian rancak antara kami dengan dua orang budak cilik tu tentang perkara-perkara yang diorang tahu..
Dalam gelak tawa dan nada gurau tu jugak sorang kawan ku selitkan...
“budak-budak ni korang kena didik dengan agama..” katanya..
Sebelum tu si wajih teragak-agak untuk menjawab persoalan kawan ku tersebut.
“baca al-quran sampai mana dah?”
“erm.. hmm.. dua puluh.. dua puluh sembilan..” jawabnya, wajih teragak-teragak sambil tersenyum.. “heher.. tak de la.. entah.. tak tengok pun sampai juz berapa..”
*****
Ku saja hampiri si wafi yang sedang makan. Si wajih baru je berlalu pergi.
“baca doa makan dah?”
“belum.”
“ha.. baca la.. kalau doa terlupa baca tahu?”
“tau.. bismillah.. terlupa.. amin..” main-main pulak dia.
“tak tahu eh? Mak ada ajar? Abah?”
Si wafi geleng kepala. Tak diajarnya. Doa sebelum dan selepas makan saja yang dia tahu. Samada dipelajari di sekolah atau ibu bapa dia yang ajar.
“bismillahi awaluhu wa akhiruhu” ku bacakan doanya..
“oo.. pendek jer..”
*****
itu baru budak-budak dari keluarga yang boleh aku katakan agak terjaga kelakuan mereka berdasarkan personaliti kedua ibu bapa mereka. Tetapi, bagaimana keadaan budak-budak di luar sana yang lain? Yang rata-ratanya tidak mempunyai latar belakang yang sebaik dan sehebat si wafi dan si wajih tadi. Pastinya mereka lebih advance dalam bab-bab hiburan, sosial, budaya dan pengaruh yang datang dari luar. Yang merempit, yang menagih, yang bercouple, berzina, yang melakukan jenayah serta gejala sosial yang lain. Berbanding jika ditanya tentang perkara-perkara asas fardhu ain. Apakah jawapan mereka?
*****
Aku... merenung.... masa depan nanti... ku tak pasti.. apa akan jadi dengan budak-budak ni.. apa akan jadi dengan ANAK-ANAK KU??!!!
Terasa berat bebannya... walaupun sekarang..
Anda? Sebagai bakal ibu? Bakal bapa? Bakal pendidik? Bakal pemimpin? Bakal komuniti masyarakat? Apakah anda terasa bebannya? Apakah fenomena ini yang kita inginkan? Sekarang dan di masa hadapan?
......................
______________________________________