"Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf:179)
Ku merindui diri mu, Yang pabila tibanya isnin dan khamis, Kau didik diri mu sebaik habis, Pandangan mu kau tundukkan, Tutur kata mu kau peliharakan, Kerna di kala subuhnya kau telah bangun bersahur, Puasa sunat kau laksanakan dengan penuh luhur.
Ku merindui diri mu, Yang pabila azan berkumandang, Ke surau dan masjid bergegas kau bertandang, Atau setidaknya kau mendirikan jemaah, Dengan khusyu' dan tidak berlengah, Kala itu yang fadhu kau perbaikkan, Kemudian yang sunat kau perbanyak amalkan.
Ku merindui diri mu,
Yang selalu mengalunkan bait al-Quran, Baik secara bacaan mahupun secara hafazan, Dengan istiqamah dan faham, Kerap kali 30 juzuk kau khatam, Bersama mashaf agung sentiasa di sisi, Setiap kalimahnya menjadi saksi.
Ku merindui diri mu,
Yang mengamalkan tahajud, Qiam malam kepada Nya kau sujud, Doa mu sungguh penuh syahdu, Buat diri, keluarga, umat, dan agama, Sedangkan manusia lain sedang beradu, Kau pula beribadat di separuh malamnya.
Tapi, Walaupun aku yang kini merindui mu,
Seperti mana aku yang dahulu bersamamu, Namun, Aku kan terpaksa terus meninggalkan mu, Kerna aku yang nanti tidak dapat menunggu mu. Maka, Kenanglah aku -masa dahulu- yang terus berlalu, Manfaatkan aku -masa kini- yang sentiasa mengiringi, Dan kejarlah aku -masa hadapan- yang tiada batasan.
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a.w. bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.
Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s. a. w bersabda: .
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya"
(Kitab Nasaibul æIbad) . Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
p/s: takut! takut tak sedar diistidrajkan!!! ya Allah.. aku berlindung dengan Mu daripada diistidrajkan ya Allah....
dulu, masa tengok novel-novel sejarah islam ni, first sekali terfikir, macam mana penulis nak tulis dialog-dialog antara watak-watak tu. kalau novel-novel biasa yang lain, pastinya dialog tu boleh dicipta sebab novel-novel not base on real story. tapi, kalau novel sejarah islam ni, ianya suatu sejarah, real story. so, macam mana?
then, novel sejarah islam yang mula-mula dibaca, novel tariq menang atau syahid. dari situ, dapat dilihat, tak jadi masalah pun dialog tu. sebab yg utamanya adalah jalan cerita dan mesej. jika difikirkan, berapa ramai yang akan meluangkan masa untuk mencari dan membaca buku tentang fakta sejarah. dah la ramai yang tak suka subjek sejarah. berbanding buku fakta, ramai yang lebih suka novel.
justeru, pendekatan mengnovelkan sejarah ini dapat menarik minat pembaca dan secara tidak langsung dapat memberikan gambaran kepada pembaca tentang sejarah islam yang berlaku. dan dalam sesetengah novelnya mampu untuk membangkitkan jiwa dan semangat jihad dalam diri.Peminat-peminat novel mungkin boleh cuba cari dan baca novel sejarah islam keluaran PTS ni.
p/s: ada lagi satu, sultan muhammad al-fateh penakluk konstantinopal..
3 dah jadi koleksi sendiri.. yang lain ada yang koleksi kawan-kawan dan ada yang di pustaka..
sepanjang minggu lepas, dalam kereta asyik dengar dua lagu ni.. ulang dan diulang-ulang.. hmmmmm.. lagu lama.. tapi baru terasa best & meaningful.. kat sini boleh letak lirik je la..
.
Kehidupan
Inteam
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Lyrics for jetAudio
Segenggam Tabah
Inteam
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Di sebuah kawasan permainan, kelihatan ramai kanak-kanak sedang bermain. Di suatu sudut, seorang kanak-kanak lelaki sedang asyik bermain dengan permainannya. Tidak lama kemudian, datang seorang kanak-kanak perempuan datang bermain berdekatan dengannya. Masing-masing asyik bermain dengan permainan sendiri. tidak lama kemudian, kanak-kanak lelaki tadi mula bermain tanah liat pula. Begitu juga dengan kanak-kanak perempuan yang berdekatan dengannya, mula bermain tanah liat juga. Melihat masing-masing bermain permainan yang sama, mereka mula tertarik untuk bermain bersama.
o-> “awak buat bentuk apa dengan tanah liat tu?”
o+ “erm.. macam-macam.. ni bentuk rama-rama.”
o-> “owh.. pandai awak buat bentuk rama-rama. Cantik.”
o+ “terima kasih. Awak pun pandai jugak buat bentuk robot.”
o-> “heher.. macam alien jer robot saya ni.”
Dua-dua bergelak ketawa dan bermain tanah liat bersama-sama.
o-> “erm.. tanah liat kita dah nak abis ni. Dah macam-macam kita buat.”
o+ “a’a la.. ada tinggal sikit je lagi.. nak buat ape ek?”
o-> “apa kata kita buat bentuk daun keladi? Awak tahu kan camne nak buat?”
o+ “tahu tahu.. tapi cukup ker?”
o-> “camni.. saya buat bentuk daun keladi tu, start dari kiri. Awak pulak start dari kanan. Kita buat besar-besar. Pastu nanti kita cantumkan.”
o+ “a’a, a’a.. erm.. tapi, kita buat kat rumah la. Nanti dah siap dua-dua belah kita jumpa lagi dan cantumkan.”
o-> “erm.. ok jugak.. kita buat besar-besar tau. Kalau tak cukup, kita buat perlahan-lahan.. baki duit yang mak kita bagi nanti, kita simpan buat beli tanah liat. tambah sikit-sikit..”
Hari dah senja, masing-masing pun pulang dengan tanah liat yang bermacam-macam bentuk. Mereka saling bertukar tanah liat yang menarik bentuknya. Mereka juga pulang bersama dengan janji untuk buat bentuk daun keladi besar dengan seorang sebelah untuk dicantumkan.
o-> “macam mana bentuk daun keladi awak? Dah siap? Saya punya belum siap, tapi dah besar la dapat saya buat.”
o+ “belum lagi. Saya punya baru sikit jer.”
o-> “erm.. awak ambil la ni.. ada tanah liat sikit untuk bantu awak buat awak punya bahagian.”
o+ “terima kasih..”
Hari berganti hari, minggu berganti minggu..
o-> “hai.. saya punya bahagian bentuk daun keladi dah nak siap.. awak punya macam mana?”
o+ “hii.. saya punya pun dah nak siap.. terima kasih untuk tanah liat yang awak bagi hari tu..”
o-> “nanti dah siap boleh la kita cantumkan.”
o+ “erm.. awak..”
o-> “kenapa?”
o+ “sebenarnya.. saya ada jumpa sorang kawan lelaki.. dia pun ada buat bentuk daun keladi daripada tanah liat jugak. Dia punya bahagian sama macam bahagian awak. Tapi dia dah siap...”
o-> “owh.. ye ke.. jadi?”
o+ “hari tu, masa jumpa dia, entah macam mana, dia pun tahu saya ada buat bentuk daun keladi bahagian yang lagi satu. Jadi, dia nak cantumkan tanah liat dia dengan tanah liat saya. Lagipun dia nak tolong saya siapkan bahagian saya punya.”
o-> “oo.. so, apa keputusan awak? Saya tak kesah.. saya suka jugak nak tengok bentuk daun keladi yang dah dicantumkan. Tapi, saya punya tak siap lagi..”
o+ “erm.. saya rasa saya nak cantumkan bahagian saya dengan dia la. Saya pun tak sabar nak tengok tanah liat berbentuk daun keladi yang dicantumkan.”
o-> “err.. ok.. tak pe lah.. nanti awak dah cantumkan bagi tahu tau. Saya pun nak tengok jugak.”
o+ “ok.. insyaAllah.. tapi, macam mana dengan tanah liat awak? Bahagian awak nak cantumkan dengan apa?”
o-> “erm.. tak pe.. saya siapkan je dulu bahagian saya tu dulu.. awak jangan risau.”
o+ “ok.. saya mintak maaf la.. dan terima kasih..”
o-> “oh.. its ok.. baik-baik nanti masa cantumkan.. cantumkan elok-elok tau..”
Agak keletihan. Baru balik daripada kompleks tinju. Tapi, pergi sana just tengok orang bertinju, naik atas gelanggang, rasa lantai gelanggang, pegang-pegang tali dia, main lari-lari, panjat-panjat. Tak bertinju pun lagi.
Sempat la berkenalan dengan ahli-ahli gusti yang ada. Enemies and allies, semua jumpa. So, dapat la lihat macam-macam personaliti ahli tinju. Ada yang muka masyaAllah, tengok dari jauh pun dah takut.. bengis semacam. Ada yang muka rileks & cool, tapi sekali masuk gelanggang tinju, tu dia.. macam rimau. Orang kata, nak jadi ahli tinju ni kena garang-garang, bengis-bengis, tapi tengok ahli-ahli gusti tu, bukan semua yang macam tu. So, my opinion, personaliti-personaliti tu mengikut kesepadanan dengan ciri-ciri yang ada pada individu tu sendiri. ada yang sesuai jadi ahli gusti yang bengis macam rimau, ada yang muka rileks & cool tapi kemahiran gusti dia macam-macam. So, tak perlu la ahli gusti tu nak buat-buat bengis je sepanjang masa sedangkan dia tak sesuai jadi ahli gusti yang bengis.
Tanya la jugak macam mana rasa time bertinju tu. Diorang kata, jadi peninju nanti tau la rasanya. Camna rasanya bergusti kat atas gelanggang tu. Sakit ke tak kena tumbuk. Penat ke tak terkinja-kinja kat dalam gelanggang. Camna rasanya aura penonton yang memberi tekanan. Semua tengok. Kalau tersilap langkah ada la yang nak kena tumbuk, paling koman pun kena booo dengan penonton. Memang la perlu berhati-hati dan kena sentiasa berwaspada.
Nak jadi peninju yang baik, bukan performance di atas gelanggang sahaja. Bahkan di luar gelanggang kena berlatih selalu. Stamina kena jaga. Kemahiran kena asah. Semua aspek kena seimbang; jasmani, rohani, emosi, intelek, dan sosial.
p/s: elaboration daripada analogi yang diberi oleh Guru Besar CEMERLANG. Jadi cikgu bukan mudah. Apatah lagi jadi ustaz....
::::::::: become follower of this blog ::::::::: ::: download file from download section::: :::::::::::: vote in the poll sections :::::::::::: ::::::: leave a comment after reading ::::::: :::::::::::: say a word in chat box :::::::::::::