Search This Blog

E Numbers: Kebanyakannya Kalau Tak Haram Pun, Syubhah..

Written on 9:23 AM by WhoSign


.

Isu halal haram bukan sekadar isu biasa, tidak seperti isu politik yang hangatnya pada masa-masa tertentu.. halal haram tidak seharusnya dipandang enteng oleh muslim kerana apa yang kita makan menjadi darah daging kita..

Berikan perhatian dan ingatlah sabda-sabda nabi muhammad s.a.w berkaitan halal haram ini:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan Sdengan makanan yang haram? Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:

Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau. Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.


Check la makanan yang kita makan sehari-hari, terutama makanan-makanan dalam bungkusan yang telah diproses. apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita, kemudian dengan darah daging itulah kita akan beranak pinak. maka tidak mustahillah kalau anak bangsa kita rosak-rosak sebab ibu bapanya tidak mengambil berat langsung tentang pemakanan, terutama dari segi kehalalan dan keharamannya.

realitinya.. sebelum ini saya hanya mendengar-dengar tentang cadbury yang diragukan statusnya.. saya hanya bertekad untuk menjauhinya. hinggalah pada suatu hari yang bermakna, saya terpaksa membeli salah satu produk cadbury untuk orang. alhamdulillah, Allah memberikan peringatan melalui salah seorang saudara saya. berat jugak untuk terima. hampir-hampir saya mengambil langkah mudah dengan "meyakinkan" diri dengan logo halal jakim yang ada pada produk cadbury tersebut. namun, akhirnya saya merajinkan diri untuk search di internet.

Isunya ialah di dalam kandungan produk tersebut terdapat ramuan yang bermula dari E numbers (cth E476, E904 dan lain-lain) E476 adalah ekstrak daripada samada tumbuhan atau haiwan manakala E904 memang ekstrak daripada haiwan. seperti yang kita maklum, ekstrak daripada tumbuhan adalah dibolehkan tetapi tidak bolehkan ekstrak daripada haiwan. justeru, dalam kes ini E476 dalam produk tersebut membawa kepada syubhah dan E904 jelas-jelas membawa kepada haram. tetapi mengapa ada logo halal JAKIM? tanyalah JAKIM kalau rajin, kalau tak rajin jangan makan produk yang ada E*** seperti tersebut.

Kebanyakan produk cadbury mempunyai ramuan E numbers. dan yang terbaru saya perasan (dapat dari email) ramuan pada coklat crispy juga ada E numbers.

Selain daripada status halal / haram, mungkin boleh jugak disentuh dari segi kesihatan..

Unsuitable E Numbers

  • E120 – cochineal
  • E140 – chlorophyll
  • E141 – copper phaeophytins
  • E252 – potassium nitrate
  • E422 – glycerol/glycerine
  • E430 – polyoxyethelene (8) stearate
  • E431 - polyoxyethelene (40) stearate
  • E433 – polysorbate 80
  • E470 – sodium salts
  • E471 – glyceryl monosterate
  • E472a – acetic esters of fatty acids
  • E472b - lactic esters of fatty acids
  • E472c - citric esters of fatty acids
  • E472d - tartaric esters of fatty acids
  • E472e - acetyltartaric esters of fatty acids
  • E473 – sucrose esters
  • E474 – sucroglycerides
  • E475 - polyglycerol esters of fatty acids
  • E476 - polyglycerol polyricinoleate
  • E477 - propylene glycol esters
  • E478 - lactylated glycerol esters
  • E491 - sorbitan monostearate
  • E492 - sorbitan Tristearate
  • E494 - sorbitan mono-oleate
  • E542 - edible bone phosphate
  • E570 – stearic acid
  • E572 – magnesium stearate
  • E631 – sodium 5 inosinate
  • E635 – sodium 5 ribonucleotide
  • E904 - shellac

  • E470 to E483 – these emulsifiers can be halal, unless they are obtained from pork or non-halal meat sources.
  • E542 – edible bone phosphate. This isn’t halal if it comes from pork or non-halal sources.
  • E422 – glycerol or glycerine. This can be halal, unless it is obtained from pork or non-halal meat sources.


so, it can be halal and can be non-halal... tapi kalau tak dinyatakan sumbernya, it become syubhah, then it should be strongly avoided.


sources:

Food info.net: E476
Food info.net: E904
E numbers not suitable for halal diet
E471-E479 can be of animal origin
Wikipedia: E-numbers
Food additive: E-numbers
UK Food Guide: E-numbers


Daisypath Anniversary tickers