Search This Blog

Pengkid di Haram kan

Written on 4:02 PM by WhoSign

KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.

‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.

Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.


Demonstrasi Bantah Fatwa








1- pengkid tu memang dah haram, baru keluar fatwa..
2- apakah tindakan susulan selepas fatwa dikeluarkan?
3-apa nak jadi remaja2 ni.. dah ler pengkid, lawan hukum pulak..

Berhakkah Rakyat Persoalkan Kontrak Sosial?

Written on 9:58 PM by WhoSign

MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menyatakan rakyat berhak mempersoalkan kontrak sosial sekiranya wujud kepincangan dalam pelaksanaannya.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan menegaskan tidak ada siapa pun di negara ini yang berhak mempersoal peringatan raja-raja Melayu berhubung kedudukan orang Melayu dan agama Islam.

Apa kata dan pandangan anda?

Turun Naik Harga - Anda Terkesan?

Written on 2:30 PM by WhoSign

La ni harga minyak turun lagi.. hari tu melambung banyak, sekarang turun sikit2.. alhamdulillah.. cuma, harga barang tak turun2..

yang takde tanggungan, takde la terasa.. tapi kalau yang duk sewa umah, makan sendiri, hutang motor, maintainance, bil telefon, ada anak-anak, elaun tak besar, gaji tak banyak, ha tau la terasa ke tak terasa..


Bagaimana Ramadhan & Syawal Anda?

Written on 2:31 PM by WhoSign

Kongsi cerita dan pengalaman anda ketika di bulan ramadhan & syawal di sini..

Readers' Feedback

Written on 11:27 PM by WhoSign

Leave your feedback for this blog here..
Moga dapat berkongsi manfaat bersama..

Terima kasih..
Thank You..
Syukran..
Arigato..
Tochey..