Written on 9:37 PM by WhoSign
Alhamdulillah, telah berlalu seminggu di perantauan demi menjalankan tugas di sekolah. Dan selama seminggu itu jugak, dapat lah rasa kehidupan orang bujang macam student-student universiti yang menyewa rumah. Yang paling best dapat masak sendiri. Masing-masing nak tunjuk resepi dan kepakaran. Sedap tak sedap, jalan je sebab dah lapar. Pagi ke sekolah, petang round sabak, pantai, bendang. Selesai seminggu tugas di sekolah, kitorang pun buat lah sikit barbeque sebelum balik. Celebrate sikit. Depan rumah jer pun. Hehe..
“Tolong! Panas! Jangan bakar kami!” Jerit Si Kerang.
“Eh, kerang, apsal ko menjerit? Ni bukan nak cerita macam cerita along & angah tu lah.” Kata Si Penulis.
Erm.. Alhamdulillah, dapatlah merasa sotong bakar, kerang bakar, ayam bakar, sosej bakar, udang bakar, dan bakar-bakar yang lain. Kentang goreng pun ada. Best!
So, memang puas hati lah dapat celebrate malam tu. Tapi kan, malam tu kan, khamis malam jumaat. Huhu.. faham-faham je lah. Korang faham tak? Tambah-tambah lagi dah main berasap-asap barbeque tu tadi. Asap tu dah le makanan “diorang”. Siapa yang hisap rokok tu macam “diorg” la tu.
Dah kenyang, apa lagi, mengantuk la. Si Q dah berselimut. Si H dengan Si L dah ready nak lelap. Si A langsung dah terbongkang awal. Aku kat sofa tengok TV pun macam tengok tak tengok jer. Kejap-kejap gelap terlelap. Si W dengan Si D je yang khusyu’ mengadap laptop diorang. Main game agaknya.
Tak lama tu, aku pun tidur. Asyik-asyik tengah tengok TV gelap terlelap jer, baik aku tidur terus. Lebih kurang 1 jam rasanya, entah kenapa tiba-tiba aku rasa macam dah tak mengantuk dah. Aku pun duduk la depan TV tu layan je cerita yang ada.
Dalam mamai-mamai tu, tiba-tiba..
Aku nampak ada kelibat orang kat luar. Baru la aku perasan dari tadi pintu tu tak tertutup rapat.
“Adoi. Sape la pulak yang keluar malam-malam ni..” getus hati aku.
Aku tengok ada lagi berbungkus selimut Si Q tu. Si H dengan Si A tengah tidur. Si W dengan Si D tak tidur lagi. Si L je entah mana.
“eh, W, macam ada orang la kat luar. Si L ker?” tanya aku kat Si W.
“Si L kat bilik air.” Jawab Si W sambil bangun.
“Ko biar betul. Takde pape pun.” Kata Si W lagi seraya menjenguk ke luar daripada tingkap.
“betul la. Aku nampak kelibat orang dari celah pintu tu tadi.” Aku cuba meyakinkan Si W.
Aku ke dapur menjengah bilik air mencari Si L. Pintu bilik air tertutup rapat, lampu terbuka. Betul la Si L kat dalam bilik air tu agaknya.
“alamak, ada pencuri ke ni..” getus hati aku.
Aku menjengah ke tingkap, tak nampak apa-apa. Tapi ada bunyi-bunyi pulak.
“ko dah kunci motor ko lum?” tanya Si W. “baik ko kunci dulu.” Tambahnya lagi.
“belum.” Jawab ku pendek sambil bergegas mencari kunci.
Tet.. remote kunci motor aku tekan. Kalau ada apa-apa, motor aku akan berbunyi.
“weh, ko tengok ar sape kat luar tu.” Si W mula risau jugak.
Aku teragak-agak. Yang aku risau kan, kalau orang tu ada bawak senjata berbahaya macam parang ke, pistol ke, apa-apa ker.
“siapa kat luar tu?” aku menyapa sambil mendekati pintu rumah. Kot kot rajin pulak ‘dia’ nak menjawab.
Senyap. Sepi. Macam takde orang.
“ko bukak, aku backup.” Kata Si W meyakinkan. Aku tengok Si W dah siap dengan seterika baju kat tangan. Si D pun dah genggam penumbuk.
Pantas aku bukak pintu dan berundur. Takut pulak kalau betul-betul ‘dia’ hayun parang ke kayu ke. Kena kat kepala, KO.
Pintu sebelah kanan dah terbukak luas. Kalau jadi apa-apa ni, memang tawakkal je la. Aku tengok jauh straight ke jalan raya di depan rumah. Gelap.
“lampu suluh ada, lampu suluh?” aku tanya kat Si W.
“takde.” Jawab Si W pendek sambil mendekati pintu dengan seterika masih di tangan.
Aku pun mula mengiring ke kiri pintu sikit-sikit. Nak menjengah kot kot ‘dia’ menyorok di sebalik pintu.
Baru aku menjengah sikit...
Heh.. aku nampak dah lengan baju. sekali Si L. Aku yakin tu Si L walaupun aku tak nampak mukanya.
“Si L la.” Kata aku kat Si W sambil duduk depan TV semula.
Tapi, fikiran ku melayang kejap. “Apa la agaknya Si L buat kat luar malam-malam ni." fikir ku. "Check motor agaknya..” saja aku nak sedapkan hati.
Aku tak teringat langsung, kan Si L kat bilik air tadi. Aku confirm dia kat bilik air tadi, pintu berkunci, lampunya terpasang. Bila pulak dia keluar? Kalau Si Q yang kat luar, sapa pulak yang terbaring berbungkus selimut tengah tidur? Masing-masing ada kat dalam rumah..
Abis, siapa yang kat luar tu? Betul ke Si L?
Tiba-tiba..
Si L muncul dari muka pintu dengan satu benda di tangannya. KEK!
~Allah selamatkan kamu..~
~Allah selamatkan kamu..~
~Allah selamatkan Amiruddin Husain..~
~Allah selamatkan kamu..~
Satu rumah nyanyikan lagu tu. Si A dan Si H rupanya dah bangun dari tidur olok-olok diorang. Si Q tiba-tiba muncul dari belakang Si L, rupa-rupanya yang berbungkus selimut tu bantal je. Si W dengan Si D senyum je tengok aku.
Baru aku teringat dalam ngantuk-ngantuk aku tengok TV tadi, malam tu malam 29 Ogos. Hari ulang tahun aku. Pandai tul diorang buat gimik. Mati-mati aku ingat ada pencuri ke apa ke kat luar tu.
So, that was my 20th birthday celebration. By my beloved classmates.

The next day, 30th august, after went back home, I got my 2nd birthday cake from my parents.
Jadi la...

Posted in
Pengalaman
|
Written on 11:16 PM by WhoSign

“Along, angah! Dah siap ke belum? Kan kita nak pergi makan luar malam ni.” Seorang ayah malam itu mengajak anak-anaknya makan di luar demi menunaikan hasrat di hatinya untuk meluangkan masa dengan anak-anaknya yang sedang membesar, sedang belajar, dan paling penting sedang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripadanya seorang ayah.
“okey, Along nak makan dekat mana hari ni?” tanya Si Ayah kepada anaknya yang sulung membuka tawaran.
“erm.. entahla.. angah, angah nak makan dekat mana?” Si Along memberi peluang kepada adiknya untuk membuat pilihan.
“err.. Abah je la yang buat keputusan. Abah nak bawa pegi makan dekat mana?” Si Angah pula menyerahkan kata putus kembali kepada Si Ayah, tidak kisah.
“apa la anak-anak ayah ni. Ayah tanya kamu, kamu tanya ayah balik.” Balas Si Ayah. Masing-masing tergelak.
“hmm.. takpe. Hari ni ayah bawa kamu pegi makan kerang dekat Perancis.”
“Kerang? Perancis?” serentak dari Along dan Angah.
“iye.. dekat Perancis. Dekat MFI, Malaysia-France Institute tu. Perancis la tu.” Balas Si Ayah sambil tersenyum dan suasana di dalam kereta riuh lagi dengan gelak ketawa mereka.
Setibanya di kedai makan, Along dan Angah segera ke meja yang berdekatan dengan tempat yang menyediakan kerang.
“abah, abah! Kita duduk sini eh?” Si Angah memanggil Si Ayah.
“a’a abah. Nanti boleh kita tengok Pak Cik tu bakar kerang.” Tambah Si Along.
Si Ayah mengambil tempat selepas memesan makanan. Along di sebelah kanannya, dan Angah di sebelah kiri. Mereka menghadap ke arah Pak Cik yang sedang menyediakan kerang bakar dan kerang rebus. Terdapat sebuah meja segiempat berdekatan dengannya yang penuh dengan mangkuk-mangkuk yang berisi kerang untuk dibakar. Kerang-kerang tersebut ada yang terjelir-jelir lidahnya.
“eee.. Along, tengok tu, kerang tu masih hidup la.” Kata Si Angah kepada abangnya sambil menuding ke arah mangkuk-mangkuk yang berisi kerang tadi.
“eh, mestila. Kalau dah mati, nanti kerang-kerang tu busuk la, kan abah?” balas Si Along sambil mendapatkan kepastian daripada Si Ayah.
Si Ayah hanya mengangguk dan tersenyum melihat keletah anaknya yang dua orang itu.
“habis tu, nanti kerang tu kena bakar hidup-hidup la?” tanya Si Angah lagi kepada Along.
“eh.. a’a la kan, angah. Kesian la kerang-kerang tu nanti.” Si Along buat-buat bersetuju dengan adiknya dan terus menambah lagi.
“masa kerang tu kena bakar, mesti dia terjerit-jerit dekat pak cik tu macam ni.”
“Tolong! Panas pak cik, panas!!” Si Along setengah menjerit sambil mengangkat tangannya dan menggoyangkannya seperti lidah kerang yang sedang dibakar.
Si Ayah tersenyum lagi dan kedua-dua beradik itu tergelak kecil dengan lawak Si Along. Pak Cik Kerang juga tersenyum kecil melihat kerenah anak-beranak itu.
“abah pesan berapa mangkuk kerang tadi, abah?” tanya Si Along setelah terlerai gelak tawa mereka.
“abah pesan semangkuk jer. Kesian dekat kerang-kerang tu nanti kena bakar.” Si Ayah memerli Angah.
“abah ni, kenakan orang pulak.” Rajuk Si Angah.
“along, angah, kerang-kerang tu sebahagian daripada lumrah alam yang dicipta Allah.” Si Ayah memberi penerangan bagi memujuk Angah.
“Maksud abah?” Si Angah mula berminat.
“kerang, haiwan, tumbuhan, sayur-sayuran yang kita makan tu, memang Allah jadikan ketentuannya macam tu. Ada juga yang diciptakan untuk jadi kenderaan, tempat perlindungan, dan lain-lain untuk membantu kehidupan manusia.” Si Ayah bercerita panjang lebar.
Dalam masa yang sama, Pak Cik Kerang datang dan menghidangkan semangkuk kerang bakar yang dipesan bersama-sama dengan sambal kicap sos cili yang amat menyelerakan.
“yey yey! Kerang dah sampai!” serentak Si Along dan Angah.
“nampaknya, memang dah nasib kerang ni la nak masuk dalam perut angah kan, abah?” Si Along sempat mengusik adiknya.
“nasib kau la kerang.. bismillah..” Si Angah tidak mempedulikan abangnya dan tidak menyempat-nyempat nak makan.
“eee.. hitamnya kulit kerang ni!” baru nak pilih satu, Si Angah dengan keletahnya lagi.
“dah kena bakar, memang la hitam.” Si Along mula geram dengan adiknya.
“sudah, sudah.. depan makanan ni, along, angah.” Si Ayah cuba menenangkan anak-anaknya.
Si Along dan Angah diam. Mereka tahu tidak elok banyak bercakap dan bergaduh di depan rezeki. Anak-beranak itu terus menikmati rezeki mereka.
“angah, along..” Si Ayah membuka bicara semula.
“apa yang penting pada kerang-kerang ni, bukannya dia sakit atau tak, kesian atau tak. Tapi, yang perlu kamu berdua anak-anak yang ayah sayang ni kena ambil pengajaran ialah, jangan jadi macam kerang ni.” Tambah Si Ayah lagi.
“Jadi macam mana tu, abah?” tanya Si Angah dan Along serentak.
“kena bakar, hitam, hangus.” Respon Si Ayah.
“Along dengan angah tak faham la, abah.” Si Along ingin tahu lebih lanjut.
“Ayah tak nak, anak-anak ayah ni kena bakar dengan api neraka, muka hitam di akhirat nanti. Ayah nak kamu berdua sentiasa beringat, jauhi daripada melakukan maksiat.” Terang Si Ayah dengan nada berharap.
“ingat, jangan jadi macam kerang bakar ni.” Pesan Si Ayah lagi.
“insyaAllah abah, kami akan ingat pesan abah.” Jawab Si Along.
“angah bayangkan kerang ni kena bakar pun angah dah takut dan tak dapat bayangkan panas api neraka tu, abah.” Si Angah pula memberi respon.
“bagus anak-anak ayah ni. Dah, habiskan makanan ni semua. Nak tambah lagi ke kerang bakar?” tanya Si Ayah.
“TAK NAK, ABAH!” tolak Si Along dan Angah, kesian dengan kerang yang bakal kena bakar.
***
______________________________________
“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”
Posted in
Motivasi / Tips
|