Search This Blog

Kenapa Adik Puasa?

Written on 1:44 AM by WhoSign

Malam ni entah kenapa ku terfikir lagi perkara itu.. dan setiap kali itu juga, ku terfikir, sudah bersedia kah aku? Sudah bersediakah si dia? Dan yang pastinya, masih banyak lagi perkara yang belum ku sediakan lagi.. hmm..

__________________________________


Ketepikan hal tu dulu.. bukan itu topik utama yang ingin ku bicarakan dalam post ini..

Seperti biasa, selepas lapan rakaat tarawikh aku kan berundur diri.. ku berehat di belakang sekali, bersandar di dinding sambil memerhatikan satu platon hamba yang sama gerak ruku’ dan sujudnya, tegak berdirinya, serentak salamnya, walaupun ketuanya tidak sedikit pun mengerling apatah lagi berpaling ke arah mereka kecuali setelah salam. Itulah disiplin yang paling tinggi, ketika insan muslim mengerjakan solat berjemaah.

Kelihatan juga beberapa kanak-kanak yang bermain-main sesama mereka. Biasalah kanak-kanak. Bagus jugak parents mereka bawak mereka ke masjid, sekurang-kurangnya mereka terdidik dan terbiasa dengan solat jemaah dan solat tarawikh. Berbanding jika difikirkan anak-anak yang terbiar di luar sana. Entah apa la nak jadinya.

Seorang kanak-kanak merangkak berhampiran. Dipandang tajam oleh dua orang tua yang berlalu di situ.

“christiano ronaldo..!” ku panggil perlahan, merujuk pada nama yang tertera pada jersi yang dipakainya. Ku menepuk karpet di sebelah kanan ku, isyarat menyuruhnya menghampiri ku.

“assalamualaikum..”

“waalaikumussalam..” jawabnya.

“siapa nama?” ku mulakan bicara.”

“danial.”

“sekolah darjah berapa?”

“darjah tiga”

“oo.. datang dengan siapa ni?”

“dengan ayah”

“ayah yang mana?”

“ayah tengah sediakan kuih untuk nanti..”

“oo.. untuk moreh..”

Ku berbicara dengan danial macam dah lama kenal. Datang pula seorang rakannya. Ku tanyakan perkara yang sama kepadanya, nama dan tahun berapa. Sekali tengok macam polis sedang soal siasat penjenayah, tengok dua kali macam wartawan tengah temuramah, tengok tiga kali rupanya bual-bual biasa je. Nama rakannya syazwan, darjah tiga. teringat aku pada dua orang classmate ku yang juga turut serta solat berjemaah tadi, sama namanya.

“erm.. puasa tak tadi?” ku ajukan soalan kepada mereka berdua.

“puasa.”

“puasa penuh tak?” ku tujukan pada danial, kemudian pada syazwan. Dua-dua puasa penuh. Tidak pernah ponteng lagi.

“kat sekolah ada tak kawan-kawan tak puasa?” ku teruskan perbualan. Ku cuba selami keadaan kanak-kanak sekolah rendah sekarang.

“ada.”

“ada?” ku sedikit terkejut. “dia makan kat kelas la?”

“a’a. Dia makan chewing gum.”

“abih, dia tak kena apa-apa ker?”

“dia kena ejek.”

“danial takde cakap apa-apa kat dia?”

“ada. Dia kata tak sengaja. Tapi, jangan la buat-buat tak sengaja pulak.” Danial menunjukkan rasa tak suka dia.

“hmm..” sebenarnya, kadang-kadang aku terfikir. Budak-budak zaman sekarang ni, jangan la sampai sewenang-wenangnya tak puasa. Pagi tadi baru ke ternampak seorang pekerja yang sedang mengecat kedai makan, sewenang-wenangnya hisap rokok. Kalau daripada kecil dah terbiasa dan tidak dididik mengerjakan puasa fardhu di bulan ramadhan ni, dah besar nanti macam tu la jadinya.

Ku terdiam sejenak. Ku tercari-cari topik yang sesuai untuk berbual dengan mereka. Alang-alang cerita pasal puasa, ku cuba cungkil daripada mereka tujuan mereka berpuasa.

“erm.. danial puasa kenapa? Syazwan”

“err..” danial macam teragak-agak. “puasa sebab nak raya.”

“a’a. Diorang kata kalau tak puasa tak dapat duit raya.” Syazwan menambah selamba.

La.. puasa sebab nak raya pulak. Ku memang dah agak jawapan tu. Sebab macam tu la mak bapak nak suruh anak-anak puasa. Mungkin mereka berniat untuk menjadikan duit raya tu sebagai ganjaran, tetapi disalah ertikan pulak oleh budak-budak ni. Kadang-kadang aku sendiri pun bergurau dengan budak-budak – “oo.. tak puasa eh.. tak puasa tak leh raya la..” dan aku dulu pun dibesarkan dalam suasana begitu. Cuma apabila ku kian dewasa ku mengerti sebab mengapa puasa tersebut.

So, macam mana nak cakap dekat budak-budak ni. Takkan nak cakap direct terus macam tu jer. Memang la senang, tapi macam memangkah mereka terus. Ku cuba cari idea.

“erm.. danial dengan syazwan selalu niat puasa bila?” ku cuba bicara tentang niat namun tidak terus mengaitkannya dengan tujuan berpuasa tadi.

“masa sahur.”

“abih kalau tak bangun sahur tak niat la?” saja ku usik dan tersenyum. “senang bangun? Ke susah mak kejut kan?”

“susah sikit.” Syazwan tersipu-sipu.

“heher.. “ ku turut meraikan senyumannya. “erm.. macam mana niat puasa?” saja ku uji walaupun ku tahu mereka semestinya dah tahu.

Namun, mereka teragak-agak nak baca niat tersebut. Pelik jugak. Macam mana diorang niat. Rupanya diorang hanya malu-malu. Tersekat-sekat niat tersebut dibacakan.

Seraya itu juga datang dua orang kanak-kanak lain. Ku soal siasat macam biasa. Seorang darjah lima dan seorang tingkatan satu. Ku biarkan dulu danial dan syazwan mengatur niat mereka.

“hmm.. kamu puasa kenapa?” ku ajukan kepada budak darjah lima tersebut. Dia teragak-agak jugak. Mula-mula katanya untuk boleh raya jugak. Kemudian baru dia mencari-cari jawapan yang agak sesuai sikit. Katanya supaya biasa dengan puasa nanti.

Si danial dan syazwan sudah tidak lagi teragak-agak membaca lafaz niat puasa dalam arab. Ku tanya terjemahannya pulak. Sekali lagi mereka teragak-agak. Ku bimbing mereka sedikit demi sedikit. Sehinggalah..

“sahaja aku.... puasa pada esok hari.... untuk menunaikan..... fardhu puasa..... di bulan ramadhan...... pada tahun ini...... kerana..?” Ku saja berhenti di situ.

“kerana Allah taala” danial menyambung.

“kerana?” sekali lagi ku saja inginkan jawapannya keluar daripada mulut mereka. Sambil itu, pandangan ku menangkap isyarat daripada seorang rakan ku.

“ala.. nak balik pulak dah.. tak abis lagi ni..” monolog ku dalaman sendirian.

“erm.. okla.. abang nak balik dah ni.. kawan abang dah panggil tu.” Ku beritahu budak-budak yang baru ku kenal tidak sampai sepuluh minit tadi. Kemudian ku sambung..

“ingat niat tu tadi danial.. kerana apa? Kerana Allah taala.. puasa kerana Allah tau..” pesan terakhir ku pada mereka sambil menghulurkan salam.

Semoga mereka terus membesar dengan mendapat bimbingan daripadaNya.


______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment