~Selamat Hari Raya Aidilfitri~
Written on 12:51 AM by WhoSign
1 oKToBeR 1 SYaWaL,
3 KuRuN BaRu BeRLaKu,
SaLaM LeBaRaN DiuCaP aWaL-aWaL,
TuLuS iKHLaS TaNDa iNGaTaN SeLaLu ..
~SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi
MaaF ZaHiR & BaTiN~
Posted in Lain-lain | 0 comments
____________________________________________________________________________
Tapi la ni yang kita nak cerita ialah pasal mercun.. kat tajuk tu bunyi mercun la tu.. macam-macam bunyi ada.. macam sudah tak boleh nak dipisahkan raya dengan mercun..
“ada apa dengan mercun?” Terbaca status seorang rakan di ym tadi begitu bunyinya. Mungkin dia ada maksudnya yang tersendiri di sebalik kata-kata tersebut. But, when the senses combined, ada apa dengan mercun... lets see, feel, and think....
Biasanya, mercun dan bunga api dikaitkan dengan perayaan orang cina seperti tahun baru cina. Mengikut kepercayaan orang cina dahulu, mercun dan bunga api dimainkan adalah untuk menghalau hantu, puaka, dan roh-roh jahat.
Jadi, apakah kebudayaan orang cina ini telah menyerap masuk dalam kebudayaan orang melayu dan diasimilasikan ketika tibanya hari raya? Adakah orang melayu dahulu percaya apabila kita main mercun di ambang raya ini maka dapat menghalau hantu raya, hantu pocong, hantu galah, dan hantu-hantu lain?
Heher.. saya percaya ianya tidak begitu. Kalau benar pun begitu dahulu, zaman sekarang ni pulak tidak akan ada di rumah-rumah, seorang ayah menyuruh anaknya.... “anak, pergi main mercun tu halau hantu-hantu.” Dengan erti kata lain, mercun-mercun dimainkan oleh orang melayu bukanlah kerana kerpercayaan untuk menghalau hantu, atau puaka. Bahkan, selalunya mercun-mercun ni la yang dimainkan oleh hantu-hantu. Hantu mercun..
Orang kata, dengan mercun-mercun dan bunga api ini baru la menjadikan suasana hari raya lebih meriah. Namun begitu, beberapa aspek perlu diambil kira.
Setiap sesuatu yang tidak ada dalil yang memberikan hukum kepada perkara tersebut, maka ia adalah harus. Begitulah bermain mercun dan bunga api ini pada asalnya. Namun, apabila situasi-situasi tertentu berlaku, maka ia boleh jadi haram atau berdosa.
1. mendatangkan mudharat kepada pemain
Apabila mercun / bunga api tersebut boleh mendatangkan kemudharatan dan keburukan kepada pemain, maka ia boleh jadi haram. Ini kerana kita dilarang menzalimi diri dan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri. Dengan erti kata lain mercun-mercun yang berbahaya dan meriam adalah seeloknya tidak dimainkan kerana dikhuatiri boleh memudharatkan diri seperti mana kes-kes yang telah berlaku. Kalau mercun bawang atau mercun pop pop tu, boleh jer. Bunga api pun yang biasa-biasa tu pun kalau tak berbahaya boleh la main.
2. mengganggu ketenteraman awam
Hal ini lebih kepada mereka yang tinggal di kawasan perumahan dan berdekatan dengan rumah-rumah jiran. Mungkin kita sekadar ingin merasai kemeriahan raya dengan bermain mercun, namun mungkin juga orang lain boleh terganggu, terkejut, kena heart attack, kerana bunyi letupan mercun yang memekakkan. Apabila hal ini boleh berlaku, maka seeloknya kita elakkan. Selain dalam alquran, nabi pun amat menekankan tentang hal kejirananan. Jangan kerana kemeriahan yang dicari, kemurkaan yang didapati, kemurkaan daripada Allah dan daripada jiran.
3. pembaziran
Sebenarnya, bermain mercun ni pun boleh dikira sebagai satu pembaziran. Macam bakar duit je. Sepatutnya malam-malam raya dihidupkan dengan mengingatiNya dan menziarahi jiran tetangga. dan orang-orang yang membazir ini disebutkan di dalam al-quran sebagai saudara syaitan. Siapa syaitan tu? Saudara andakah?
Kemaafan kan diberi di syawal, keampunan diberi ketika ramadhan, jangan la disia-siakan dengan sesaat pom!! dam!! boom!! Wooiii nanti yg dapat..
Wallahu a’lam
______________________________________
Posted in Isu-isu | 0 comments
Malam ni entah kenapa ku terfikir lagi perkara itu.. dan setiap kali itu juga, ku terfikir, sudah bersedia kah aku? Sudah bersediakah si dia? Dan yang pastinya, masih banyak lagi perkara yang belum ku sediakan lagi.. hmm..
__________________________________
Ketepikan hal tu dulu.. bukan itu topik utama yang ingin ku bicarakan dalam post ini..
Seperti biasa, selepas lapan rakaat tarawikh aku kan berundur diri.. ku berehat di belakang sekali, bersandar di dinding sambil memerhatikan satu platon hamba yang sama gerak ruku’ dan sujudnya, tegak berdirinya, serentak salamnya, walaupun ketuanya tidak sedikit pun mengerling apatah lagi berpaling ke arah mereka kecuali setelah salam. Itulah disiplin yang paling tinggi, ketika insan muslim mengerjakan solat berjemaah.
Kelihatan juga beberapa kanak-kanak yang bermain-main sesama mereka. Biasalah kanak-kanak. Bagus jugak parents mereka bawak mereka ke masjid, sekurang-kurangnya mereka terdidik dan terbiasa dengan solat jemaah dan solat tarawikh. Berbanding jika difikirkan anak-anak yang terbiar di luar sana. Entah apa la nak jadinya.
Seorang kanak-kanak merangkak berhampiran. Dipandang tajam oleh dua orang tua yang berlalu di situ.
“christiano ronaldo..!” ku panggil perlahan, merujuk pada nama yang tertera pada jersi yang dipakainya. Ku menepuk karpet di sebelah kanan ku, isyarat menyuruhnya menghampiri ku.
“assalamualaikum..”
“waalaikumussalam..” jawabnya.
“siapa nama?” ku mulakan bicara.”
“danial.”
“sekolah darjah berapa?”
“darjah tiga”
“oo.. datang dengan siapa ni?”
“dengan ayah”
“ayah yang mana?”
“ayah tengah sediakan kuih untuk nanti..”
“oo.. untuk moreh..”
Ku berbicara dengan danial macam dah lama kenal. Datang pula seorang rakannya. Ku tanyakan perkara yang sama kepadanya, nama dan tahun berapa. Sekali tengok macam polis sedang soal siasat penjenayah, tengok dua kali macam wartawan tengah temuramah, tengok tiga kali rupanya bual-bual biasa je. Nama rakannya syazwan, darjah tiga. teringat aku pada dua orang classmate ku yang juga turut serta solat berjemaah tadi, sama namanya.
“erm.. puasa tak tadi?” ku ajukan soalan kepada mereka berdua.
“puasa.”
“puasa penuh tak?” ku tujukan pada danial, kemudian pada syazwan. Dua-dua puasa penuh. Tidak pernah ponteng lagi.
“kat sekolah ada tak kawan-kawan tak puasa?” ku teruskan perbualan. Ku cuba selami keadaan kanak-kanak sekolah rendah sekarang.
“ada.”
“ada?” ku sedikit terkejut. “dia makan kat kelas la?”
“a’a. Dia makan chewing gum.”
“abih, dia tak kena apa-apa ker?”
“dia kena ejek.”
“danial takde cakap apa-apa kat dia?”
“ada. Dia kata tak sengaja. Tapi, jangan la buat-buat tak sengaja pulak.” Danial menunjukkan rasa tak suka dia.
“hmm..” sebenarnya, kadang-kadang aku terfikir. Budak-budak zaman sekarang ni, jangan la sampai sewenang-wenangnya tak puasa. Pagi tadi baru ke ternampak seorang pekerja yang sedang mengecat kedai makan, sewenang-wenangnya hisap rokok. Kalau daripada kecil dah terbiasa dan tidak dididik mengerjakan puasa fardhu di bulan ramadhan ni, dah besar nanti macam tu la jadinya.
Ku terdiam sejenak. Ku tercari-cari topik yang sesuai untuk berbual dengan mereka. Alang-alang cerita pasal puasa, ku cuba cungkil daripada mereka tujuan mereka berpuasa.
“erm.. danial puasa kenapa? Syazwan”
“err..” danial macam teragak-agak. “puasa sebab nak raya.”
“a’a. Diorang kata kalau tak puasa tak dapat duit raya.” Syazwan menambah selamba.
La.. puasa sebab nak raya pulak. Ku memang dah agak jawapan tu. Sebab macam tu la mak bapak nak suruh anak-anak puasa. Mungkin mereka berniat untuk menjadikan duit raya tu sebagai ganjaran, tetapi disalah ertikan pulak oleh budak-budak ni. Kadang-kadang aku sendiri pun bergurau dengan budak-budak – “oo.. tak puasa eh.. tak puasa tak leh raya la..” dan aku dulu pun dibesarkan dalam suasana begitu. Cuma apabila ku kian dewasa ku mengerti sebab mengapa puasa tersebut.
So, macam mana nak cakap dekat budak-budak ni. Takkan nak cakap direct terus macam tu jer. Memang la senang, tapi macam memangkah mereka terus. Ku cuba cari idea.
“erm.. danial dengan syazwan selalu niat puasa bila?” ku cuba bicara tentang niat namun tidak terus mengaitkannya dengan tujuan berpuasa tadi.
“masa sahur.”
“abih kalau tak bangun sahur tak niat la?” saja ku usik dan tersenyum. “senang bangun? Ke susah mak kejut kan?”
“susah sikit.” Syazwan tersipu-sipu.
“heher.. “ ku turut meraikan senyumannya. “erm.. macam mana niat puasa?” saja ku uji walaupun ku tahu mereka semestinya dah tahu.
Namun, mereka teragak-agak nak baca niat tersebut. Pelik jugak. Macam mana diorang niat. Rupanya diorang hanya malu-malu. Tersekat-sekat niat tersebut dibacakan.
Seraya itu juga datang dua orang kanak-kanak lain. Ku soal siasat macam biasa. Seorang darjah lima dan seorang tingkatan satu. Ku biarkan dulu danial dan syazwan mengatur niat mereka.
“hmm.. kamu puasa kenapa?” ku ajukan kepada budak darjah lima tersebut. Dia teragak-agak jugak. Mula-mula katanya untuk boleh raya jugak. Kemudian baru dia mencari-cari jawapan yang agak sesuai sikit. Katanya supaya biasa dengan puasa nanti.
Si danial dan syazwan sudah tidak lagi teragak-agak membaca lafaz niat puasa dalam arab. Ku tanya terjemahannya pulak. Sekali lagi mereka teragak-agak. Ku bimbing mereka sedikit demi sedikit. Sehinggalah..
“sahaja aku.... puasa pada esok hari.... untuk menunaikan..... fardhu puasa..... di bulan ramadhan...... pada tahun ini...... kerana..?” Ku saja berhenti di situ.
“kerana Allah taala” danial menyambung.
“kerana?” sekali lagi ku saja inginkan jawapannya keluar daripada mulut mereka. Sambil itu, pandangan ku menangkap isyarat daripada seorang rakan ku.
“ala.. nak balik pulak dah.. tak abis lagi ni..” monolog ku dalaman sendirian.
“erm.. okla.. abang nak balik dah ni.. kawan abang dah panggil tu.” Ku beritahu budak-budak yang baru ku kenal tidak sampai sepuluh minit tadi. Kemudian ku sambung..
“ingat niat tu tadi danial.. kerana apa? Kerana Allah taala.. puasa kerana Allah tau..” pesan terakhir ku pada mereka sambil menghulurkan salam.
Semoga mereka terus membesar dengan mendapat bimbingan daripadaNya.
______________________________________
Posted in Dakwah / Agama, Pengalaman | 0 comments
“cepat pergi pasang pelita ni!”
“ala.. nanti la Kak Ros.. raya kan seminggu lagi..”
“terlepas malam lailatul qadar nanti padan muka..”
Masih ku teringat lagi bait-bait perbualan dalam cerita animasi yang diminati ramai ketika bulan puasa ni. Aku juga meminati cerita animasi tersebut. Satu kemajuan di dalam bidang animasi bagi rakyat malaysia. Tidak kisah lah walaupun negara-negara lain sudah jauh lebih maju. Setidaknya animasi yang ni ada identitinya yang tersendiri. Cuma untuk episod yang tersebut aku tidak berapa berkenan.
Aku tahu pernyataan tersebut adalah tidak patut sama sekali. Lebih-lebih lagi animasi tersebut ditonton oleh rata-ratanya kanak-kanak yang mana mereka ini masih mentah dan mudah terpengaruh. Perkaitan antara lailatul qadar dan pasang pelita atau malam tujuh likur adalah satu kepercayaan karut yang menyelebungi masyarakat malaysia. Apakah kepercayaan tersebut?
Sesetengah orang kata, kepercayaan tersebut adalah daripada pengaruh hindu, yang mana pelita-pelita dipasang bagi menerangi jalan untuk roh-roh yang akan pulang ke rumah pada musim perayaan ini.
Timbul juga kepercayaan yang mengatakan malaikat akan turun pada malam lailatul qadar, jadi rumah-rumah perlu diterangi dengan pelita-pelita supaya malaikat dapat datang ke rumah kita. Hal ini menjadi satu fitnah kepada islam apabila orang yang murtad mengatakan malaikat ni rabun, kena pasang pelita pada malam lailatul qadar supaya tidak sesat. Kenyataan dan kepercayaan ini semua adalah tidak benar.
Namun begitu, ada juga hasil daripada persoalan yang ku ajukan di forum, golongan bijak pandai menolak semua itu. Mereka lebih mengatakan pasang pelita itu hanyalah sekadar untuk meraikan kemeriahan nak menyambut kedatangan hari raya.
Pada pandangan ku, malam lailatul qadar itu tidak pasti berlakunya pada tarikh yang mana, jumhur ulama sepakat menyatakan ianya di malam sepuluh yang terakhir di bulan ramadhan. Dan malam ini sepatutnya diterangi dengan amalan-amalan untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah. Bukannya dengan pelita-pelita.
Namun, bagiku, sekiranya pelita-pelita tersebut dipasang untuk meraikan kemeriahan hari raya, untuk bermain bunga api, ku kira ianya dibolehkan. Boleh dikira ianya sebagai adat, tetapi jangan lah pula dikaitkan dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang tidak berasas.
Kini, ku kira pelita api itu bagaikan telah menjadi suatu yang “tradisional”. Mengapa? Sebab rata-rata rakyat malaysia kini lebih gemar menggunakan lampu kelip-kelip berbanding memasang pelita. Mungkin kerana sukar untuk mendapat bekalan minyak tanah ataupun sebab harga minyak dah naik? Huhu..
Apa pun.. biarlah kemeriahan yang kita raikan ini tidak menjauhkan kita daripada mengingatiNya dan tidak mensia-siakan tarbiyah kita sebulan di Madrasah Ramadhan yang kian berlalu ini..
Semoga hari raya aidilifitri ini kita kembali kepada fitrah kita semula; islam agama fitrah..
Wallahu a’lam
______________________________________
Posted in Dakwah / Agama, Isu-isu | 0 comments
Takpe-takpe. Bukan nak citer sal rumah atau makanan tu. Tapi nak citer sal anak tuan rumah tu. Tiga orang adik beradik semuanya lelaki.
*****
“assalamualaikum. Sapa nama?” sapa sambil salam.
“waalaikumsalam. Wafi” tangan disambut sambil dicium kemudian terus berlalu pergi.
Tak sempat nak berkata-kata. Takpe. Masih awal lagi.
Pandangan yang dilempar terhenti di suatu sudut. Frame-frame gambar. Terletak di tepinya satu plak hadiah. Diamati dan dibaca..
“---- tahun 2006 -----
----- Peringkat kebangsaan -----
----- Pertandingan bercerita tahap 1 ------
----- wajih bin hanif ----- “
Lebih kurang begitu yang tertera. Hmm.. hebat. Peringkat kebangsaan. Wajih. Bukan nama biasa. Yang tadi wafi. Mungkin ni abangnya.
*****
“ha.. ni yang sulung. Farid Wajdi. Anak tiga orang, semuanya lelaki.” Jelas tuan rumah.
“oo.. baru tiga eh?” saja usik.
“eh, takdelah.. memang tiga jer.” Dibalas semula.
Hmm.. so yang ni wajdi, sulung. Mesti wajih tu anak yang kedua.
“hensem..” kata sorang kawan sementelah Si Wajdi tu berlalu. Berderai gelak tawa sekejap.
*****
Ketika di halaman luar rumah. Kelibat sorang budak. Dengan yakinnya..
“wajih..!” sapa padanya.
Budak tu berpaling dan menyahut. Betul la dia Si Wajih tu.
“menang pertandingan bercerita eh?” saja buka topik merujuk pada plat hadiah tadi.
“nombor 3 je hari tu peringkat negeri..” bermakna tahun ni pun dia masuk bertanding lagi.
“wajih cerita la sikit, nak dengar..”
“ala.. dah lupa r.. dah 2 3 bulan..” mungkin dia mengelak.
“sapa yang buat cerita tu?”
“mak. Tak ada cikgu yang nak ajar.”
“tak aci la. Mak pensyarah bahasa melayu.” Saja usik.
“ala.. kawan-kawan lain pun ada yang cikgu bahasa melayu jugak.”
*****
Hebat jugak la bebudak tu.
Yang sulung tadi, wajdi, tingkatan 3, duduk asrama. Sekolah agama yang boleh dikira bukan calang-calang jugak.
Yang kedua, wajih, wakil sampai peringkat kebangsaan.
Yang bongsu, boleh nampak jugak la hebatnya, petah berkata-kata.
Tapi, pasni lagi nampak hebatnya diorang..
*****
“Wajih dah ada hanset eh?”
“a’a.”
“Wajih buat apa dengan hanset tu? Selalu call sapa?”
“mesej je.”
“oo.. mesej sapa?”
“kawan”
“haa.. kawan yang mana ni?” saja usik. “Pegi sekolah bawak hanset? Cikgu tak marah ke? Tak kena rampas? ”
“tak bawak. Tapi kawan-kawan ada yang bawak. Cikgu tak marah pun.”
Amboi.. budak-budak ni sekolah rendah dah bawak hanset ke sekolah.. apa la yang diorang belajar kat sekolah tu nanti kalau bawak hanset. Kelas sampai tengahari je pun..
“ha.. wafi pun dah ada hanset eh? ni hanset wafi?”
“a’a..”
“wafi buat apa dengan hanset ni? Selalu call sapa? Mesej kawan?”
“tak pun. Nombor cikgu je ada.”
Ai.. abis tu apa la guna hanset ni. Kecik-kecik lagi diorang dah dibagi kemewahan macam ni.
Perbualan diteruskan. Bagus jugak Si Wafi ni. Dalam kelas dia, ada 37 orang semua. Yang duduk sebelah dia Syafi namanya. Katanya kawan baik dia. Tapi bila ditanya syafi tu duduk mana, dia tak tahu pulak.. kelakar.. kata kawan baik.. tak pe la.. budak-budak.. tak amik kisah pun hal-hal tu.. tapi, Si Wafi ni siap bagi kad raya kat kawan-kawan dia.. di amik nya kad raya tu dan ditunjukkan.. semuanya nama kawan-kawan lelaki dia.. ada sorang tu dulu suka buli orang, tapi sekarang dah tak.. ada kawan dia yang lain pulak, si wafi tu pulak yang suka buli.. macam-macam la si wafi ni.. petah dan kelakar.. setiap kad raya tu ada pelekat transformers. Syafi je pelekat ultraman sebab tu permintaan dia..
“digimon kalau campur ultraman jadi apa?” tiba-tiba si wafi bertanya selepas dipulangkan kad-kad raya tadi.
“entah.. apa dia?” saja buat-buat tak tahu.
“ultramon” si wafi bagitau.
“kenapa tak digiman ker.. tak pun ultradigi..” saja layan dia..
Tersenyum.
“erm.. wafi ada apa?” cuba mencungkil. “ada PS1? PS2? PS3? PSP? Komputer? Selalu main game?”
Si wafi mengangguk untuk PS1, PS2, dan komputer.
“masa hari sekolah tengok tv. Masa cuti baru main game.” Jawabnya.
“sapa yang bagi tu semua? Mak? Abah?”
“dua dua.”
Termasuk la hansetnya jugak. Memang mewah hidup budak ni. Baru darjah 4.
*****
“eh, si wajih tu pandai buat shuffle dance.” Kata sorang kawan.
Apabenda la pulak shuffle tu. Baru terperasan dari tadi kalau tengok si wajih tu berjalan kejap-kejap dia macam terkinja-kinja sikit. Mungkin tu la shuffle dance.
“wajih, cuba buat shuffle jap. Macam mane ek nak buat?” saja buat-buat nak belajar.
“ala.. senang jer..” sambil ditunjukkan shuffle nya.
Sorang kawan cuba nak buat. Versi perlahan. Berderai gelak tawa. Si wajih dengan wafi yang ada kat situ pun gelak. Si wafi pun tahu jugak buat shuffle tu.
“abang, hip hop tahu tak? Hard style tahu?” tanya si wajih.
Kitorang angguk. Ala.. tahu la hip hop tu..
“break dance..” ku kata merujuk pada hard style yang wajih maksudkan.
“a’a.. break dance.” Kata wajih. Tahu jugak die buat yang tu walaupun tak berapa reti sangat.
Kemudian, macam-macam lagi istilah keluar dari mulut si wajih yang kami pun tak berapa tahu sangat.. tapi si wafi yang kecik tu pun tahu.. liquid la.. apa la.. liquid tu untuk sejenis pergerakan tangan.. ada jugak sorang kawan ku yang tahu..
“dari mana wajih dengan wafi tahu benda-benda ni?” tanya ku hairan.
“ada sedara tu ajar. Dia form 3.”
Usik-mengusik kian rancak antara kami dengan dua orang budak cilik tu tentang perkara-perkara yang diorang tahu..
Dalam gelak tawa dan nada gurau tu jugak sorang kawan ku selitkan...
“budak-budak ni korang kena didik dengan agama..” katanya..
Sebelum tu si wajih teragak-agak untuk menjawab persoalan kawan ku tersebut.
“baca al-quran sampai mana dah?”
“erm.. hmm.. dua puluh.. dua puluh sembilan..” jawabnya, wajih teragak-teragak sambil tersenyum.. “heher.. tak de la.. entah.. tak tengok pun sampai juz berapa..”
*****
Ku saja hampiri si wafi yang sedang makan. Si wajih baru je berlalu pergi.
“baca doa makan dah?”
“belum.”
“ha.. baca la.. kalau doa terlupa baca tahu?”
“tau.. bismillah.. terlupa.. amin..” main-main pulak dia.
“tak tahu eh? Mak ada ajar? Abah?”
Si wafi geleng kepala. Tak diajarnya. Doa sebelum dan selepas makan saja yang dia tahu. Samada dipelajari di sekolah atau ibu bapa dia yang ajar.
“bismillahi awaluhu wa akhiruhu” ku bacakan doanya..
“oo.. pendek jer..”
*****
itu baru budak-budak dari keluarga yang boleh aku katakan agak terjaga kelakuan mereka berdasarkan personaliti kedua ibu bapa mereka. Tetapi, bagaimana keadaan budak-budak di luar sana yang lain? Yang rata-ratanya tidak mempunyai latar belakang yang sebaik dan sehebat si wafi dan si wajih tadi. Pastinya mereka lebih advance dalam bab-bab hiburan, sosial, budaya dan pengaruh yang datang dari luar. Yang merempit, yang menagih, yang bercouple, berzina, yang melakukan jenayah serta gejala sosial yang lain. Berbanding jika ditanya tentang perkara-perkara asas fardhu ain. Apakah jawapan mereka?
*****
Aku... merenung.... masa depan nanti... ku tak pasti.. apa akan jadi dengan budak-budak ni.. apa akan jadi dengan ANAK-ANAK KU??!!!
Terasa berat bebannya... walaupun sekarang..
Anda? Sebagai bakal ibu? Bakal bapa? Bakal pendidik? Bakal pemimpin? Bakal komuniti masyarakat? Apakah anda terasa bebannya? Apakah fenomena ini yang kita inginkan? Sekarang dan di masa hadapan?
......................
______________________________________
Posted in Isu-isu | 0 comments
Copyright © 2008 When the senses combined... | Blogger Blog Templates | Designed by Nicola D Trento and Jacky Supit