Search This Blog

Perlunya Kita Ketepikan “Kegembiraan/Happiness”

Written on 2:20 PM by WhoSign


“Smile Always” “Gembira Selalu!”

Sering kita dengar ungkapan sebegitu. Ya, itulah ayat-ayat motivasi untuk kita terus hadapi hidup yang unpredictale ni. Hidup yang penuh kegembiraan nyata memberikan impak positif kebiasaannya. Keluarga yang bahagia, biasanya anak-anaknya berjaya. Individu yang ceria biasanya dapat membawa sinar bahagia dalam hidup individu yang lain. Penting kan kegembiraan, kebahagiaan, keceriaan, atau happiness tu? Lawan gembira ialah sedih, risau, menangis. Orang kata “Gembira Penawar Duka”..

Tapi, penawar kalau dosnya berlebihan boleh jadi yang sebaliknya pulak. Tak boleh la bila kita berhadapan dengan perkara tak menggembirakan kita abaikan. Justeru, ada masanya perlu kita ketepikan kegembiraan tu.. Kenapa?

1. Kalau kita asyik nak gembira jer, bila nak ingat orang yang sedang dalam kesedihan, penderitaan, dan memerlukan kita.

2. Kalau kita asyik nak gembira jer, kita asyik nak hiburan sampai lupa tanggungjawab dan jati diri.

3. Kalau kita asyik nak gembira jer, mesti asyik nak bergurau senda, gelak tawa. Lama-lama jadi lalai dan hati mati.

4. Kalau kita asyik nak gembira jer, macam mana nak muhasabah diri?

5. Kalau kita asyik nak gembira jer, mati takkan dapat ketawa. Senyum boleh, kalau kita mati dalam iman.

Jadi, fikir-fikirkanlah.. Kegembiraan yang sebenar bila dah masuk syurga nanti. Berbaloi tak kalau kita kena ketepikan kegembiraan sekejap untuk dapatkan kemuncak kegembiraan tu?

P/S: Orang sekarang asyik mengejar kegembiraan sehingga lupa yang lain-lain. Gembira gembira jugak.. Sedih sedih jugak.. Bersederhanalah.. Bergembira seadanya bersedih pula jangan sampai berputus asa.


______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”

Akhlak Baik Sebagai Dakwah

Written on 2:23 AM by WhoSign




enjoy listening then be good to others..


the lyrics:

It would be such a pleasure to have you come along with me,
I accept your gracious offer of kindness and company.
But as we walk along young man and as you help me with my load,
I’ve only one request as we travel down this road,

Don’t talk to me about Muhammad.
Because of him there is no peace and I have trouble in my mind,
so don’t talk to me about Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
and as we walk along together we will get along.

That man upsets me so, and so much more than you could know,
I hear of his name and reputation everywhere I go.
Though his family and his clan once knew him as an honest man,
he’s dividing everyone with his claim that “God is One”

So don’t talk to me about Muhammad.
Because of him there is no peace and I have trouble in my mind,
so don’t talk to me about Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
and as we walk along together we will get along.

He’s misled all the weak ones and the poor ones and the slaves,
They think they’ve all found wealth and freedom following his ways.
He’s corrupted all the youth with his twisted brand of truth
convinced them they all are strong, given them somewhere to belong.

So don’t talk to me about Muhammad.
Because of him there is no peace and I have trouble in my mind,
so don’t talk to me about Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
and as we walk along together we will get along.

Thank you now young man, you’ve really been so kind
Your generosity and smile are very rare to find.
Let me give you some advice, since you’ve been so very nice,
From Muhammad stay away, don’t heed his words or emulate his way.

And don’t talk about Muhammad,
or you will never have true peace and trouble is all you will find.
So don’t talk about Muhammad
and as you travel down life’s road you will get along just fine.

Now before we part and go, if it’s alright just the same,
may I ask, my dear young man, who you are? What is your name?

Forgive me - what was that? Your words weren’t very clear,
my ears are getting old - sometimes its difficult to hear.
It is truly rather funny, though I’m sure I must be wrong,
but I thought I heard you said that your name is Muhammad......

Muhammad?

Ash haduallah ilaha il Allah wa Ash hadu ana Muhammad ur-Rasulullah.

Oh talk to me Muhammad!
Upon you I pray for peace for you have eased my troubled mind!
Oh talk to me Muhammad
and as we walk along together we will get along just fine,
and as I travel down life’s road I will get along just fine.


really love dis song. for more detail.. http://www.altmuslim.com/a/a/a/missing_the_point/


______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”.


Jika anda memilih boikot..

Written on 5:16 PM by WhoSign

Peristiwa Denmark..

Mengimbas kembali peristiwa sebelum ni. Tatkala denmark menimbulkan kontroversi dengan lukisannya yang menghina Nabi Muhammad, umat islam seluruh dunia bertindak balas dengan memboikot barangan denmark. Akibatnya, perusahaan Denmark mengalami kerugian kira-kira 15 juta dolar per hari. Hingga kini, kita disarankan mengaktifkan pemboikotan terhadap produk-produk Denmark.


Peristiwa Belanda..

Disusuli peristiwa itu, baru-baru ini (dah lama jugak la), timbul pula kontroversi dari Belanda dengan klip video mereka yang menyalahtafsirkan ayat-ayat suci al-Quran lalu menimnul dan menyebarkan persepsi bahawa Islam itu suatu ideologi keganasan yang disuruh oleh al-Quran. Kelihatan Belanda tidak mengambil pengajaran daripada apa yang dialami oleh Denmark. Sekali lagi umat islam seluruh dunia bangkit. Namun, kali ini umat islam bukan sahaja memboikot barangan Belanda, malah wujud segelintir golongan yang melihat perkara tersebut daripada perspektif yang lain, iaitu dari segi kelemahan umat islam itu sendiri.


Pandangan Peribadi..

Personally, saya sendiri melihat boikot bukanlah pendekatan utama yang perlu umat islam lakukan. Imam Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi sendiri meletakkan pendekatan tersebut pada langkah no. 5 di dalam ucapannya ketika awal-awal peristiwa penghinaan dari Belanda itu. Pandangan peribadi saya sekali lagi, sekiranya umat islam hanya tahu memboikot sahaja, tidak mustahil negara-negara besar dunia yang memegang ekonomi dunia akan bersepakat menghina Islam, al-Quran, Tuhan, dan lain-lain lagi tentang islam. Dan pada ketika itu, apa yang umat islam boleh lakukan? Memboikot semua produk negara-negara tersebut? Sedangkan kita umat islam sendiri tidak mempunyai ekonomi yang kukuh sendiri. Mereka melihat segala tindak tanduk dan respon kita atas setiap penghinaan yang dilakukan, dan sekiranya kita hanya tahu memboikot sahaja, jawabnya suatu hari kita akan masuk ke lubang perangkap mereka juga. Namun, itu hanyalah pandangan peribadi saya dan saya tidak menafikan langkah pemboikotan itu boleh dilakukan juga.


Sekiranya anda memilih boikot..

Jika kita lihat, akibat daripada pemboikotan yang dilakukan, ternyata Denmark mengalami kerugian yang begitu besar. Nasib yang sama juga mungkin menimpa Belanda. Ternyata boikot mendatangkan hasil (pihak yang lain mungkin tergugat mengalami kerugian). Justeru, tidakkah anda terfikir..

1. Memboikot hiburan-hiburan yang berleluasa seperti AF (dah sampai 6 dah), JomHeboh, dan program-program realiti hiburan yang lain.

2. Memboikot produk yang menaja hiburan berlebihan seperti Maxis, Astro, dan lain-lain.

3. Memboikot aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kerosakan akhlak seperti konsert-konsert, pawagam, dan lain-lain.


Hmm.. So? Sukar? Kenapa? Sebab kita dah sebati dengan benda-benda tu semua? Hmm.. Ya, jika kita masih tidak sedar, sebenarnya inilah kejayaan orang-orang kuffar menghina islam dan umatnya. Sudah sekian lama mereka tidak mengangkat pedang pada kita, tidak banyak lagi serangan-serangan direct/ terang-terangan mereka kepada kita. Kenapa? Sebab mereka tahu jika mereka berbuat demikian, umat islam akan bangkit memboikot, serang balas dan lain-lain seperti yang kita dapat lihat terjadi pada pemboikotan barangan denmark.

Tetapi dengan serangan-serangan hiburan yang kita tak boikot malah join sekali, lihatlah hasilnya; jiwa kita kosong, setiap hari bergelumang dengan hiburan – muzik, wayang, iman kita lemah, kita jauh daripada al-Quran dan islam tu sendiri, kita tidak lagi peduli tentang keadaan umat, apa yang terjadi di Palestin, Gaza, negara-negara Islam yang lain, tiada lagi api bermarak untuk berjuang, malah bara semangat untuk jihad pun sudah terpadam.. kita kini hanya dengan dunia kita sendiri yang penuh dengan periuk-periuk api yang dipasang musuh tanpa kita sedari..

Namun, di sana masih ada harapan, sebelum ia meletup marilah kita bangkit kembali. Jika dengan memboikot itu sahaja yang anda mampu, lakukanlah. Jika anda mempunyai semangat untuk terus mara ke hadapan, tarbiyahlah diri jadi seorang pejuang yang bertuhankan Allah, berprinsipkan al-Quran, dan syahid sebagai cita-cita.. Allahu Akbar!



______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”.

Maafkan aku Gaza..

Written on 2:17 PM by WhoSign

Cuba bayangkan kalau haiwan-haiwan boleh berkata-kata dengan bahasa yang kita faham. Mungkin mereka lebih risau tentang keadaan umat manusia berbanding manusia sendiri?


Gajah: Maafan aku Gaza. Kalau boleh aku ingin musnahkan tembok pemisah seperti mana keturunanku diguanakan oleh Abrahah untuk musnahkan Kaabah. Tapi, bukan itu perintah Allah..

Burung: Maafkan aku Gaza. Kalau boleh aku ingin jadi seperti burung ababil yang memusnahkan tentera musuh bagaikan daun-daun yang dimakan ulat. Tapi, bukan itu perintah Allah..

Semut: Maafkan aku gaza. Kalau boleh aku ingin menolong mu sebagai balasan Allah menyelamatkan aku daripada dipijak tentera Nabi Sulaiman. Tapi, bukan itu perintah Allah..

Nyamuk: Maafkan aku Gaza. Kalau boleh aku ingin musnahkan tentera musuh seperti mana keturunan ku telah musnahkan Firaun dan tenteranya. Tapi, bukan itu perintah Allah..

Belalang: Maafkan aku Gaza. Kalau boleh aku ingin musnahkan tanaman-tanaman tentera musuh seperti mana keturunan ku telah lakukan. Tapi, bukan itu perintah Allah..

Ikan : Maafkan aku Gaza. Kalau boleh aku ingin selamatkan penduduk mu seperti mana ikan nun telah menelan Nabi Yunus. Tapi, bukan itu perintah Allah..

Semua: Maafkan kami Gaza. Kami ingin menolong mu, tapi bukan itu perintah Allah ke atas kami. Allah telah perintahkan ke atas manusia yang lebih mulia daripada kami. Merekalah khalifah di muka bumi yang patut menyelamatkan umat mereka sendiri..


Tetapi di mana manusia?


Manusia 1: Gaza? Apa tu? Sejenis makanan eh?

Manusia 2: Rilek la.. Hidup mesti enjoy!

Manusia 3: Ish.. Ish.. Apa la nak jadi sekarang ni.. Kesian orang-orang kat sana tu.. kesian.. kesian..

Manusia 4: Ala.. Islam kan pasti menang. Tunggu je la..

Manusia 5: Siapa la aku.. Nak tolong pun......

Manusia 6: Gaza.. Aku datang! Eh.. eh.. Kenapa saya ditangkap pulak?

Manusia 7: Ya Allah.. Selamatkan lah Gaza.. Aku akan terus berdoa..

Manusia 8: Mana umat islam dari seluruh dunia???

Manusia 9: Demonstrasi - Hentikan keganasan di Gaza..

Manusia 10: Arghh..! Asyhadu an La ilaha illallah....................


* Jika anda manusia itu.. Renung-renungkan, fikir-fikirkan, dan bertindaklah! Saudara kita sedang berhadapan dengan maut memperjuangkan Islam, kita pula bermati-matian memperjuangkan hak individu, bangsa tertentu, dan kawasan setempat.. sedangkan agama islam itu jauh lebih mulia untuk diperjuangkan.

Percayalah.. sekiranya islam diperjuangkan, maka secara tidak langsung hak-hak yang lain turut diperjuangkan dalam masa yang sama. Andai kata Gaza dan Palestin itu mampu berkata-kata, mungkin tiada maaf bagi mu manusia..

Wallahu a’lam.



______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”.

.