Search This Blog

Pom.. Dam.. Boom.. Wooi!!

Written on 11:11 PM by WhoSign

Hari Raya Aidilfitri sudah di ambangnya. Malam ini malam terakhir solat tarawikh. Esok pula hari terakhir kita berpuasa. Ramadhan sudah ingin menutup tirai, bagaimana dengan diri kita? Adakah masih sama seperti 11 bulan yang lepas dan hari-hari sebelum ramadhan? Atau dengan berakhirnya hari esok maka bermula suatu episod hidup yang wataknya bagaikan sucinya bayi yang baru lahir? Renung-renung dan fikirkan..

____________________________________________________________________________


Tapi la ni yang kita nak cerita ialah pasal mercun.. kat tajuk tu bunyi mercun la tu.. macam-macam bunyi ada.. macam sudah tak boleh nak dipisahkan raya dengan mercun..

“ada apa dengan mercun?” Terbaca status seorang rakan di ym tadi begitu bunyinya. Mungkin dia ada maksudnya yang tersendiri di sebalik kata-kata tersebut. But, when the senses combined, ada apa dengan mercun... lets see, feel, and think....

Biasanya, mercun dan bunga api dikaitkan dengan perayaan orang cina seperti tahun baru cina. Mengikut kepercayaan orang cina dahulu, mercun dan bunga api dimainkan adalah untuk menghalau hantu, puaka, dan roh-roh jahat.

Jadi, apakah kebudayaan orang cina ini telah menyerap masuk dalam kebudayaan orang melayu dan diasimilasikan ketika tibanya hari raya? Adakah orang melayu dahulu percaya apabila kita main mercun di ambang raya ini maka dapat menghalau hantu raya, hantu pocong, hantu galah, dan hantu-hantu lain?

Heher.. saya percaya ianya tidak begitu. Kalau benar pun begitu dahulu, zaman sekarang ni pulak tidak akan ada di rumah-rumah, seorang ayah menyuruh anaknya.... “anak, pergi main mercun tu halau hantu-hantu.” Dengan erti kata lain, mercun-mercun dimainkan oleh orang melayu bukanlah kerana kerpercayaan untuk menghalau hantu, atau puaka. Bahkan, selalunya mercun-mercun ni la yang dimainkan oleh hantu-hantu. Hantu mercun..

Orang kata, dengan mercun-mercun dan bunga api ini baru la menjadikan suasana hari raya lebih meriah. Namun begitu, beberapa aspek perlu diambil kira.

Setiap sesuatu yang tidak ada dalil yang memberikan hukum kepada perkara tersebut, maka ia adalah harus. Begitulah bermain mercun dan bunga api ini pada asalnya. Namun, apabila situasi-situasi tertentu berlaku, maka ia boleh jadi haram atau berdosa.

1. mendatangkan mudharat kepada pemain

Apabila mercun / bunga api tersebut boleh mendatangkan kemudharatan dan keburukan kepada pemain, maka ia boleh jadi haram. Ini kerana kita dilarang menzalimi diri dan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri. Dengan erti kata lain mercun-mercun yang berbahaya dan meriam adalah seeloknya tidak dimainkan kerana dikhuatiri boleh memudharatkan diri seperti mana kes-kes yang telah berlaku. Kalau mercun bawang atau mercun pop pop tu, boleh jer. Bunga api pun yang biasa-biasa tu pun kalau tak berbahaya boleh la main.

2. mengganggu ketenteraman awam

Hal ini lebih kepada mereka yang tinggal di kawasan perumahan dan berdekatan dengan rumah-rumah jiran. Mungkin kita sekadar ingin merasai kemeriahan raya dengan bermain mercun, namun mungkin juga orang lain boleh terganggu, terkejut, kena heart attack, kerana bunyi letupan mercun yang memekakkan. Apabila hal ini boleh berlaku, maka seeloknya kita elakkan. Selain dalam alquran, nabi pun amat menekankan tentang hal kejirananan. Jangan kerana kemeriahan yang dicari, kemurkaan yang didapati, kemurkaan daripada Allah dan daripada jiran.

3. pembaziran

Sebenarnya, bermain mercun ni pun boleh dikira sebagai satu pembaziran. Macam bakar duit je. Sepatutnya malam-malam raya dihidupkan dengan mengingatiNya dan menziarahi jiran tetangga. dan orang-orang yang membazir ini disebutkan di dalam al-quran sebagai saudara syaitan. Siapa syaitan tu? Saudara andakah?

Kemaafan kan diberi di syawal, keampunan diberi ketika ramadhan, jangan la disia-siakan dengan sesaat pom!! dam!! boom!! Wooiii nanti yg dapat..

Wallahu a’lam


______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”


Daisypath Anniversary tickers