Search This Blog

Caturlah Kehidupan Dengan Baik

Written on 9:47 PM by WhoSign

Sekadar sedikit perkongsian. Sekian lama tak bermain catur, tiba-tiba ayah ajak bertanding tadi. Walaupun pernah terpilih menjadi wakil MSSNM dalam permainan tersebut dulu, jarang sekali dapat kalahkan ayah. Masa kecik-kecik lagi la langsung tak berpeluang nak menang. Hmm.. Takpe la. Panjang pulak nanti kalau nak diceritakan kenangan-kenangan tersebut.

Berbalik kepada perlawanan malam ni. KEYAKINAN untuk menang tu ada walaupun dah lama tak main. Perlawanan bermula dengan ayah catur hitam dan saya catur putih. Dengan MATLAMAT yang tersendiri, masing-masing atur STRATEGI. Pertama kali main setelah sekian lama, masing-masing memberikan TUMPUAN dan FOKUS yang tinggi. Bibit-bibit kemenangan sudah mula terserlah apabila saya punya MATLAMAT TERCAPAI (bukan kemenangan matlamat utama saya). Biasalah mestilah gembira. Tapi, pada satu ketika giliran bertukar ganti dengan cepat, ayah makan catur saya dan saya terus makan catur ayah. Tup! Catur saya kena makan balik sebab saya TERUS JALAN tadi dan tak tengok betul-betul. TAK BERHATI-HATI. Akibatnya, di akhir perlawanan tersebut saya KALAH walaupun pada mulanya tadi saya dah HAMPIR MENANG.

Perlawan kedua pula saya menang dan perlawanan ketiga ayah menang. Kami berhenti setakat itu sahaja. Main sekali sekala bolehlah, jangan sampai leka pulak.

Sebenarnya, kehidupan seharian kita pun boleh jadi cam main catur jugak. Lihatlah perkataan-perkataan yang DIHURUF BESARKAN SEMUA. Semuanya ada kaitan. Jadi, sama-samalah kita fikir-fikirkan apa yang tersirat dan tersurat pastu kita jelmakan yang bermanfaat menjadi tindakan dan amalan. Tidakkah kamu terfikir?


______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers