Search This Blog

Apabila Anda..

Written on 10:24 PM by WhoSign



Apabila
anda..




O0O= Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah.. anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

O0O= Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

O0O= Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

O0O= Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

O0O= Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

O0O= Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

O0O= Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

O0O= Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

O0O= Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

O0O= Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

O0O= Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia.. satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

O0O= Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.



Takde Izzah

Written on 10:05 PM by WhoSign


“Assalamualaikum warahmatullah”

Seusai solat itu, tok guru ku sudah duduk di sisi. Bersama dengannya segelas air teh tarik, tapi tak tarik la.. doa ku pohon, muka ku raut, segelas air itu pun dihulur kepada ku. Tanpa segan silu, ku terima dan terus ku habiskan.. huhu

“habis?”

“takpe.. amik lagi..”

Selepas secawan dua ku habiskan lagi, baru ku isi dan hulurkan kembali kepada insan yang ku anggap seperti tok guru. Seteguk dua je pun dia minum dan akhirnya disuakan kepada ku semula.

Cawan ku letak..

“kaif dirasah?” (lebih kurang camtu bunyi nye)

“alhamdulillah.. ok”

Dah lama tak luangkan masa. Malam tu kami duduk berbual bersama-sama dengan dua orang lagi rakanku. Tok guru ku berbahasa arab, dan aku hanya menganggukkannya. Bukan angguk mengantuk atau angguk buat-buat faham, tapi, memang ku hadam setiap butir-butir katanya. Cuma, apa yang inginkin ku reply, hanya tersekat di minda. Tertapis, hanya sepatah dua sahaja yang terlafaz. Dalam arab.

“camna sorof dan balaghah?” (lebih kurang camtu terjemahnya)

“Fahimtu.. walakin albalaghah su’bah min sorof..” (boleh la faham apa yang belajar tu.. Cuma balaghah tu lagi susah daripada sorof.. -terjemahan)

Bla.. bla.. bla.. kalau kat tempat lain, senang jer dua benda tu. Kenapa kat malaysia ni susah? Kenapa kamu rasa susah? Kan kamu guru bahasa arab. Lebih kurang begitu isi yang disampaikannya.

“kamu semua sebagai guru bahasa arab, tetapi kamu tak cakap arab.. tak mengamalkannya..”

..... perbualan diteruskan.

“camne ntah..”

Beberapa kali dua patah itu yang keluar dari mulut. Tak tahu nak wat camne nak bagi reti cakap arab.

“tu la.. kita ni takde izzah dengan bahasa arab ni..” (memang kali ni dia cakap melayu)

Tertunduk kepala. Mungkin benar kata tok guru. Dan aku rasa memang benar. Takde izzah. Takde rasa nak mengagungkan bahasa arab ni. Takde rasa izzah untuk mengamalkannya. Takde izzah untuk bertutur dalam bahasa arab. Biarpun sikit. Biarpun yang mudah-mudah. Malu! Malu sebagai guru bahasa arab. Ah! Kenapa guru bahasa arab? Ustaz! Ustaz bahasa arab! Dua kali takde izzah.. takde izzah dengan bahasa arab! Takde izzah jadi ustaz!

Apa nak jadi??

“jadi.. kena la amalkan. Biar la orang nak jawab dengan bahasa apa pun kalau kita cakap arab.. nak jawab dalam melayu ker, bahasa inggeris ker.. yang penting kita amalkan.. kita praktikkan cakap arab.”

Dengan nasihat dan tekad untuk cuba praktikkan, masing-masing pun berangkat meminta diri..

Hmm.. tu baru tak de izzah dengan bahasa arab.. tak de izzah nak jadi ustaz.. jangan yang ketiga; tak de izzah dengan cara hidup islam.. na’uzubillah..


ya Allah.. datangkanlah izzah itu......


Daisypath Anniversary tickers