Search This Blog

Jemputan Ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PEMBINA-DHL

Written on 2:52 PM by WhoSign

.
Persatuan Belia Islam Nasional Dengan Sukacitanya Menjemput Anda Ke

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PEMBINA Daerah Hulu Langat 2009


Jumpa di sana!!



Raya Kali Ini..

Written on 1:26 PM by WhoSign


..Sebelum..




..Semasa..




..Selepas..



p/s: raya pertama kali ini lebih syahdu bagiku kerna mungkin kali ini raya terakhir ku secara perseorangan.. tahun depan mungkin dah berdua.. insyaAllah


Lailatul Qadar Malam Yang Mana?

Written on 11:13 PM by WhoSign

.



Ramadhan telah memasuki fasa yang ketiga iaitu fasa dilepaskan daripada api neraka. Fasa rahmat dan fasa maghfirah (pengampunan) telah pun berlalu. Dan ini juga bermakna kita telah memasuki 10 malam terakhir ramadhan.

Apa ada dengan 10 malam terakhir ramadhan? Sedia maklum di sana terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu lailatul qadar.


Apa yang rasulullah lakukan pada 10 malam terakhir?

Disebut dalam sahih bukhari dan muslim bagaimana saidatina aisyah r.a menyifatkan sifat rasulullah s.a.w apabila masuk 10 malam terakhir ramadhan. Diriwayatkan daripada saidatina aisyah r.a (mafhumnya), apabila masuk sepuluh malam terakhir ramadhan, rasulullah akan menguatkan ikatan kainnya.

Menguatkan ikatan kain di sini merupakan kiasan arab yang bermaksud membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Jika kita lihat orang melayu pun, apabila nak turun ke bendang, kita akan kuatkan ikatan kain kita, kita ketatkan seluar, kita senseng (menyinsing) lengan kita sebelum kita memulakan kerja-kerja bendang dengan bersungguh-sungguh.

Jadi, kita dapat lihat daripada mafhum hadis tadi bahawa rasulullah menghidupkan sepuluh malam terakhir ramadhan dengan begitu bersungguh-sungguh, daripada mulanya hinggalah ke malam yang terakhir. Rasulullah juga membangunkan ahli-ahli keluarganya untuk bersama-sama menghidupkan malam-malam tersebut kerana di sana ada satu malam yang begitu bernilai yang dihadiahkan Allah yang ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan.


Kenapa nak kena cari/dapatkan Lailatul Qadar?

Cuba bayangkan, dengan beribadat dalam beberapa jam pada malam tersebut, ganjarannya sama seperti beribadat selama 83 atau 84 tahun. Sedangkan kita umat nabi Muhammad, rata-rata umurnya 60-70 tahun sahaja. Tidakkah kita berasa tamak, bersemangat, berkobar-kobar, berlumba-luma untuk mengejar ganjaran tersebut? Tapi, malam yang mana satu?


Lailatul Qadar malam yang mana satu?

Lailatul Qadar adalah satu malam yang dirahsiakan tarikh waktunya. Para ulama berselisih pendapat dalam menentukan tarikh Lailatul Qadar. Ada yang mengatakan malam ke-21, ada yang kata malam ke-23, ada juga yang kata malam ke-15, ada pulak yang kata malam ke-27, ada yang kata 10 malam terakhir, ada pula yang kata 7 malam terakhir, ada yang mengatakan tiap-tiap tahun tarikhnya berubah-ubah, dan ada yang kata pada malam-malam yang ganjil (bukan genap).

Begitu banyaknya pandangan dan pendapat ulama, saya lebih suka untuk berpegang pada pandangan yang mengatakan 10 malam terakhir kerana ianya bersandarkan hadis yang sahih dan secara rasionalnya tempohnya adalah yang paling lama dan merangkumi pandangan-pandangan ulama yang lain.


Bila mulanya 10 malam terakhir?

Namun, ramai yang mungkin terlepas pandang atau tersalah faham. 10 malam terakhir bukan semestinya bermula pada malam yang ke-21. Memang kalau kita kira daripada 21 hingga 30, maka cukup lah sepuluh malam kesemuanya. Tapi kita kena ingat bahawa bulan ramadhan adakala 29 hari sahaja dan adakala 30 hari.

Jadi, sekiranya bulan ramadhan itu 30 hari, maka 10 malam terakhir bermula pada malam yang ke-21. Tetapi sekiranya bulan ramadhan itu hanya 29 hari sahaja, seperti pada kali ini, maka 10 malam terakhir bermula pada malam yang ke-20.


Mengapa 10 malam? Mengapa tidak yang ganjil sahaja?

Malam-malam yang ganjil (bukan genap) tidak dapat dipastikan. Samada perkiraan ganjil itu pada tarikhnya iaitu 21, 23, 25, 27, 29 ramadhan atau perkiraan ganjilnya pada 10 malam terakhir tersebut iaitu malam 1, 3, 5, 7, 9.

Hal ini menunjukkan, sekiranya kita benar-benar ingin mendapatkan lailatul qadar (bukan sekadar mencari), tidak boleh tidak, mesti kita hidupkan 10 malam terakhir.


Antara ibadat-ibadat untuk menghidupkan 10 malam terakhir tersebut adalah:

Iktikaf - berada di masjid dengan niat iktikaf mula daripada masuknya waktu maghrib sehinggalah ke subuh esoknya.

Qiamullail – bangun malam untuk mengerjakan solat-solat sunat. Antara solat-solat sunat yang boleh dilakukan ialah solat sunat tahajjud, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, dan solat sunat witir. Boleh dilakukan sendiri-sendiri atau berjemaah.

Membaca al-Quran – masa inilah boleh kita pecut untuk membaca al-Quran dengan banyak untuk khatam. Cubalah untuk khatam sekali dalam bulan ramadhan.

Selain itu, banyakkanlah beristighfar (astaghfirullah), bertasbih (subhanallah), bertahmid (alhamdulillah), bertakbir (allahu akbar), bertahlil (lailahaillah), berzikir munajat. Malah, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah. Moga-moga apa yang dihajati dimakbulkan.


Wallahu a’lam

p/s: Bangun malam untuk buat assignment, niatkanlah untuk menuntut ilmu. Moga-moga beroleh ganjaran daripada Allah.