Search This Blog

Jika anda memilih boikot..

Written on 5:16 PM by WhoSign

Peristiwa Denmark..

Mengimbas kembali peristiwa sebelum ni. Tatkala denmark menimbulkan kontroversi dengan lukisannya yang menghina Nabi Muhammad, umat islam seluruh dunia bertindak balas dengan memboikot barangan denmark. Akibatnya, perusahaan Denmark mengalami kerugian kira-kira 15 juta dolar per hari. Hingga kini, kita disarankan mengaktifkan pemboikotan terhadap produk-produk Denmark.


Peristiwa Belanda..

Disusuli peristiwa itu, baru-baru ini (dah lama jugak la), timbul pula kontroversi dari Belanda dengan klip video mereka yang menyalahtafsirkan ayat-ayat suci al-Quran lalu menimnul dan menyebarkan persepsi bahawa Islam itu suatu ideologi keganasan yang disuruh oleh al-Quran. Kelihatan Belanda tidak mengambil pengajaran daripada apa yang dialami oleh Denmark. Sekali lagi umat islam seluruh dunia bangkit. Namun, kali ini umat islam bukan sahaja memboikot barangan Belanda, malah wujud segelintir golongan yang melihat perkara tersebut daripada perspektif yang lain, iaitu dari segi kelemahan umat islam itu sendiri.


Pandangan Peribadi..

Personally, saya sendiri melihat boikot bukanlah pendekatan utama yang perlu umat islam lakukan. Imam Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi sendiri meletakkan pendekatan tersebut pada langkah no. 5 di dalam ucapannya ketika awal-awal peristiwa penghinaan dari Belanda itu. Pandangan peribadi saya sekali lagi, sekiranya umat islam hanya tahu memboikot sahaja, tidak mustahil negara-negara besar dunia yang memegang ekonomi dunia akan bersepakat menghina Islam, al-Quran, Tuhan, dan lain-lain lagi tentang islam. Dan pada ketika itu, apa yang umat islam boleh lakukan? Memboikot semua produk negara-negara tersebut? Sedangkan kita umat islam sendiri tidak mempunyai ekonomi yang kukuh sendiri. Mereka melihat segala tindak tanduk dan respon kita atas setiap penghinaan yang dilakukan, dan sekiranya kita hanya tahu memboikot sahaja, jawabnya suatu hari kita akan masuk ke lubang perangkap mereka juga. Namun, itu hanyalah pandangan peribadi saya dan saya tidak menafikan langkah pemboikotan itu boleh dilakukan juga.


Sekiranya anda memilih boikot..

Jika kita lihat, akibat daripada pemboikotan yang dilakukan, ternyata Denmark mengalami kerugian yang begitu besar. Nasib yang sama juga mungkin menimpa Belanda. Ternyata boikot mendatangkan hasil (pihak yang lain mungkin tergugat mengalami kerugian). Justeru, tidakkah anda terfikir..

1. Memboikot hiburan-hiburan yang berleluasa seperti AF (dah sampai 6 dah), JomHeboh, dan program-program realiti hiburan yang lain.

2. Memboikot produk yang menaja hiburan berlebihan seperti Maxis, Astro, dan lain-lain.

3. Memboikot aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kerosakan akhlak seperti konsert-konsert, pawagam, dan lain-lain.


Hmm.. So? Sukar? Kenapa? Sebab kita dah sebati dengan benda-benda tu semua? Hmm.. Ya, jika kita masih tidak sedar, sebenarnya inilah kejayaan orang-orang kuffar menghina islam dan umatnya. Sudah sekian lama mereka tidak mengangkat pedang pada kita, tidak banyak lagi serangan-serangan direct/ terang-terangan mereka kepada kita. Kenapa? Sebab mereka tahu jika mereka berbuat demikian, umat islam akan bangkit memboikot, serang balas dan lain-lain seperti yang kita dapat lihat terjadi pada pemboikotan barangan denmark.

Tetapi dengan serangan-serangan hiburan yang kita tak boikot malah join sekali, lihatlah hasilnya; jiwa kita kosong, setiap hari bergelumang dengan hiburan – muzik, wayang, iman kita lemah, kita jauh daripada al-Quran dan islam tu sendiri, kita tidak lagi peduli tentang keadaan umat, apa yang terjadi di Palestin, Gaza, negara-negara Islam yang lain, tiada lagi api bermarak untuk berjuang, malah bara semangat untuk jihad pun sudah terpadam.. kita kini hanya dengan dunia kita sendiri yang penuh dengan periuk-periuk api yang dipasang musuh tanpa kita sedari..

Namun, di sana masih ada harapan, sebelum ia meletup marilah kita bangkit kembali. Jika dengan memboikot itu sahaja yang anda mampu, lakukanlah. Jika anda mempunyai semangat untuk terus mara ke hadapan, tarbiyahlah diri jadi seorang pejuang yang bertuhankan Allah, berprinsipkan al-Quran, dan syahid sebagai cita-cita.. Allahu Akbar!



______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”.

Daisypath Anniversary tickers