Search This Blog

Demam EURO 2008 - Pemain Muslim EURO 08

Written on 10:17 PM by WhoSign

1.Ibrahim Afellay

No jersi: 20
Posisi: Tengah menyerang / penyerang kedua
Tarikh Lahir: 2 April 1986
Negara: Belanda (berketurunan Maghribi)

Pemain berusia 22 tahun ini dianggap sebagai pemain paling berbakat dalam bola sepak Belanda. Pemain tengah yang kreatif ini telah memulakan karier bola sepak di kelab PSV Eindhoven pada 5 tahun lepas dan merupakan salah seorang pemain yang cemerlang musim ini dengan membawa PSV memenangi kejuaraan Eridivisie. Afellay telah memenangi 4 kejuaraan Erividisie berturut-berturut bersama kelab PSV Eindhoven dan telah dicalonkan sebagai pemain paling berbakat di Belanda bagi tahun 2006/07.


2. Robin Van Persie

No Jersi: 7
Posisi: Penyerang /Sayap Kiri
Tarikh Lahir: 6 Ogos 1983
Negara: Belanda
(Memeluk agama Islam selepas tertarik dengan rakan-rakan berketurunan Maghribi ketika kecil dan isteri)

Pemain tampan yang mempuyai sepakan kaki kiri yang hebat ini telah menghabiskan 2 musim terakhir di kelab Arsenal dengan dibelenggu kecederaan dan hanya membuat 13 penampilan dalam liga perdana Inggeris bersaman The Gunners pada musim 07/08. Walaubagaimanapun, Persie dijangka menyinar bersama jersi Oren di dalam kejohanan EURO ini. Persie memenangi Piala FA pada musim pertamanya; membantu Arsenal mara ke perlawanan akhir Liga Juara-jaura Eropah pada tahun berikutnya tetapi tidak beraksi di perlawanan akhir ketika bertemu Barcelona akibat daripada kecederaan. Memainkan peranan penting dalam kempem permulaan kelayakan dengan meyumbat 4 gol daripada 3 perlawanan untuk Belanda sebelum dilanda kecederaan.


3. Khalid Boulahrouz

No Jersi: 21
Posisi: Bek Kanan / Bek Tengah
Tarikh Lahir: 28 Disember 1981
Negara: Belanda (berketurunan Maghribi)

Merupakan pemain yang terakhir digugurkan oleh Marco Van Basten, tetapi menadapat panggilan semula ke dalam skuad selepas Ryan Babel manarik diri akibat kecederaan. Memulakan karier profesional di kelab RKC Waalwijk di bawah kendalian jurulatih, Martin Jol. Bermain dalam kesebelasan utama Belanda pada Piala Dunia 2006, tetapi telah dibuang padang ketika bertemu dengan Portugal. Boulahrouz menyertai Chelsea selepas Kejohana Piala Dunia tetapi tidak mendapat tempat dalam kesebalasan utama dan telah dipinjam ke kelab Sevilla. Malangnya, Boulahrouz telah mengalami kecederaan serius pada bulan November yang mengakibatkan musimnya telah berakhir.

4. Samir Nasri

No Jersi: 11
Posisi: Tengah Menyerang
Tarikh Lahir: 26 Jun 1987
Negara: Perancis ( berketurunan Algeria)

Samir Nasri telah menghabiskan 4 musim bersama kelab Olympique de Marseille dimana dia telah digelar sebagai "Zinedine Zidane baru". Pemain muda berbakat ini telah memenangi anugerah Pemain Paling Berbakat dalam Ligue 1 bagi tahun 2006/07. Nasri telah menjaringkan gol antarabangsa pertama ketika penampilanya yang ke-3 bersama Perancis- gol tunggal perlawanan ketika bertemu Georgia di Auxerre.

5. Karim Benzema

No Jersi :9
Posisi: Penyerang
Tarikh Lahir: 19 Disember 1987
Negara: Perancis (berketurunan Algeria)

Binatang baru dalam bola sepak Perancis, Karim Benzema telah menikmati musim yang menakjubkan bersama kelab Olympique Lyon. Benzema telah menjaringkan gol dalam debutnya bersama pasukan Perancis ketika bertemu Austria, hanya selepas 7 minit dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Djibril Cisse. Walaupun sering dibandingkan dengan Zinedine Zidane-kerana wajahnya dan keturunanya yang berasal daripada Algeria, tetapi Benzema lebih mirip kepada pemain Brazil, Ronaldo, terutama cara dia melarikan bola dengan kepantasannya.

6. Lassana Diarra

No Jersi: 21
Posisi: Tengah Bertahan
Tarikh Lahir: 10 Mac 1985
Negara: Perancis (berketurunan Mali)

Bekas pemain bintang pasukan bawah 21 Perancis telah menagalami naik turun dalam karier pada usia muda. Diarra telah menyertai Chelsea pada Julai 2005 pada usia 20 tahun, tetapi oleh kerana persaingan yang begitu sengit, Diarra jarang mendapat tempat di dalam kesebelasan. Diarra kemudiannya menyertai Arsenal pada Ogos 2007, tetapi menghadapi masalah yang sama sebelum menyertai Portsmouth di pertengahan musim. Memainkan peranan penting dalam membantu Portsmouth menjulang Piala FA.



7. Frank Ribery

No Jersi: 22
Posisi: Sayap Kanan
Tarikh Lahir: 7 April 1983
Negara: Perancis (mempunyai isteri yang berketurunan Algeria)

Pemain penting dalam skuad Perancis. Ribery menjaringkan gol antarabangsa pertama ketika pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2006 dan mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama hingga ke perlawanan akhir. Menyertai Bayern Munich pada tahun 2007 dengan memecahkan rekod perpindahan kelab tersebut (26 million) dan menjadi inspirasi kepada kemenangan treble Bayern musim ini (Bundesliga, DFB Pokal, Piala Liga)

8. Nicolas Anelka

No Jersi: 8
Posisi: Penyerang
Tarikh Lahir: 14 Mac 1979
Negara: Perancis (memeluk agama Islam)

Sering bermasalah di peringkat kelab menyebabkan kehilangannya dalam skuad Perancis dalam tempoh yang agak panjang sehinggalah raymond Domenech memanggilnya menyertai skuad perancis untuk perlawanan kelayakan EURO 08. Penyerang berbakat ini telah meninggalkan Arsenal pada 1999 untuk ke Real Madrid yang menjadikanya pemain termahal kelab itu pada masa tersebut. Bagaimanapun, Anelka tidak dapat menyesuaikan diri dan menyertai kelaba lamanya, Paris St. Germain. Kemudiannya, Anelka telah menyertai 4 kelab Inggeris-Liverpool, Manchester City, Bolton Wandererers dan yang terbaru, Chelsea. Kombinasi semua perpindahanya adalah sebanyak 108 juta, menjadikannya pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak.

9. Eric Abidal

No Jersi: 3
Posisi: Pertahanan Kiri
Tarikh Lahir: 11 September 1979
Negara: Perancis

Bermain unutk kelab As Monaco dan Lille sebelum berpindah ke kelab Olympique Lyon pada tahun 2004 dan memenangi hatrik kejuaraan Ligue 1. Menyertai Barcelona dengan bayaran kira-kira 15 juta dan bermain 11 kali dalam pusingan kelayakan EURO 08-semuanya sebagai pemain utama.

10. Lilian Thuram

No Jersi: 15
Posisi: Pertahanan Tengah / Kanan
Tarikh Lahir: 1 Januari 1972
Negara: Perancis

Pemain paling berpengalaman dan paling banyak mempunyai cap antarabangsa dalam skuad Perancis. Kapten Perancis ini juga merupakan pemegang rekod sebagai pemain paling banyak beraksi dalam kejohanan EURO ( EURO 96, 00, 02, 04, 06) dan juga telah bermain dalam 3 Piala Dunia. Telah bersara pada selepas kejohanan Euro 2004, tetapi kembali semula ke dalam skuad Perancis setahun kemudian. Memulakan karier di kelab AS Monaco, sebelum menghabiskan 10 tahun di Itali ( 5 tahun bersama kelab Parma, 5 tahun bersama kelab Juventus), sebelum menyertai Barcelona.

11. Zlatan Ibarahimovic

No Jersi : 10
Posisi: Penyerang
Tarikh Lahir: 3 Oktober 1981
Negara: Sweden ( Ibubapa berketurunan Bosnia)

Permata Sweden ini telah menunujukkan bakatnya ketika berpindah ke kelab Ajax Amsterdam (rekod perpindahan pemain Sweden-7.8 juta) dengan memenangi kejuaraan domestik berganda pada tahun pertamanya. Menyerlah pada kejohanan Euro 2004 dengan menjaringkan 2 gol termasuk gol penyamaan ketika bertemu Itali. Menyertai kelab Juventus selepas kejohanan tersebut dan memenangi 2 kejuaraan Scudetto, tetapi ditarik balik kerana skandal mengatur penipuan. kemuadian menyertai Inter dan membawa Inter memgekalkan kejuaraan Scudetto dua kali kedua berturut-turut.

12. Rami Shaaban

No Jersi: 12
Posisi: Pengaja Gol
Tarikh Lahir : 3 Oktober 1981
Negara: Sweden (Berketurunan Mesir)

Rami Shaaban bermain dengan baik di peringkat kelayakan EURO 08 dengan hanya melepaskan 2 gol daripada 4 perlawanan. Berketurunan Mesir daripada sebelah bapa, Rami Shaaban memulakan karier bersama kelab Zamalek, ketika masih menuntut di Universiti di Kaherah. kemudiannya, menyambung karier di kelab bahagian dua liga Sweden, FC Nacka sebelum berpindah ke kelab Djurgarden. Seterusnya, berpindah ke kelab Arsenal pada tahun 2002. Kini, Rami Shaaban bermain dengan kelab Hammarby.

13. Hakan Yakin

No Jersi: 10
Posis: Tengah Menyerang
Tarikh Lahir: 22 Februari 1977
Negara: Switzerland (Berketurunan Turki)

Hakan Yakin adalah adik kepada bekas pemain pertahanan Swizerland, Murat Yakin. Pemain perancang yang mempunyai kekuatan pada kaki kirinya ini telah 4 kali memenangi kejuaraan liga Switzerland. Kini bersama kelab Young Boys, selepas berpindah daripada kelab Galatasaray dapa tahun 2005. Pakar dalam sepakan bola mati dan dianggap oleh peminat-peminat Switzerland sebagai seorang pemain yang proaktif.

14. Ramazan Ozcan

No Jersi: 23
Posisi: Penjaga Gol
Tarikh Lahir: 28 Jun 1984
Negara: Austria (Berketurunan Turki)

Pemain yang dipanggil pada saat-saat akhir oleh jurulatih, Josef Hickersberger bagi menggantikan pemain yang cedera. Bermain cemrelang membantu kelab TSG 1899 untuk naik ke Bundesliga. Ozcan telah bermain sebanyak 23 kali untuk skuad bawah 21 Austria, tetapi masih belum membuat penampilan pertama dalam peringkat senior.

15. Umit Korkmaz

No Jersi: 11
Posisi: Sayap Kanan / Kiri
Tarikh Lahir: 17 September 1985
Negara: Austria (Berketurunan Turki)

Pemain tengah yang kecil dan bersemangat ini telah dipanggil menyertai skuad Austria setelah membantu kelabnya, Rapid Wein menjuarai liga Austria. Pemain yang mempunyai skil menggelecek ini telah membuat debut pertama ketika perlawanan persahabatan menentang Nigeria pada hujung bulan Mei lepas.


*Setakat ini sahaja info yang dapat dikongsi. Pemain-pemain negara Turki tidak termasuk dalam senarai 15 pemain ini.


______________________________________

“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”


Daisypath Anniversary tickers