Search This Blog

B Ur Self C Ur Self

Written on 1:35 PM by WhoSign



- aku tetap aku -

Status mesej di atas tertera pada salah satu ID dalam friend list yahoo messenger aku. Terus terpaut di fikiran ku tentang “be your self” yang selalu orang perkatakan.


Be Your Self tak boleh pakai

seorang muslim itu sepatutnya lebih baik harinya hari ini daripada semalam dan hari esoknya lebih baik daripada hari ini. Justeru dengan itu, islam menyuruh umatnya agar sentiasa menuju kepada kebaikan dan melakukan perubahan kepada yang lebih baik dari masa ke masa.

Dalam konteks tersebut, setiap muslim sepatutnya berusaha untuk menjadi lebih baik, lebih baik, dan lebih baik. Maka, istilah “be your self” tidak boleh diguna pakai dalam hal keadaan ini. Sekiranya seseorang itu mendapat teguran atau nasihat tatkala dirinya melakukan kesilapan dan kesalahan, sepatutnya nasihat dan teguran itu diambil terima dan diaplikasikan dalam kehidupan.


Be Your Self boleh pakai

Namun, tidak ada seorang pun di dunia ini yang perfect. Tiada manusia yang sempurna. Masing-masing mempunyai perangai, habit, tabiat, dan tingkah laku yang tersendiri. Selagi mana perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan syariat dan garis panduan islam, go on, buat la. Jangan pula yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran, niat dan matlamat pula jadi terpesong.

Dalam konteks ini, be your self.


Salah Guna Be Your Self

Kebanyakan daripada kita menyalah gunakan konsep be your self untuk meneruskan tabiat kesukaan kita yang bertentangan dengan adab dan akhlak dalam islam. Tanpa mendengar dan memuhasabah diri, kadang-kadang kita terus menutup telinga daripada mendengar nasihat serta pandangan yang disuarakan akibat daripada kesilapan perbuatan kita sendiri.


Nilai lah diri kita. Adakala kita perlu b our selves dan adakala kita perlu c our selves.

Wallahu a’lam


Daisypath Anniversary tickers