Search This Blog

Sebuah Tulisan Buat Hadiah 1st Anniversary

Written on 8:33 AM by WhoSign

Setahun sudah berlalu aku mendirikan rumahtangga.. saat anniversary tiba aku terpaksa meninggalkan isteri tercinta demi sesuap nasi.. buat isteriku, tiada hadiah yang dapat abang berikan buat ulangtahun perkahwinan kita yang pertama ini.. terimalah sebuah tulisan ini sebagai kenangan..

______

Kerana Kau Zaujati


Setahun telah berlalu,
Dikau berada di sisiku,
Diteman mesra selalu,
Bila berjauhan terasa rindu..
Kini setahun masih terasa mekar,
Kerana faham kadang masih tertukar,
Inilah dikata indah cinta kemudian bertamu,
Pabila nikah mula didahulu..

Kini setahun ku masih melihat,
Di sebalik kelembutan ada jiwa yang kuat,
Dalam pengorbanan biarpun penat,
Tanggungjawab sentiasa terbuat,
Walau engkau bergelar ukhti,
Di jalan Allah engkau menjadi dai,
Kepada zauj tetap berbakti,
Kerana engkau zaujati..


Setahun ini cuma kadang ku rasai,
Sesaknya dalam ombak tinggi,
Beratnya roda di bawah sekali,
Apabila dirimu dirajai emosi,
Ku tahu pujuk rayu yang kau cari,
Kau tahu belai manja kan ku beri,
Dalam sabar ku terpikat hati,
Kerana kau zaujati..

Setahun dan selalu syukur ku pada Allah,
Kerna kau tahu redhaku redhalah Allah,
Biarpun rumahtangga dengan lumrahnya,
Biarpun kita kadang dengan fitrah manusia,
Redha dan sayangku kan tetap tercurah,
Kerana kau zaujah solehah..

_____



Juga terima kasih sayang buat tulisan yang sayang berikan abg ni.. abg sangat terharu..



KHAS BUAT SUAMI TERCINTA

Buat Suami ku…..
Sayang mengutus sajak buat abang
Sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan
Menjadi zaujah kepada seorang mujahid
Yang tidak pernah gentar akan segala dugaan
Kekuatan mu menjadi sumber inspirasi ku
Kebijaksanaan mu menjadi panduan untuk ku
Kelebihan mu menjadi pelengkap hidup ku
Kerana aku di ciptakan menjadi zaujah mu..

Suami ku,
Saban hari ucapan maaf ku tuturkan
Setiap hari banyak dosa yang aku lakukan
Namun…kau seorang zauj yang penyabar
Engkau tidak pernah mengeluh
Sabar dengan kerenah zaujah mu..

Zauj ku,
Setelah setahun bersama
Aku di layan seperti puteri raja
Di tatang bagai minyak yang penuh
Aku ‘membesar’ dengan kasih sayang yang cukup
Malah di manjakan seperti anak kecil
Yang baru belajar mengenal erti kehidupan
Engkau tidak pernah meninggikan suara
Apatah lagi me’naikkan’ tangan
Aku bahagia di samping mu

Zauj ku,
Setelah setahun melayari bahtera rumah tangga
Suka duka telah kita lalui bersama
Aku mula belajar erti pengorbanan seorang mujahid
Aku mula belajar pengorbanan seorang isteri
Aku mula menghargai pengorbanan seorang suami
Yang tidak pernah berputus asa mencari nafkah
Memberi yang terbaik untuk zaujah mu..

Abang,
Terima kasih atas segala pengorbanan
Masa, tenaga, wang ringgit
Tidak akan aku sia-siakan
Semoga aku di beri peluang
untuk berkhidmat kepada mu
sehingga akhir hayat ku..

Suami ku,
hanya sajak ini yang mampu aku nukilkan
buat zauj ku yang tersayang
sebagai tanda terima kasih
dan kesyukuran menjadi zaujah mu..

Zauj ku,
Semoga kita tidak lupa untuk bersyukur
atas segala kurniaan yang ALLAH berikan ini
semoga kita sekeluarga sentiasa dalam rahmatNYA
semoga kita di kurniakan cahaya mata
yang soleh dan solehah, bijak, sihat, sempurna
dan menjadi mujahid seperti mu
menjadi pengikat kasih antara kita

insyALLAH…….

Zauj ku,
Terimalah sajak ini
Sebagai hadiah
Sempena ulang tahun perkahwinan kita

Yang pertama…………