Search This Blog

Penyelesaian Isu Ummah Hanya di Tangan Ummah

Written on 9:17 AM by WhoSign

Ayyuhal ikhwan,

Saudara saudari sekalian,


Dunia seolah-olah menunggu sesuatu harapan baru daripada Obama yang menyandang jawatan orang nombor satu dunia baru-baru ini. Seluruh dunia seperti gembira dengan kemenangannya kerana begitu sengsara di bawah kepimpinan Bush. Tetapi adakah Obama benar-benar akan melakukan perubahan? Sesiapa yang memahami sistem amerika tidak akan meletakkan harapan tinggi, kerana politik dan dasar negara amerika bukan ditentukan oleh individu tetapi ditentukan oleh sebuah institusi.


Adakah Obama akan membelakangkan keutamaan kepentingan Amerika dan rakyat Amerika dalam siasahnya untuk memberi keadilan kepada masyarakat dunia? Saya tidak tahu kenapa masyarakat dunia begitu berharap. Adakah disebabkan namanya Barack Husein Obama atau kerana beliau bukan daripada keturunan kulit putih?


Saya percaya, lagi kuat kebergantungan kita kepada negara kuasa besar itu (tidak kira apa namanya), lagi hinalah nasib yang akan menimpa ummah ini.


Ayyuhal ikhwan,


Pada kita, penyelesaian masalah ummah islam ialah dengan mereka berazam untuk keluar daripada cengkaman politik kuasa besar dunia dan kembali kepada kesatuan islam. Kemudian mengukuhkan hubungan kerjasama antara negara-negara ummah islam dari segi politik, ekonomi, perdagangan, ketenteraan, dan kebudayaan.


Kita tidak kurang sumber kekayaan. Kita juga tidak kekurangan rijal. Tetapi kita kekurangan keberanian untuk merdeka.


Dipetik daripada ucapan dasar,
Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers