Search This Blog

Dalam Mencari Keredhaan Allah

Written on 9:36 PM by WhoSign



_________________________________________

KeredhaanMu –by inteam

Ya allah ya tuhanku
Hamba mu merindukan Rahmat kasih saying mu
Dan juga keredhaanmu Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi
Dosa noda yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari keampunanmu tidak bertepi
Ku akui diri ini hamba yang mungkir pada janji2
Jadikanlah taubat ini yang sejati pada mu Illahi
Ya Allah ampunkanlah dosa2 ku
Ya Allah redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Tuhan, Ku zalimi diri ini
Andai kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan,
Jangan kau palingkan diri ini
Setelah kau beri hudayah
Sesungguhnya kau maha pengasih

_________________________________________


Alhamdulillah.. kembali menulis.. terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sentiasa menziarahi blog ini.. moga kita sama-sama dapat mengambil manfaat yang ada..

Agak lama jugak penulis tak update blog ni, jadi kekok sikit pulak.. tak pe la.. jom sama-sama kita duduk renung sejenak fikir-fikir atas iman.. Jom kita merenung kembali matlamat tertinggi seorang hamba yang beriman iaitu mencapai keredhaan Allah.

Ramai yang salah faham apabila bertungkus-lumus beribadat 24 jam demi mencapai keredhaan Allah.. itu la, kan orang yang berilmu beribadat lebih baik daripada orang yang beribadat tanpa ilmu..

Untuk mencapai keredhaan Allah bukanlah dengan bertungkus-lumus beribadat semata-mata. Yang pertama, seperti yang dikatakan tadi, perlulah berilmu. Kita tahu ibadat yang kita buat tu, bukan hanya sekadar mengikut orang lain.

Dengan ilmu juga, kita dapat mengetahui jenis-jenis ibadat yang kita lakukan. Mana yang wajib mana yang sunat. Janganlah nanti jadi seperti sesetengah orang yang mana “yang sunat diamalkan yang wajib diabaikan”.

Banyak kes yang mungkin kita pandang remeh dan tidak sedar. Contohnya antara berzikir, baca quran, dan solat. Apabila seseorang itu sedang berzikir dengan nyaring, dan kedengaran seseorang yang lain sedang membaca al-Quran, maka orang yang sedang berzikir lebih utama memperlahankan zikirnya. Kemudian, tatkala seseorang itu sedang membaca al-Quran dengan nyaring, datang seseorang yang lain mendirikan solat, maka orang yang sedang membaca al-Quran lebih utama memperlahankan bacaan al-Qurannya. Namun, apa yang berlaku dalam masyarakat kita ialah bacaan zikir dibiarkan dibaca dengan nyaring sedangkan ada makmum yang masbuk atau ada jemaah lain yang sedang mendirikan solat.

Dalam mencari keredhaan Allah ini juga, jangan lupa bahawa bagi anak-anak keredhaan Allah itu apabila ibu bapa meredhai mereka. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menyebutkan perintah Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Antara contoh lain hadis yang ingin dibawakan ialah..

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa”

Manakala bagi isteri pula keredhaan Allah apabila si suami telah meredhainya. Seseorang perempuan berubah priority taatnya apabila telah bergelar isteri. Taat kepada suami menjadi lebih utama daripada taat kepada ibu bapa. Hal ini in case apabila bertembung antara kedua-duanya.

Namun, ketaatan-ketaatan ini, iaitu ketaatan anak kepada ibu bapa dan ketaatan isteri kepada suami hanyalah selagi ia tidak bertentangan dengan syara’ dan bukan perkara mungkar.

Dibawakan juga sebuah hadis untuk para isteri renungi dalam mencapai keredhaan Allah:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Wallahu a’lam


Untuk Doktor dan Yang Sewaktu Dengannya

Written on 7:10 PM by WhoSign

Perhatian buat doktor-doktor, jururawat-jururawat, bakal-bakal doktor dan jururawat, staff-staff hospital, dan yang sewaktu dengannya... Coretan ini hanyalah sekadar luahan rasa daripada seorang cucu yang atuknya sedang menderita kesakitan....

Dulu mungkin aku tidak terlalu merasai sangat kesedihan dan kepiluan yang menimpa keluarga seseorang apabila ada di antara mereka yang menderita kesakitan akibat kecuaian yang dilakukan oleh seorang doktor.. namun kini, apabila atuk ku sendiri yang mengalaminya barulah aku terasa akan kepiluannya..

Buat kalian yang aku maksudkan.. aku tahu aku bukan seorang doktor atau apa-apa yang berkait dengannya.. aku tidak melalui apa yang kamu semua lalui.. aku tidak pelajari apa yang kamu semua pelajari.. dan aku tidak memikul beban seberat apa yang kamu semua pikul.. tapi, izinkanlah aku meluahkan apa yang aku rasa..

Aku tidak menyalahkan kalian bulat-bulat.. sebab kalian juga manusia biasa.. sebab kerana kecuaian seorang doktor lain kalian juga terpalit.. aku sekadar ingin berkongsi peringatan bersama kalian.. lalui apa yang kalian lalui dengan bersungguh-sungguh sepenuh hati.. aplikasikan apa yang kalian pelajari dengan rasa tanggungjawab.. bukan sekadar melepaskan batok di tangga atau endah tak endah.. dan yang paling penting, tolonglah mesra pesakit.. sudahlah pesakit tu menderita kesakitan, berhadapan pulak dengan doktor yang tak mesra pesakit.. kalau cikgu ada pedagogi untuk mengajar murid, takkan doktor takde pedagogi merawat pesakit.. kalian bukan engineer yang bermain dengan mesin.. ingat, pesakit kalian adalah manusia.. pesakit kalian mempunyai perasaan.. setidaknya lemparkanlah senyuman, bercakap dengan lemah lembut, meluangkan masa dengan pesakit, dan cuba fahami kehendak pesakit yang boleh dipenuhi..

Sampai bila anak-anak kecil dan orang-orang tua perlu rasa takut apabila mendengar perkataan “klinik” “doktor” “hospital” “ubat” dan sebagainya..........


Atuk

Written on 6:15 PM by WhoSign

Empat minggu yang lepas, aku dengan atuk baru bersama-sama jalan-jalan di belakang rumahnya dan membakar sampah-sarap.. atuk memang dah mula lemah-lemah.. nak berjalan pun perlu dipapah dan perlu guna tongkat.. tapi atuk tetap tak senang duduk kalau tak buat kerja-kerja.. sambil-sambil tengok sampah sarap yang dijilat api, aku dan atuk berbual-bual.. atuk kata kalau buat kerja-kerja ni sikit-sikit kan siap jugak akhirnya.. kan bersih akhirnya belakang rumah atuk ni..

Dua minggu yang lepas, aku dengar atuk kena tahan wad.. katanya sakit perut sangat-sangat.. aku tak ada bersama dengan atuk ketika tu sebab berada di kejauhan.. mak yang ceritakan masa telefon.. katanya masa atuk sakit, dah bawak ke klinik swasta.. tapi diorang tak terima.. masa bawak ke hospital kerajaan pulak, atuk terpaksa menunggu lagi dalam kesakitan.. doktor-doktor ada kes kecemasan yang lain.. sehari dua kemudian baru atuk terima rawatan..

Seminggu yang lepas, anak-anak atuk bergilir-gilir balik ke kampung untuk jaga atuk selepas dilepaskan daripada tahanan wad....

Beberapa hari yang lepas, aku dengar atuk terjatuh di rumah.. atuk sudah tak larat untuk bangun berjalan..

Semalam, aku dan keluarga balik menjenguk atuk.. keadaan atuk sungguh berbeza dengan kali terakhir aku bersamanya.. atuk semakin kurus.. kelihatan tulang empat keratnya.. acap kali atuk mengerang kesakitan.. sungguh mengecewakan, atuk juga menderita kesakitan akibat kesilapan yang dilakukan oleh doktor.. nenek cerita.. masa atuk dihantar berjumpa dengan doktor, doktor jantan tu kata “kenapa la atuk datang masa malam-malam macam ni..” geramnya aku dengar masa nenek cerita tu.. ditambah lagi, lengan atuk sakit bernanah akibat doktor yang lain pula salah memberikan suntikan.. itu yang membuatkan atuk sering mengerang kesakitan.. tak boleh disentuh langsung..

Tadi, aku baru balik dari rumah atuk.. atuk dan nenek kembali tinggal berdua sahaja apabila anak-anak dan cucunya balik ke rumah masing-masing.. sebelum balik sempat aku menjenguk atuk di muka pintu.. atuk sudah kembali seperti bayi yang memerlukan jagaan, nenek pula sudah mula sakit-sakit.. semasa bersalam dengan nenek, sempat nenek berpesan......

“doakan atuk dan nenek cepat sembuh”