"Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf:179)
Setahun sudah berlalu aku mendirikan rumahtangga.. saat anniversary tiba aku terpaksa meninggalkan isteri tercinta demi sesuap nasi.. buat isteriku, tiada hadiah yang dapat abang berikan buat ulangtahun perkahwinan kita yang pertama ini.. terimalah sebuah tulisan ini sebagai kenangan..
______
Kerana Kau Zaujati
Setahun telah berlalu, Dikau berada di sisiku, Diteman mesra selalu, Bila berjauhan terasa rindu.. Kini setahun masih terasa mekar, Kerana faham kadang masih tertukar, Inilah dikata indah cinta kemudian bertamu, Pabila nikah mula didahulu..
Kini setahun ku masih melihat, Di sebalik kelembutan ada jiwa yang kuat, Dalam pengorbanan biarpun penat, Tanggungjawab sentiasa terbuat, Walau engkau bergelar ukhti, Di jalan Allah engkau menjadi dai, Kepada zauj tetap berbakti, Kerana engkau zaujati..
Setahun ini cuma kadang ku rasai, Sesaknya dalam ombak tinggi, Beratnya roda di bawah sekali, Apabila dirimu dirajai emosi, Ku tahu pujuk rayu yang kau cari, Kau tahu belai manja kan ku beri, Dalam sabar ku terpikat hati, Kerana kau zaujati..
Setahun dan selalu syukur ku pada Allah, Kerna kau tahu redhaku redhalah Allah, Biarpun rumahtangga dengan lumrahnya, Biarpun kita kadang dengan fitrah manusia, Redha dan sayangku kan tetap tercurah, Kerana kau zaujah solehah..
_____
Juga terima kasih sayang buat tulisan yang sayang berikan abg ni.. abg sangat terharu..
KHAS BUAT SUAMI TERCINTA
Buat Suami ku….. Sayang mengutus sajak buat abang Sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan Menjadi zaujah kepada seorang mujahid Yang tidak pernah gentar akan segala dugaan Kekuatan mu menjadi sumber inspirasi ku Kebijaksanaan mu menjadi panduan untuk ku Kelebihan mu menjadi pelengkap hidup ku Kerana aku di ciptakan menjadi zaujah mu..
Suami ku, Saban hari ucapan maaf ku tuturkan Setiap hari banyak dosa yang aku lakukan Namun…kau seorang zauj yang penyabar Engkau tidak pernah mengeluh Sabar dengan kerenah zaujah mu..
Zauj ku, Setelah setahun bersama Aku di layan seperti puteri raja Di tatang bagai minyak yang penuh Aku ‘membesar’ dengan kasih sayang yang cukup Malah di manjakan seperti anak kecil Yang baru belajar mengenal erti kehidupan Engkau tidak pernah meninggikan suara Apatah lagi me’naikkan’ tangan Aku bahagia di samping mu
Zauj ku, Setelah setahun melayari bahtera rumah tangga Suka duka telah kita lalui bersama Aku mula belajar erti pengorbanan seorang mujahid Aku mula belajar pengorbanan seorang isteri Aku mula menghargai pengorbanan seorang suami Yang tidak pernah berputus asa mencari nafkah Memberi yang terbaik untuk zaujah mu..
Abang, Terima kasih atas segala pengorbanan Masa, tenaga, wang ringgit Tidak akan aku sia-siakan Semoga aku di beri peluang untuk berkhidmat kepada mu sehingga akhir hayat ku..
Suami ku, hanya sajak ini yang mampu aku nukilkan buat zauj ku yang tersayang sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran menjadi zaujah mu..
Zauj ku, Semoga kita tidak lupa untuk bersyukur atas segala kurniaan yang ALLAH berikan ini semoga kita sekeluarga sentiasa dalam rahmatNYA semoga kita di kurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah, bijak, sihat, sempurna dan menjadi mujahid seperti mu menjadi pengikat kasih antara kita
insyALLAH…….
Zauj ku, Terimalah sajak ini Sebagai hadiah Sempena ulang tahun perkahwinan kita
Empat minggu yang lepas, aku dengan atuk baru bersama-sama jalan-jalan di belakang rumahnya dan membakar sampah-sarap.. atuk memang dah mula lemah-lemah.. nak berjalan pun perlu dipapah dan perlu guna tongkat.. tapi atuk tetap tak senang duduk kalau tak buat kerja-kerja.. sambil-sambil tengok sampah sarap yang dijilat api, aku dan atuk berbual-bual.. atuk kata kalau buat kerja-kerja ni sikit-sikit kan siap jugak akhirnya.. kan bersih akhirnya belakang rumah atuk ni..
Dua minggu yang lepas, aku dengar atuk kena tahan wad.. katanya sakit perut sangat-sangat.. aku tak ada bersama dengan atuk ketika tu sebab berada di kejauhan.. mak yang ceritakan masa telefon.. katanya masa atuk sakit, dah bawak ke klinik swasta.. tapi diorang tak terima.. masa bawak ke hospital kerajaan pulak, atuk terpaksa menunggu lagi dalam kesakitan.. doktor-doktor ada kes kecemasan yang lain.. sehari dua kemudian baru atuk terima rawatan..
Seminggu yang lepas, anak-anak atuk bergilir-gilir balik ke kampung untuk jaga atuk selepas dilepaskan daripada tahanan wad....
Beberapa hari yang lepas, aku dengar atuk terjatuh di rumah.. atuk sudah tak larat untuk bangun berjalan..
Semalam, aku dan keluarga balik menjenguk atuk.. keadaan atuk sungguh berbeza dengan kali terakhir aku bersamanya.. atuk semakin kurus.. kelihatan tulang empat keratnya.. acap kali atuk mengerang kesakitan.. sungguh mengecewakan, atuk juga menderita kesakitan akibat kesilapan yang dilakukan oleh doktor.. nenek cerita.. masa atuk dihantar berjumpa dengan doktor, doktor jantan tu kata “kenapa la atuk datang masa malam-malam macam ni..” geramnya aku dengar masa nenek cerita tu.. ditambah lagi, lengan atuk sakit bernanah akibat doktor yang lain pula salah memberikan suntikan.. itu yang membuatkan atuk sering mengerang kesakitan.. tak boleh disentuh langsung..
Tadi, aku baru balik dari rumah atuk.. atuk dan nenek kembali tinggal berdua sahaja apabila anak-anak dan cucunya balik ke rumah masing-masing.. sebelum balik sempat aku menjenguk atuk di muka pintu.. atuk sudah kembali seperti bayi yang memerlukan jagaan, nenek pula sudah mula sakit-sakit.. semasa bersalam dengan nenek, sempat nenek berpesan......
~how old are you?~ tak de la tua sangat.. baru boleh mengundi.. 21..
~are you single?~ bakal jadi couple yang sah dalam masa yg terdekat.. tunggu!!
~at what age do you think you'll get married?~ mmg cadangnya mase2 umur ni la..
~do you think you'll marry the person you are with now?~ insyaAllah.. we have faith in Allah and we are loyal to each other.. doakan semoga sume berjalan lancar..
~if not, who do you want to marry?~ -skip.. tak perlu jawab..
~ who will be your bridesmaid & bestman?~ xdok sanding2 sangat kot..
~ do you want a garden/beach or traditional wedding?~ islamic wedding and 2 couple (dgn couple along sekali)
~ where do you plan to go on honeymoon?~ future wife tak pernah gi cameron.. nk bawak die g situ dulu..
~ how many guests do you think you'll invite?~ orang kampung + orang bandar + kaum kerabat = ???
~ will that include your exes?~ bukan kata X jer, Y, Z, A, B, C, D sampai W pun termasuk jugak..
~ how many layers of cake do you want?~ jangan cake layer apollo je sudah le..
~ when do you want to get married, morning or evening?~ tak pagi sangat, tak petang sangat.. zohor..
~ name the song/tune you'd like to play at your wedding.~ DJ uruskan...
~ do you prefer fine dining or just normal spoon&fork?knife?~ makan dengan tangan la.. boleh gigit tangan si dia masa makan beradab..
~ champagne or red wine?~ asalkan halal dan baik (of course bukan yg 2 2 ni.. tak halal)
~ honeymoon right after the wedding or days after the wedding?~ 2 2 pas kahwin jugak.. takkan sebelum pulak..
~ money or household items?~ ku bukan mata duitan dan materialistik... hehe
~ how many kids would you like to have?~ (umur limit mengandung – umur masa kawen) ÷ dua tahun sekali.. ok x? huhu.. selagi ada rezeki..
~ will you record your honeymoon in DVD/CD?~ gambar + video sekali..
~ whose wedding plan would you like to know next.~ along dan tunangnye (along xd blog plak).. tak pun, syakirah?? sape2 yang dah nak kawen tu, terutama sahabat2, ikhwah2 akhwat2..
p/s: raya pertama kali ini lebih syahdu bagiku kerna mungkin kali ini raya terakhir ku secara perseorangan.. tahun depan mungkin dah berdua.. insyaAllah
Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya masih diizinkan lagi bernafas dan dikurniakan usia genap ke21 hari ini..
orang kata dah boleh mengundi.. apa pun, terima kasih kepada sahabat2 yg telah meng'wish' dan mendoakan.. terima kasih juga kepada shbt2 yg akan meng'wish' nanti.. dan tidak lupa, terima kasih juga kepada shbt2 yg walaupun tak wish, tapi tetap mengingati dan mendoakan diri ini..
"sweet 21.. moga panjang umur murah rezeki.. moga dapat kejayaan dunia dan akhirat.. moga jadi insan yang soleh dan terbaik.. study elok2.. m hope Allah give U blessing on this ramadhan.." ameen....
"Selamat hari lahir ye husin. moga panjang umur dan murah rezeki.." ameen..
"Usen.. Selamat hari lahir. Semoga panjang umur murah rezeki.. semoga bahagia dan lebih matang dalam menangani kehidupan. :) " ameen.. insyaAllah
"Selamat hari lahir.. semoga hari lahir tahun ni lebih bermakna, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.." ameen..
"hepi bezday.. moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. moga bahagia dunia akhirat.." ameen..
"assalamualaikum.. ada org x? jam aku dah kul 12 tepat, kalau awal 2 3 minit sory ar.. aku nak ucap selamat ulangtahun kelahiran yg ke 21.. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dunia & akhirat.. dan semoga persahabatan ni kekal abadi.." ameen.. insyaAllah :)
Hutan Lipur Ulu Bendul Negeri Sembilan telah menyaksikan satu titik tolak bagi perubahan jati diri dalam diri remaja muslim melalui Jambori Remaja Muslim Nasional yang telah dianjurkan pada 6-9 Jun lalu. Apa yang berlaku? Jom kita tengok!
Kalau sebelum-sebelum ni pergi menyertai program sebagai peserta, kali ni pergi sebagai fasilitator. Mungkin sudah tiba masanya untuk diri ini mengendalikan program-program seperti ini. tapi, bayangkan la kalau peserta ada 260 orang, dan fasilitator ada dalam 12 orang je. Huu.. seorang fasi kena jaga lebih kurang 20 orang.
Abu Hurairah – Kekuatan dalam kebenaran
Macam biasa, mana-mana program akan dimulakan dengan pembahagian kumpulan dan aktiviti ice breaking atau team building. Aktiviti pertama ni paling penting sekali. Kena bagi ais tu betul-betul cair. Ahli kumpulan pulak daripada pelbagai sekolah dan daripada tingkatan satu sampai la tingkatan lima. Lepas taaruf..
“Baik. Nama kumpulan kita dah ditetapkan sebagai Abu Hurairah. Sekarang kamu dikehendaki bina logo, motto, dan sorakan.”
.....
“Sesiapa yang terlintas apa-apa kat dalam otak tu, cakap jer.”
.....
“kita ada 21 orang kan? Abang nak logo ni hasil daripada 21 orang.”
.....
Mungkin sebab masing-masing masih belum biasa antara satu sama lain, masih ada yang tidak bersuara atau menyumbang apa-apa idea.
“baik. Abang nak yang dah buat logo tak boleh buat motto dan sorakan. Siapa lagi yang belum bagi idea boleh buat motto atau sorakan. Cepat!”
....
Kelihatan kumpulan-kumpulan lain tenang duduk dalam bulatan, masih lagi bertaaruf. Ada juga kumpulan yang dah ‘kena’ dengan fasi mereka. Ada jugak yang dah berlari kena tukar kasut.
“masih ada yang diam je tak bagi idea apa-apa. Nak bersenam macam kumpulan lain tu ker?”
....
“okey. Nampaknya kita pun kena bersenam macam diorang jugak lah.”
“buat satu barisan sekarang! siapa yang tak bagi idea lagi angkat tangan!”
“baik, kamu! Abang nak kamu bagi command!”
....
“okey. Sekarang, abang nak bila abang bagi arahan, kamu sebut nama kamu. Faham?”
“dari kanan, nama!” (dua kali)
“sekarang, abang nak bila abang bagi arahan, kamu sebut nama kawan di sebelah kanan kamu. Faham?”
“dari kanan, nama!” (dua kali)
“sekarang, sebut nama kawan sebelah kiri kamu pulak. Faham? Dari kanan, nama!”
....
“baik. Sekarang sekurang-kurangnya kita dah ingat berapa nama? Ya.. dua.. bagus!”
....
“ok. Macam mana? Yang tak bagi idea lagi, dah boleh bagi idea? Bagus!”
“ok. Kalau logo dah siap, kita buat motto dan sorakan pulak. Sorakan nak sama dengan motto atau lain?”
“baik, kalau setuju nak sama, macam mana kita nak buat sorakan tu? Kita praktikal terus.”
“Kekuatan! Kebenaran! Kekuatan! Kebenaran! Abu! Hurairah! Abu in.... out, huh!”
Huu.. panjang betul aktiviti pertama ni. Tapi, alhamdulillah.. kesannya memberansangkan. 21 jadi 1. Yang diam, bercakap. Yang menerima arahan, melaksanakan. Kerja dan sama dapat disatukan. Kerjasama!
Pendakian Gunung Angsi – Bersama Aktifkan Minda
“abang nak, sepanjang pendakian, setiap seorang cari apa-apa yang kamu nampak dan fikir-fikirkan apa yang kamu boleh dapat daripadanya. Fikirkan pengajaran yang kamu boleh dapat daripada apa yang kamu nampak atau jumpa. Faham? Bagus!”
....
“alhamdulillah, sampai jugak kita di destinasinya, walaupun bukan lah sampai ke puncak.”
“baik. Kamu semua tahu R&R tu apa?”
“biarlah R&R tu apa maksudnya yang sebenar, tapi sekarang kita jadikan R&R kat sini sebagai Rest & Recall. Maksudnya?”
“ya, kita recall balik, apa pengajaran yang kita dah dapat sepanjang pendakian tadi. Volunteer?”
....
Alhamdulillah. Pendakian mereka bukan sekadar menguatkan jasmani, malah dapat mengaktifkan minda. Lihat pada pokok-pokok yang tinggi menegak, dapat membawa kepada keesaan Allah. Lihat pada kehijauan hutan, dapat menyedari kebinasaan dunia ini akibat daripada tangan manusia sendiri.
Pendakian gunung ni, ada turun naiknya. Tinggi mana pun kita naik, akhirnya kita turun semula untuk kembali ke permulaannya. Kita sebagai manusia, tinggi mana keegoan kita, ilmu kita, emosi kita, ada masanya kita kena rendahkan semula kalau kita tak nak sesat dalam liku kehidupan.
Pendakian gunung ni, berliku-liku, akar menjalar sana sini, pokok-pokok di kanan kiri ada masanya di hadapan. Begitu juga kehidupan kita, penuh dugaan dan pancaroba. Banyak tikanya masalah berada di hadapan kita. Kenalah pandai untuk kita menghadapinya.
Pendakian gunung ni, ada yang mengikut jejak langkah orang di hadapan, ada yang membuat jejak langkah sendiri. yang membuat jejak langkah sendiri, bagaikan pemimpin dalam kehidupan yang memimpin orang-orang di bawahnya. Namun, kena waspada supaya tidak terbawa orang ke jalan yang salah. Yang mengikut jejak langkah, bagaikan kita mengikut pimpinan pemimpin kita. Namun, kena berhati-hati jugak supaya tidak mengikut pimpinan yang sesat, dan perlu mengingatkan orang yang memimpin. Dalam pendakian, adakala kita membuat jejak langkah sendiri, ada tika nya kita mengikut jejak langkah orang di hadapan. Begitu juga, adakala kita perlu tunduk pada pimpinan orang, dan ada tikanya kita pula yang perlu menjadi pemimpin.
Kawad Kaki – Kesatuan dalam Pelbagai Ragam
Video: Kump Abu Hurairah dan Abu Dzar al-Ghiffari bergabung.
Commander – Salleh (kump Abu Hurairah)
Hebat! Walaupun latihan tidak sampai sehari, dan bergabung dua kumpulan last minute atas arahan urusetia, para peserta dapat membuktikan mereka boleh. Para peserta terdiri daripada unit beruniform yang berbeza dan ada yang tidak pernah berkawad langsung.
Pertandingan Memasak – Kekreatifan dalam Kerjasama
Gambar 1: Proses menghidupkan api. Gambar 2: Proses menguli tepung. Gambar 3: Proses menyediakan “dapur”. Gambar 4: Proses memasak kuih tocang. Gambar 5: Proses memanggang satay hutan manis. Gambar 6: Proses memasak karipap inti gula. Gambar 7 & 8: Menu Kump Abu Hurairah. Gambar 9 & 10: Menu Kump Lain.
Berbekalkan tepung, minyak, gula, dan garam, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan apa-apa jenis masakan. Kebiasaannya orang akan buat jemput-jemput, tapi lihatlah kekreatifan mereka dalam kerjasama.
Pertandingan Membina Kubu – Bersama Pertahankan Harapan yang Terbina
Gambar 1: Membina Kubu. Gambar 2: Membina Menara. Gambar 3: Menara & Kubu. Gambar 4: Kump Abu Hurairah.
Para peserta dibekalkan dengan seberapa banyak surat khabar yang diinginkan, dan dikehendaki membina kubu seluas 3x3 tile dan setinggi A4 landscape, dan menara seberapa tinggi yang boleh yang mana akan diuji kekukuhannya dengan meletakkan sebotol air di atasnya.
Kumpulan Abu Hurairah membahagikan tugas membina menara dan membina kubu. Di akhir pertandingan, fasi dikehendaki memainkan peranan. Dan peranannya adalah memusnahkan kubu dan menara tersebut sebagai simbolik hancurnya harapan ibu bapa. Huu.. dengan perasaan yang agak terkilan, terpaksa memusnahkan kubu dan menara tersebut. Sorry guys!
Aktiviti Lilin – Bersama Kita Selami Kepanasannya
Sebenarnya ada dua aktiviti yang dijalankan pada malam tersebut. Aktiviti pertama seperti mana di dalam gambar. Peserta dikehendaki “passing” lilin yang dikepit di jari kaki kepada kawan-kawan sehingga lengkap satu pusingan bulatan.
Selesai aktiviti tersebut, seperti biasa...
“baik. Siapa yang boleh berikan apa yang kita boleh dapat daripada aktiviti ni. Volunteer? Bagus!”
Alhamdulillah. Ada respons. Membuktikan mereka telah membiasakan diri untuk mengaktifkan minda mereka dengan perkara di sekeliling mereka. Kerjasama dalam meng’passing’ lilin dan keserasian. Sama seperti kerjasama yang diperlukan dalam kehidupan seharian.
Api lilin bagaikan seorang guru yang menyuluh hidup. Manfaatkan ilmu yang ada padanya sebelum ianya pergi.
Merasai kepanasan api dan lilin yang mencair, mengingatkan api neraka yang jauh lebih teramat sangat panas. Seringan-ringan seksaan di dalamnya, memakai kasut daripada api neraka tapi sehingga ke otak dah mendidih.
Masuk ke aktiviti kedua, aktiviti antara kumpulan. Para peserta dikehendaki mempertahankan api lilin yang diletakkan di tengah-tengah bulatan kumpulan mereka daripada ancaman kumpulan lain. Para peserta diberikan masa untuk membincangkan strategi yang terbaik untuk bertahan dan untuk menyerang.
Namun, kedua-dua kumpulan gagal dalam mempertahankan lilin yang diamanahkan. Tapi, bukan kemenangan atau kekalahan yang dicari, yang dicari adalah semangat untuk berjuang!
Selain daripada pengajaran yang sewaktu dengan yang telah disebutkan tadi..
Begitulah.. kita perlu pertahankan agama kita. Kita takkan mampu pertahankannya sendirian kerana kita diserang dari pelbagai penjuru. Kita takkan dapat pertahankannya jika kita sendiri tidak faham akan agama itu sendiri. Kerja mempertahankan agama atau kerja dakwah bukanlah suatu kerja yang mudah. Ianya memerlukan persediaan, memerlukan kekuatan, memerlukan kesatuan, memerlukan kefahaman, dan lain-lain lagi.
War Game – Semangat Berjuang Bersama
Sumo Lutut
3 orang dipilih untuk bertarung secara face to face sebagai simbolik dalam menghadirkan suasana ketika perang badar. Pertarungan digantikan dengan acara sumo lutut. Siapa yang berjaya menyentuh lutut pihak lawan terlebih dahulu akan mendapat kawasan lebih dalam medan pertempuran.
War Game
Menyaksikan senjata dan peluru daripada plastik air dan bendera serta kain hijau sebagai matlamat peperangan. Daripada pejuang berani mati sehinggalah pejuang di bahagian pertahanan, bermati-matian bertempur sehinggalah kedua-dua belah pihak kehabisan peluru. Pengajaran, semestinya untuk menghadirkan semangat juang dalam diri para peserta.
Ball Game – Kaki dan Hati Diikat Bersama
Bola Sepak Tiga Kaki
Ya.. inilah namanya bola sepak tiga kaki. Dua orang peserta diikat bersama pada kakinya. Menyaksikan kumpulan Abu Hurairah dengan kaki dan hati mereka diikat bersama berjaya memulakan jaringan yang pertama. Dan di akhir perlawanan, penalti berpihak kepada kumpulan Abu Hurairah!
Water Game – Basah Bersama dalam Kolam Ukhwah
Rempit Halal
Aktiviti sebelum berendam, merempit halal sebagai salah satu mesej menanamkan dalam diri para peserta supaya tidak terjebak dengan gejala merempit di luar.
Kolam asid
Berat bukan lagi sama dipikul tapi sama dijunjung. Beban amanah dan tanggungjawab dalam kumpulan, masyarakat, bangsa, agama akan ditanggung bersama.
Malam Kesenian – Hasil daripada Kebersamaan
Setelah pelbagai aktiviti dijalankan, pelbagai input diberikan, apakah para peserta kini sama seperti sebelum mereka datang? Inilah hasil pemikiran, kerjasama, dan kesatuan yang diterjemahkan ke dalam sebuah sketsa.
Lagu KRIM dan Sketsa Remaja
Dan inilah..
Kumpulan Abu Hurairah. Johan Jambori Remaja Muslim Nasional 2009.
Motto: Kekuatan dalam Kebenaran!
“kejayaan ini bukanlah atas sebab kepimpinan abang fasi, bukan juga atas kepimpinan ketua kumpulan kamu, tapi atas sebab kepimpinan kamu terhadap diri kamu sendiri untuk mendengar dan melaksanakan arahan”
Semoga kamu semua dapat meneruskan kepimpinan tersebut tika di luar nanti..
::::::::: become follower of this blog ::::::::: ::: download file from download section::: :::::::::::: vote in the poll sections :::::::::::: ::::::: leave a comment after reading ::::::: :::::::::::: say a word in chat box :::::::::::::