Search This Blog

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Written on 12:04 PM by WhoSign


Apabila Anda..

Written on 10:24 PM by WhoSign



Apabila
anda..




O0O= Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah.. anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

O0O= Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

O0O= Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

O0O= Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

O0O= Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

O0O= Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

O0O= Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

O0O= Apabila semua orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

O0O= Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

O0O= Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

O0O= Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia.. satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

O0O= Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.



Takde Izzah

Written on 10:05 PM by WhoSign


“Assalamualaikum warahmatullah”

Seusai solat itu, tok guru ku sudah duduk di sisi. Bersama dengannya segelas air teh tarik, tapi tak tarik la.. doa ku pohon, muka ku raut, segelas air itu pun dihulur kepada ku. Tanpa segan silu, ku terima dan terus ku habiskan.. huhu

“habis?”

“takpe.. amik lagi..”

Selepas secawan dua ku habiskan lagi, baru ku isi dan hulurkan kembali kepada insan yang ku anggap seperti tok guru. Seteguk dua je pun dia minum dan akhirnya disuakan kepada ku semula.

Cawan ku letak..

“kaif dirasah?” (lebih kurang camtu bunyi nye)

“alhamdulillah.. ok”

Dah lama tak luangkan masa. Malam tu kami duduk berbual bersama-sama dengan dua orang lagi rakanku. Tok guru ku berbahasa arab, dan aku hanya menganggukkannya. Bukan angguk mengantuk atau angguk buat-buat faham, tapi, memang ku hadam setiap butir-butir katanya. Cuma, apa yang inginkin ku reply, hanya tersekat di minda. Tertapis, hanya sepatah dua sahaja yang terlafaz. Dalam arab.

“camna sorof dan balaghah?” (lebih kurang camtu terjemahnya)

“Fahimtu.. walakin albalaghah su’bah min sorof..” (boleh la faham apa yang belajar tu.. Cuma balaghah tu lagi susah daripada sorof.. -terjemahan)

Bla.. bla.. bla.. kalau kat tempat lain, senang jer dua benda tu. Kenapa kat malaysia ni susah? Kenapa kamu rasa susah? Kan kamu guru bahasa arab. Lebih kurang begitu isi yang disampaikannya.

“kamu semua sebagai guru bahasa arab, tetapi kamu tak cakap arab.. tak mengamalkannya..”

..... perbualan diteruskan.

“camne ntah..”

Beberapa kali dua patah itu yang keluar dari mulut. Tak tahu nak wat camne nak bagi reti cakap arab.

“tu la.. kita ni takde izzah dengan bahasa arab ni..” (memang kali ni dia cakap melayu)

Tertunduk kepala. Mungkin benar kata tok guru. Dan aku rasa memang benar. Takde izzah. Takde rasa nak mengagungkan bahasa arab ni. Takde rasa izzah untuk mengamalkannya. Takde izzah untuk bertutur dalam bahasa arab. Biarpun sikit. Biarpun yang mudah-mudah. Malu! Malu sebagai guru bahasa arab. Ah! Kenapa guru bahasa arab? Ustaz! Ustaz bahasa arab! Dua kali takde izzah.. takde izzah dengan bahasa arab! Takde izzah jadi ustaz!

Apa nak jadi??

“jadi.. kena la amalkan. Biar la orang nak jawab dengan bahasa apa pun kalau kita cakap arab.. nak jawab dalam melayu ker, bahasa inggeris ker.. yang penting kita amalkan.. kita praktikkan cakap arab.”

Dengan nasihat dan tekad untuk cuba praktikkan, masing-masing pun berangkat meminta diri..

Hmm.. tu baru tak de izzah dengan bahasa arab.. tak de izzah nak jadi ustaz.. jangan yang ketiga; tak de izzah dengan cara hidup islam.. na’uzubillah..


ya Allah.. datangkanlah izzah itu......


Benci Pada Tingkah Laku, Bukan Membenci Pada Fizikal Diri

Written on 1:45 PM by WhoSign


If u've forgotten, now I remind u..
and when I forget, please remind me..


__________________________________


indahnya akhlak rasulullah.. terlalu tinggi.. sebutkan sapa saja masa kini yang baik budi pekerti akhlaknya, masih lagi tidak kan tersampai ke tahap murninya akhlak baginda.. namun, tidak salah atau tidak sia-sia untuk sentiasa kita mencontohi dan mengejar tahap akhlak tertinggi yang kita boleh..

selami cabaran hidup baginda.. pelbagai dugaan dan tohmahan baginda hadapi.. tabahnya baginda sebagai seorang rasul.. campakkan siapa jua ke situasi yang baginda hadapi, pasti kan tidak tertahan.. namun, tetap, ketabahan dan kesabaran itu yang patut kita contohi..

kisah di taif.. dakwah baginda di sambut dengan lemparan batu, cerca maki, dan luka-luka.. ah.. mudah sungguh baginda memberi kemaafan kepada mereka.. jangan dilenyapkan kaum itu, mungkin anak cucu mereka akan beriman kepada Allah Yang Maha Esa.. Jauh sungguh pemikiran baginda..

ya.. itu kisah rasulullah.. manusia yang maksum di bawah peliharaan Allah..

tapi kita? kau bukan nabi.. aku pun bukan rasul..
apatah lagi, aku hanya aku.. bukanlah seorang ulama.. bukan umara'.. ahli sufi dan apa-apa tu lagi lah jauh sekali..

tapi kita sama-sama belajar.. yang manusia tidak akan terlepas daripada membuat kesilapan.. dan setiap kesilapan itu memang perlu ditebus.. sekiranya kesilapan dengan Tuhan, maka mohon keampunan dan solat taubat.. dan sekiranya kesilapan sesama manusia, perlu dipenuhi hak-hak manusia yang dia berbuat kesilapan padanya..

ya! tuntut lah hak itu.. tapi biarlah kena pada caranya.. apa jua kesilapan, adalah pada tingkah laku dan salah pemikirannya.. dan jika selalu pun, itu adalah perangainya.. bencilah perangai itu, bukan pada si pembuatnya!

kiranya kau kata kemaafan bukan sesuatu yang mudah.. kerna kita tidak sehebat baginda nabi.. tapi, ia bukanlah SESUATU YANG LANGSUNG TIDAK BOLEH!

sudahlah kemaafan itu tidak mudah diberi.. janganlah pula ditambah dengan emosi, ulang-mengulang perilaku kesilapan si pembuat, dan sebagainya.. maka, bertambah sempitlah ruang kemaafan yang sepatutnya terbuka.. dan yang sempit itu nanti akhirnya hati sendiri..

berapa lama nak hidup dengan hati yang sempit? berapa lama nak hidup? akhirnya semuanya mati.. makan pakai semua ditinggalkan.. berbaloikah??


"tangani tingkah laku kini, bukan tingkah laku masa lampau" -elemen disiplin, teori Glasser


"Bencilah Pada Tingkah Laku, Bukan Pada Fizikal Diri"



wallahu a'lam..


Mengapa Anda Juga Wajib Berdakwah? (2)

Written on 9:35 PM by WhoSign



Alasan Yang Selalu Diberi & Kekeliruan Yang Digembar-gembur


Kekeliruan 1: Urusan dakwah khusus bagi sesetengah orang islam.

Sesetengah orang dengan salah fahamnya berpendapat bahawa urusan dakwah hanya khusus bagi sesetengah orang sahaja. Mereka berdalilkan firman Allah dalam surah ali imran ayat 104 yang bermaksud:


ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون

“Dan hendaklah ada daripada kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Mereka mengatakan perkataan منكم (daripada kamu) di dalam ayat adalah bermaksud sebahagian kamu.


Jawapan:

Imam ar-razi mengulas, perkataan منكم (daripada kamu) di dalam ayat tersebut bukanlah menunjukkan sebahagian (tab’idh). Ini berdasarkan dalil berikut:

1. Allah mewajibkan menyuruh makruf dan mencegah munkar ke atas semua umat dalam firmanNya, surah ali imran ayat 110 yang bermaksud:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.”

2. Setiap mukallaf diwajibkan menyuruh makruf dan mencegah munkar dengan tangan, atau lidah, atau hatinya sebagaimana hadis yang bermaksud:

من رأى منكم منكرا فليغيره...

“ Sesiapa di kalangan kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia merubahnya.....”

3. perkataan ‘daripada’ di dalam ayat adalah untuk menerangkan (tabyin), bukannya untuk menunjukkan sebahagian (tab’idh).

Sementara itu, ibnu kathir pula menukilkan huraian bagi ayat 104 surah ali imran tersebut iaitu: “perlu ada satu pasukan daripada umat ini yang menangani perkara ini, sekalipun perkara ini wajib ke atas setiap individu umat.”


Kekeliruan 2: kesilapan dalam memahami erti fardhu kifayah.

Ramai yang salah faham dengan tanggapan bahawa apabila dakwah dilakukan oleh sebahagian islam kewajipannya gugur daripada sebahagian yang lain. Lantas mereka memilih untuk bersama yang membisukan diri dan berpeluk tubuh sahaja. Sedangkan perkara ini bukan seperti mana yang mereka faham.


Jawapan:

Memang benar maksud suruhan berbentuk fardhu kifayah ialah apabila ia dilakukan oleh sebahagian orang islam, kewajipannya gugur daripada sebahagian yang lain. Namun, dengan syarat perkara fardhu kifayah tersebut telah tercapai dan dilaksanakan oleh sebahagian tersebut. Apabila perkara mungkar terhapus dengan kerja dakwah yang dilakukan sebahagian islam, maka barulah gugur kewajipan tersebut daripada sebahagian islam yang lain. Tetapi apabila perkara mungkar tersebut masih tidak terhapus maka kewajipan tersebut masih dipikul oleh setiap orang.

Ayat 104 surah ali imran yang telah dikupas juga membawa pengertian: “semua orang islam hendaklah menyediakan umat ini”, maksudnya kumpulan yang bertanggungjawab menangani tugas dakwah kepada Allah.

Semua orang juga mestilah membantu kumpulan tersebut dengan segala cara agar pelaksanaan tugas menegakkan agama Allah dan menyebarkan dakwahNya tercapai. Sekiranya orang islam tidak melakukan tuntutan ini maka setiap orang tidak kira yang layak berdakwah mahupun yang tidak tetap akan berdosa.


Kekeliruan 3: dakwah khusus untuk ulama.

Terdapat juga yang beranggapan bahawa tugas dakwah adalah khusus untuk para ulama sahaja kerana ilmu merupakan salah satu daripada syarat-syarat yang disebut oleh ulama fiqh bagi orang yang menyuruh makruf dan mencegah munkar.

Jawapan:

Ya, memang tiada keraguan lagi bahawa disyaratkan untuk memiliki ilmu dalam melakukan dakwah; dakwah kepada kebaikan, dan yang paling tinggi dakwah kepada Allah. Tetapi ilmu bukanlah satu perkara yang tidak boleh dibahagi-bahagi, bahkan sifatnya sendiri boleh dijuzuk dan dibahagi-bahagikan.

Dengan erti kata lain, seseorang yang mengetahui tentang satu perkara dan jahil tentang satu perkara yang lain adalah orang yang alim tentang perkara yang diketahuinya dan jahil tentang perkara yang kedua. Dia memenuhi syarat wajib dakwah terhadap perkara pertama yang diketahuinya itu, tanpa melibatkan perkara kedua yang dia jahil. Tiada perselisihan ulama fiqh, seseorang yang jahil tentang sesuatu perkara atau hukumnya, dia tidak berdakwah untuk perkara itu kerana mengetahui kesahihan tentang perkara yang didakwahnya adalah syarat sah dakwah.

Oleh itu setiap orang islam wajib berdakwah mengikut kadar yang diketahuinya, samada dia orang awam, tokoh agama, tokoh akademik, pelajar, pekerja, tua muda, atau sebagainya.


Kekeliruan 4: dakwaan kebatilan berleluasa di bumi dan dakwah kepada Allah tidak membawa sebarang faedah pun. Oleh itu, seorang islam perlu menitikberatkan dirinya sendiri dan meninggalkan urusan manusia lain.

Jawapan:

Kewajipan seorang islam ialah melaksanakan dakwah, tidak kira hasilnya tercapai dengan manusia menyahutnya atau tidak. Yang wajibnya ialah melaksanakan usaha dakwah tersebut, hasilnya adalah di atas urusan Allah kerana hidayah adalah milikNya.


Kekeliruan 5: kefahaman yang salah terhadap ayat 286 surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..”

Sesetengah orang memberi alasan kerja dakwah adalah susah dan memenatkan.


Jawapan:

Hakikatnya, kepenatan yang didakwa adalah sedikit sahaja dan mudah. Tidakkah kita malu melihat tokoh-tokoh agama lain yang sanggup bersusah payah menghabiskan masa bertahun-tahun tempat pedalaman di mana manusia tidak mengetahui tuhan mahupun agama? Bukankah sepatutnya kita orang islam yang menanggung tugas menyebarkan dakwah kepada Allah di kalangan penganut animisme itu?

Sepatutnya kita ingat firman Allah dalam surah an-nisa ayat 104:

إن تكون تألمون فإنهم يألمون كما تألمون وترجون من الله ما لا يرجون

“kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita dan sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak)..”


Sesungguhnya rasulullah dan para sahabatnya lebih banyak menanggung kesulitan dan kepayahan semasa penyebaran dakwah di era permulaan dan berjihad di jalanNya. Adakah kita layak untuk merungut dengan tanggungan yang memenatkan diri sedikit sahaja, sedangkan dakwah kepada Allah, menyebarkan kebaikan islam, dan mengajar manusia akhlak mulia adalah suatu yang amat besar dan mulia? Mengapa tidak memandang usaha sedikit yang dicurahkan tersebut banyak di sisi Allah? Para sahabat dahulu keluar berjihad serta merta dengan “kami dengar dan kami patuh kepada Allah dan rasulNya.”


p/s: tiada lagi kekeliruan dan alasan... wajib!


Daisypath Anniversary tickers