Search This Blog

Objektif dan Matlamat

Written on 3:05 PM by WhoSign


Suasana di IPGM KAMPIS sekarang hangat dengan Pilihan Raya Kampus. Pembubaran JPP pada beberapa hari yang lepas akan disusuli dengan pencalonan ahli baru pada esok hari.


Kali ini tak nak la masuk jadi calon. Bukan sebab dah serik dengan tahun lepas. Yang tahun lepas tu pun masa manifesto, tak tersampai apa yang nak dicakap sebab ikut pandangan orang. Jadi, kalau difikir-fikir, tahun ni nak masuk and nak cakap ikut apa yang terkandung dalam hati.


tapi, tak jadi lah nak masuk. Sebabnya? Orang-orang yang terdekat je la tahu sebabnya kot. Yang makan setalam. Yang duduk sebilik.


Namun begitu, kat sini nak cerita sal objektif dan matlamat.


Tak kira la, dalam kita buat sesuatu, sebelumnya ke semasa ke selepas ke, objektif dan matlamatnya perlu jelas. Kita perlu berpegang pada objektif dan matlamat asal kita. Kalau objektif dan matlamat kita tu salah, maka betul betul kan lah.


Terkadang, kita memang ingat sangat kita punya objektif dan matlamat, tapi tanpa kita sedar perlakuan atau perlaksanaan yang kita buat tidak ke arah objektif dan matlamat tersebut langsung, atau sebenarnya semakin jauh tersasar. Maka, check la semula sekiranya dah berada kat tengah-tengah. Tapi kalau masih belum mula lagi, fikir lah masak-masak, perlu terlibat atau sebaliknya.


Untuk fikir masak-masak, salah satunya ialah sejauh mana kita bermanfaat atau dapat manfaatkan apa yang kita nak buat tu.


Contohnya, antara kerja dakwah dan komitmen setempat. Fikir-fikirkan kepentingan antara keduanya, yang mana satu kita dapat sumbangkan lebih, dapat kita manfaatkan lebih, dan dapat mendatangkan manfaat kepada sesuatu yang lebih besar.


Apa pun, sesapa yang tercalon, menjadi calon, dipilih untuk mencalonkan diri, buatlah yang terbaik, seikhlas mungkin, dan jangan lupa kalau boleh cuba jadikan mardhotillah sebagai objektif dan matlamat utama.


Wallahu a’lam



Daisypath Anniversary tickers