Search This Blog

Kerana Masih Ada..

Written on 7:15 PM by WhoSign

Pagi ini, apabila ku selak helaian surat khabar, terpampang di sana sini berita tentang rasuah dan jenayah. Mengapa? Mengapa masih tidak reda-reda rasuah dan jenayah itu?

Kerana masih ada tangan-tangan yang memberi..
Kerana masih ada tangan-tangan yang menerima..
Kerana masih ada mata-mata yang hanya melihat..
Dan kerana banyak mulut-mulut yang masih diam sahaja.

Hari ini ku teruskan kehidupan, apabila kaki mula melangkah, di sana sini terlihat maksiat dan munkar. Mengapa? Mengapa tidak penat-penat mereka melakukan maksiat dan munkar?

Kerana masih ada syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia..
Kerana masih ada teman-teman untuk melakukannya bersama..
Kerana masih ada yang tidak mengenal dan lupa Tuhannya..
Dan kerana ramai yang masih lalu lalang sahaja.

Malam ini ku berehat sambil menyantap, apabila ku buka TV, di sana sini siaran hiburan dan program realiti. Mengapa? Mengapa mereka masih tidak henti-henti dengan aktiviti ini?

Kerana masih ada yang sudi menyumbang dan menyiarkannya..
Kerana masih ada yang menyanjung dan menyokong mereka..
Kerana masih ada yang ingin menunjuk dan menonjolkan dirinya..
Dan kerana ramai yang masih memilih untuk menonton siaran dan persembahan mereka.


Namun di suatu sudut yang lain dalam kehidupan yang ku lalui ini, walaupun di sana sini rasuah dan jenayah, maksiat dan munkar, hiburan dan program realiti terpampang, masih ada di sana sini tersebar usaha dakwah dan perjuangan islam. Mengapa? Mengapa mereka tidak kenal erti putus asa?

Kerana masih ada yang ingat janji-janji Tuhannya..
Kerana masih ada yang jelas tanggungjawab dan hala tuju hidupnya..
Kerana masih ada yang sedar dunia hanya sementara..
Dan kerana ramai yang masih yakin sesungguhnya Allah bersama-sama dengan mereka.


Tatkala pembacaan ini tiba di hujungnya, mengapa jangan kau berhenti? Bukankah akhirnya di sini? Mengapa?

Kerana kita masih ada peluang untuk berubah dan mengubah,
Dan kerana kita masih ada nyawa yang dipinjamkanNya.

Maka fikir-fikirkan dan bertindak. Teruskan perjuangan!


Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Written on 12:04 PM by WhoSign


Apabila Anda..

Written on 10:24 PM by WhoSign



Apabila
anda..




O0O= Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah.. anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

O0O= Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

O0O= Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

O0O= Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

O0O= Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

O0O= Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

O0O= Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

O0O= Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

O0O= Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

O0O= Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

O0O= Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia.. satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

O0O= Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.



Daisypath Anniversary tickers