Search This Blog

Forum Remaja @ Pesta Konvo 2008

Written on 4:52 PM by WhoSign

Forum

Forum Remaja @Pesta Konvo 2008
Ikhtilat: Tabiat Takpa, Mahasiswa Binasa
MPH MMU Cyberjaya, 12 Ogos 2008, 8 Malam


Untuk keterangan lanjut sila ke

http://iucyber.mmu.edu.my/index.php/the-raise/

Dan digalakkan untuk meletak poster ini di setiap blog, frenster atau di mana-mana
sahaja poster ini boleh dipaparkan. Ini code dia:

Forum


Terima kasih kepada semua yang menyokong program ini. Sokongan anda dapat dilihat melalui perletakkan poster tersebut di blog-blog atau di mana sahaja...

Antara Hak dan Keikhlasan

Written on 8:28 AM by WhoSign

Event yang kusertai kali ni, banyak mengajar ku dalam banyak perkara. Malah, membuat ku terfikir berkali-kali tentang dua perkara yang mungkin ada bezanya, antara hak dan keikhlasan. Apa yang akan dicoret, hanya pada pandangan pemikiran ku, sekiranya ia bersalahan dengan syariatNya, maka berilah teguran kepada ku.

Keikhlasan, merupakan suatu aspek yang selalu dititikberatkan dalam melakukan apa jua perkara, samada yang berkaitan akhirat mahupun dunia. Tingkat yang tertinggi bagi seseorang itu dalam melaksanakan tugasnya ialah apabila segala yang dilakukannya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah (mardhotillah).

Benarlah kata orang, keikhlasan tu bagaikan semut hitam di atas batu hitam di waktu malam yang gelap (sambil memakai cermin mata hitam), menggambarkan betapa sukarnya keikhlasan tu untuk dilihat dan didapatkan.

Terkadang, sebagai manusia biasa, seseorang itu mungkin diam di mulut, tetapi siapa tahu hatinya mungkin berkata-kata. Luahan hatinya, yang hanya didengari Yang Maha Mendengar, segalanya adalah demi untuk mendapatkan keikhlasan, demi untuk mempertahankan niatnya, agar kerja-kerja yang dilaksanakan tidak tersia-sia, sudahlah kerja itu amat menguji kesabaran.

Para nabi di dalam kerja dakwahnya, tidak meletakkan ganjaran selain hanya kepada Allah. Urusan dakwah itu kewajipan yang dipikul mereka, yang diberikan direct oleh Allah, atau dengan kata lainnya, mereka bekerja dengan Allah.

Namun, tetapi, apabila bekerja dan berurusan dengan manusia, terkadang ada hak-hak yang telah dijanjikan atau tanggungjawab yang perlu dilunaskan di dalam kerjasama antara dua pihak tersebut.

Persoalannya, adakah salah untuk kita menuntut hak-hak itu? Adakah ia mencalar keikhlasan yang sekian lama dipertahankan?

Adakah tidak ikhlas pekerja-pekerja yang menuntut gaji mereka yang sepatutnya dibayar tiap-tiap bulan?

Di dalam satu saff kerjasama, adakah tercalar keikhlasan orang yang menuntut kebajikan yang dirasai oleh setiap orang dalam kerjasama tersebut?

Adakah, adakah dan adakah..

Jawapannya....

Wallahu a’lam..


______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”

Meraih ukhuwwah, menuntut amal, melakar sejarah..

Written on 11:04 AM by WhoSign





Meraih ukhuwwah, menuntut amal, melakar sejarah

Mekah, Madinah, UK, Jepun, US, Mesir, dan Malaysia bersatu, Engineer, Akauntan, Officer, Ustaz, Doktor, dan Student bertemu lagi, meraih ukhuwwah yang jauh dan dekat, menuntut amal yang bersungguh-sungguh dan istiqamah, melakar sejarah baru dan berkekalan, di dalam Mukhayyam Pembina Nasional 2008.


Ukhwah & disiplin

Apabila sebut ukhuwwah, orang terbayang something yang manis, kasih sayang, lemah lembut, tolak ansur dan lain-lain. Apabila sebut disiplin, orang terbayang something yang serius, skema, garang, hukuman, marah, dan sebagainya. Jelas vice versa nya. Namun, ukhuwwah dan displin, bukanlah suatu yang mustahil untuk disatukan, bukanlah menjadi penghalang antara satu sama lain. Bukanlah dikatakan ukhuwwah punya pasal, disiplin boleh ditolak ansur. Bukanlah dikatakan disiplin punya pasal, tiada ukhuwwah langsung.

Sebenarnya, kerana ukhwah lah disiplin dapat dibentuk dan kerana disiplin lah ukhuwwah dapat dieratkan. Ukhuwwah yang erat menjadikan seseorang itu mengambil berat, saling menasihat, dan ingat memperingat akan saudaranya yang lain, secara tidak langsung membentuk disiplin dalam diri masing-masing supaya tidak melanggar larangan dan sentiasa patuh pada arahan dan suruhan. Disiplin yang tinggi pula akan membentuk satu ikatan yang kuat dan kukuh serta bersatu padu dalam ukhuwwah seperti mana dalam satu platon tentera yang ketat dengan disiplin, mendengar dan menerima arahan daripada seorang ketua lantas dapat melaksanakannya dengan pantas, serentak, dan sempurna.

Salah faham dalam ukhuwah & disiplin biasanya berlaku dengan seseorang itu membiarkan atau membackup saudaranya yang lain yang jelas dan terang-terang melakukan kesalahan, kesilapan, atau kemungkaran.


Peluk tubuh & cekak pinggang


Sebenarnya, dua perkara inilah yang menjadi larangan sepanjang mukhayyam. Sesiapa yang berpeluk tubuh dan bercekak pinggang akan dikenakan hukuman tekan tubi lima kali, dan sesiapa sahaja boleh menangkap dan mengenakan hukuman ke atas pesalah sekiranya tertangkap.

Namun, kedua-dua gaya, aksi, atau perlakuan ini, hanyalah simbolik. Disiplin dalam larangan ini adalah untuk mendidik supaya sentiasa beringat bahawa seseorang itu tidak patut berdiam diri sahaja, berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa sedangkan tanggungjawab manusia itu sentiasa melebihi masa yang ada. Dan, seseorang itu tidak patut hanya bercekak pinggang melihat begitu sahaja saudaranya yang lain yang sedang berbuat sesuatu atau sedang dalam memerlukan bantuan, malah disimbolik juga dengan sikap marah sahaja dari jauh tanpa menyumbang apa-apa tindakan.


Bola sepak berpasangan

Cuba anda bayangkan sekiranya pemain-pemain bola sepak bertaraf dunia digandingkan dan bermain bola sepak secara berpasangan, belum tentu nama mereka akan melonjak sehebat permainan mereka secara berseorangan.

Dengan tangan saling berpaut di siku, perlu berlari mengejar bola, kaki yang bermain menjadi empat, skill apa yang boleh digunakan? Boleh lah pihak UEFA atau FIFA cuba aplikasikan kaedah berpasangan ini dalam world cup yang seterusnya.

Cara berpasangan ini, jelas menunjukkan sifat fitrah manusia, mudah lupa. Apabila disogokkan dengan bola, cepat je nak kejar sampai terlupa ada orang di sisi. Kadang, bila seseorang tu dapat sesuatu, keadaan sekitarnya pun dilupakan, malah yang dekat dan sedang berpaut dengannya pun boleh terabai. Lihat keadaan yang realiti, banyak sangat dalam hidup kita yang camtu. Namun, ada juga yang segelintirnya yang masih beringat, dan tersedar sebelum terlalu lambat untuk beringat.


Membuang jahiliyyah

Bukan suatu yang mudah. Simboliknya, cuba anda berenang di sungai secara melawan arus dan sendirian. Daya usaha yang anda berikan hanya meletakkan anda di tempat yang sama, malah apabila anda penat dan berkurang sedikit sahaja daya anda, anda terus ditolak oleh arus.

Dunia dah berubah, zaman dah maju. Tu iklan kat tv. Hakikatnya, dunia dan zaman sekarang ini sedang kembali ke zaman terkebelakang. Tempat yang anda berdiri sekarang, lontarkan sahaja pandangan anda ke arah mana-mana, jahiliyyah merata-rata. Untuk meninggal dan membuangnya, anda perlu lawan mengharungi satu arus yang cukup kuat, iaitu arus keterbiasaan di kalangan masyarakat. Keterbiasaan yang mana telah menjadikan yang salah itu benar dan yang benar itu salah.

Anda akan dapat melawan arus tersebut dan berganjak di kawasan di sebelah yang sana hanya dengan.. bantuan dan pertolongan dalam berkumpulan. Bukan bersendirian. Di dalam simulasi berenang melawan arus untuk menyeberangi sungai, orang di depan sekali akan menyelam dan diberikan daya tolak ke hadapan, kemudian kakinya dipaut oleh orang kedua yang juga akan turut menyelam dan diikuti cara yang sama oleh orang-orang seterusnya di belakang. Akhirnya, suatu rantaian orang yang berpaut pada kaki orang di hadapannya terbentuk. Bagaikan menjulurkan kayu yang panjang ke sebelah seberang sungai dan disambut terus oleh orang di sebelah sana, arus yang kuat tidak dapat menghanyutkan kayu tersebut.

Jadi, hanya kayu yang panjang, simbolik rantaian kumpulan yang saling berpaut dan berkerjasama sahaja yang akan dapat melawan arus berenang ke seberang di sebelah sana.


Membina arus

Setiap daun yang berguguran ke sungai, pantas terus di bawa arus ke hilir. Hanya arus baru sahaja yang berkemungkinan membawa daun tersebut ke arah yang lain. Bagaimana membina arus yang baru?

Firstly, pastinya seorang diri takkan mampu membina arus yang baru malah tidak akan dapat bertahan walaupun sesaat terus dihanyutkan sekali ke hilir. Hanya benteng yang kukuh, tiada lubang-lubang kebocoran, sahaja yang dapat membendung dan membentuk arus yang baru.

Mengapa perlu arus yang baru? Sebab.. sampai bila harus kita bertahan dalam arus jahiliyyah? Tiba masanya kita akan tumbang, bagaimana dengan generasi yang seterusnya? Tumbang kita, hanyut mereka dalam arus jahiliyyah yang terus mengganas.

Dengan arus yang baru, generasi yang seterusnya hanya perlu meneruskan perjuangan yang kita tinggalkan, hanya perlu meneruskan arus baru yang telah kita bina. Membina jauh lebih memeritkan dan memerlukan kekuatan daripada mengekal dan meneruskan.


Jaga imanmu

Sukarnya menjaga iman dalam arus jahiliyyah, sepertimana dalam simulasi, menjaga api lilin daripada dipadam. Mereka yang menyimbah air untuk memadamnya berada di merata tempat di sekeliling kita, kanan kiri atas bawah, utara selatan timur barat, dalam dan luar. Perkara yang menggugat keimanan menyerang dari pelbagai sudut dan aspek, secara halus dan terang-terang.


Kami tetap dengan gerombolan dakwah

Kekuatan iman dan kesatuan ukhuwwah menjadi benteng apabila dirempuh mehnah dan tribulasi. Kekuatan iman meneguhkan benteng daripada jatuh tersembam dalam arus jahliyyah, kekuatan ukhuwwah mengukuhkan ikatan sebatian benteng daripada terpisah berpecah menjadi benteng-benteng kecil yang mudah hanyut. Hanya dengan tsabit dalam gerombolan dakwah kedua-dua aspek tersebut dapat dibentuk dan dibina.


Aku tsiqah pada ikhwah

Hanya dengan kepercayaan pada kumpulan dakwah dan ketsiqahan pada ahli-ahlinya, barulah suatu gerombolan dakwah tadi dapat mencapai ukhuwwah yang mantap. Tsiqah yang diberi disambut dengan kesetiaan. Ragu-ragu hanya akan melemahkan seseorang akh dan pengkhianatan menyebabkan gerombolan tadi berpecah belah.


Kibarkan bendera kebenaran

Dan akhirnya, sorakkan, laungkan, kibarkan, umumkan kejayaan dan kebenaran yang dicapai. Kerana rupa-rupanya, di sekeliling kita masih ada kumpulan-kumpulan lain yang sedang mencari-cari kebenaran. Di dalam masyarakat itu masih ada mereka yang sedang berusaha membuang jahiliyyah, membina arus, menjaga iman, dan ingin tetap dalam gerombolan dakwah yang tsiqah pada ahlinya. Laungan kemenangan, sorakan kejayaan, dan kibaran bendera kemenangan inilah yang akan membangkitkan semangat-semangat mereka dan membuka jalan bagi menuju ke destinasi yang jelas.


kawasan perkhemahan

jungle tracking

flora & fauna



hisap dia!!



aktiviti kumpulan


di mana jua anda berada, hadapkanlah wajah mu kepada Allah..


video mukhayyam boleh didapati di:
http://www.pembina.com.my/


______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”

Bidak di Papan Catur Dunia - Rupanya Begitu

Written on 5:39 AM by WhoSign


salam ukhwah dan salam perjuangan buat semua pelawat dan pembaca blog ini.

sorry lama xde post baru. kekangan waktu dengan komitmen dan assignment yang semakin menimbun, xsempat nak mencoret2 kat sini..

ni pun just singgah sekejap buat review sikit..

anda minat sejarah?
anda kisah tentang apa yang berlaku di sekeliling anda?
pernahkah anda terfikir, apa yang telah berlaku dalam lipatan sejarah, mungkinkah satu kebetulan atau satu perancangan yang cukup rapi oleh pihak2 tertentu?

mungkin anda kurang minat sejarah. mungkin anda tak pernah terfikir apa yang telah ana katakan tadi. tapi, sebenarnya.. some of event in our history have been plot, komplot, and lot2 yang sebagainya..

pernah dengar buku bidak-bidak di papan catur iblis? tu versi melayu. yang original book, nama dia pawn in the game by guy car.

buku ni tak lah interesting sangat jika anda tengok ketebalannya. tapi, sekiranya anda mula membacanya atau mendengar daripada rakan anda segala apa yang terkandung di dalamnya, ana rasa anda pasti nak lagi dan lagi untuk tahu apa yang berlaku selanjutnya.

antara yang perlu anda tahu-

perang dunia pertama, kedua, dan ketiga telah dirancang lama oleh pihak2 tertentu sebelum ia berlaku. perang dunia ketiga akan berlaku dengan jayanya mengikut yang dirancang sekiranya komplot2 mereka dibiarkan.

siapakah yang memegang kuasa dunia? amerika? british? rusia? jepun? tidak! tidak sama sekali! sesungguhnya terdapat suatu pakatan besar, tersusun rapi, yang menjalankan bidak-bidak ini.

jangan terkejut bila anda sedar di sebalik dalang ada lagi dalang dan ada lagi dalang dan ada lagi dalang punya berapa banyak dalang di sebalik peristiwa2 yang berlaku. akhirnya, lucifer. siapakah dia?

mengapa dunia ini tidak pernah aman? mengapa berlaku peperangan yang tidak henti2?

buku bidak-bidak di papan catur ini mengupas kejadian2 yang telah berlaku berdasarkan kajian yang telah dijalankan dengan penuh teliti dan dalam jangka masa yang lama.

versi bahasa inggeris boleh dapatkan daripada ana dalam soft copy. versi bahasa melayu ana ada dalam bentuk hard copy jer. sekiranya anda berminat, cuba la dapatkan dan baca.

jika anda baca dan tak faham, itu normal.. enjoy reading!


______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”