Search This Blog

Tipu Dusta Dalam Gurauan

Written on 12:07 AM by WhoSign

Gurauan dan bergurau menjadikan hidup kita lebih ceria. Gurauan dan bergurau menjadikan kita lebih mesra dengan rakan-rakan kita di samping mengurangkan tekanan yang kita hadapi dalam menempuh kehidupan sehari-hari. Islam tidak menghalang kita daripada bergurau malah mengharuskannya dan keceriaan, namun sebagaimana yang kita katakan islam adalah cara hidup kita, islam telah menggariskan akhlak yang baik untuk kita amalkan hatta dalam bergurau.

1. Gurauan yang berunsur lucah adalah dilarang sama sekali.

2. Seelok-eloknya tidak banyak ketawa ketika bergurau kerana gelak ketawa mematikan hati.

3. Seelok-eloknya elakkan bergurau senda antara lelaki dan perempuan kerana ikhtilat muslim mukmin perlu dijaga.

4. Menipu untuk bergurau juga adalah dilarang, seeloknya dijauhi dan tidak diamalkan.

Berdusta atau menipu tidak dibenarkan sama sekali dalam islam malah tidak wujud istilah tipu sunat. Namun, diharuskan dusta hanya pada ketika tiga keadaan berikut:

1. Berdusta dalam peperangan terhadap musuh yang melawan islam. (bukan berdusta dengan jaminan keamanan atau perjanjian)

2. Berdusta untuk mendamaikan kumpulan yang bertelagah mengikut dharurat yang diperlukan. (menggunakan ayat kabur atau double meaning adalah lebih baik)

3. Sedikit dusta dalam perbualan suami isteri untuk mengeratkan hubungan.


Semua dusta bagi anak adam haram kecuali dalam tiga sikap; seorang lelaki berdusta terhadap isterinya untuk memuaskan hatinya, seorang lelaki berdusta dalam perang kerana perang adalah tipu daya, dan seorang lelaki berdusta kepada dua orang Islam untuk mendamaikan mereka. –hadis riwayat at-tirmizi


Justeru, tidak ada disebutkan dusta dalam gurauan boleh dalam hadis nabi, malah celaka pula bagi orang yang berdusta untuk bergurau sepertimana yang disebutkan dalam hadis nabi yang lain.

Celakalah orang yang memperkatakan suatu agar orang lain ketawa lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya. –riwayat at-tirmizi

Nabi juga menjamin orang yang dapat meninggalkan dusta dalam kehidupannya dengan ganjaran Allah di akhirat kelak.

Saya jamin sebuah rumah di tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan dusta, sekalipun dia bergurau. –riwayat abu daud

Lihatlah contoh gurauan nabi dalam jawapannya kepada seorang wanita yang bertanya kepada baginda:

“Suami kamu yang pada matanya ada kepuithan?” Wanita itu menjawab: “tidak”. Lalu baginda bersabda: “semua mata mempunyai keputihan”. Wanita itu pun ketawa.

Justeru, marilah sama-sama kita kikis tabiat menipu dalam bergurau. Banyak lagi cara lain yang kita boleh buat untuk bergurau. Wallahu a’lam..



ceria-ceria selalu!

Daisypath Anniversary tickers