Search This Blog

Siri Menundukkan Pandangan: Tundukkan Pandangan?

Written on 1:27 AM by WhoSign


Semalam, pertemuan dengan sahabat-sahabat seperjuangan membangkitkan the other side of my self. Bukan ilmu baru, tetapi peringatan dan tazkirah yang bermakna buat diri. Tatkala itu, hati, perasaan, segala yang tersembunyi daripada deria manusia, bagaikan ingin bersuara. Tapi, tiada kata-kata yang boleh menggambarkannya. Walaupun terasa seperti nak menjerit arrgghhh!, tetap tidak kan sampai maksudnya. Hanya yang terungkap..

“Ya Allah.. hanya Engkau Yang Maha Mengetahui hati ini.. kerinduan saat-saat dahulu.. menundukkan pandangan..”

----------------------

Menundukkan Pandangan



Tunduk dan patuh! Itulah ringkasnya. Bukan sekadar menunduk dengan erti merendahkan pandangan mata. Menundukkan pandangan – adab psikologi dan usaha mengatasi keinginan untuk mengetahui kecantikan dan tempat-tempat yang mempesonakan pada WAJAH atau TUBUH BADAN. Menundukkan pandangan dapat menutup tingkap pertama daripada banyak tingkap godaan dan melampaui batas. Malah ia sebagai usaha amali dan praktikal untuk menghalang sampainya panahan beracun syaitan.

Panahan beracun syaitan itu termasuk pandangan khianat iaitu melihat perkara haram, pergerakan yang menghairahkan, berhias, bersolek, dedah tubuh.. yang mana semua itu akan menyebabkan tali kendali jiwa dan kemahuan akan terlepas daripada kawalan lalu mengakibatkan dua gejala – sama ada kecelaruan yang tidak punya ikatan peraturan, ataupun penyakit saraf dan kejiwaan.

Dengan erti kata, bukan sekadar merujuk kepada perbuatan zina, malah suatu kesan atau efek yang lebih luas dan bukan sekadar itu. Suatu kesan yang diertikan dengan zina mata hinggalah ke ZINA HATI.

Allah Yang Maha Mengetahui, paling tahu akan kesan dan efek tersebut, kesan yang tersembunyi, yang jelas, yang kecil, yang besar, yang sekejap, yang lama.. segala-galanya di dalam pengetahuanNya.

Justeru..

Firman Allah:


قُل لِّلْمُؤمِنِيْنَ يَغُضُّوْا مِنْ أَبْصَرِهِمْ وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللهَ خَبِيْرٌ بِمَا يَصْنَعُوْنَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (an-nur:30)


Ayat di atas merupakan dalil al-Quran hukum haram memandang (perkara-perkara yang haram). Malah banyak juga dalil-dalil hadis yang menunjukkan haram memandang perkara-perkara yang haram dan menyuruh supaya menundukkan pandangan. Antaranya:

1. Daripada ‘ubadah bin as-Shomit r.a, nabi bersabda:

Jaminlah enam perkara daripada diri kamu, nescaya aku jamin syurga untuk kamu; berlaku benarlah apabila kamu bercakap, tepatilah kalau kamu berjanji, laksanakan apa yang diamanahkan kepada kamu, pelihara kemaluan kamu, tundukkan pandangan kamu dan tahan tangan kamu. (riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)


2. Ibnu Mas’ud r.a meriwayatkan daripada nabi, baginda bersabda dalam hadis qudsi:

Pandangan adalah anak panah beracun daripada anak panah iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Ku, Aku akan tukarkannya kepada iman yang dia dapati kemanisannya dalam hati. (riwayat at-Thobarani dan al-Hakim)



-----------------------------

Terus ke: Kenapa Perlu Menundukkan Pandangan?
Terus ke: Penguat Hati Menundukkan Pandangan?


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers