"Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf:179)
14 Februari yang lalu datang dan pergi bersama isu Valentine Day yang masih lagi menjadi amalan masyarakat Malaysia dari tahun ke tahun walaupun pelbagai medium telah digunakan bagi memperjelas dan menerangkan ke’boleh’an dan ke’tidakboleh’an meraikan sambutan hari tersebut. Usaha memperjelas dan menerangkan kepada masyarakat inilah salah satu usaha dakwah yang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa.
Justeru, pada 21 Februari yang lepas, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bersama-sama dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam (IPGM KPI) telah menganjurkan satu forum berkaitan isu Valentine Day tersebut yang bertajuk “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung”. Forum tersebut telah berlangsung di Dewan Syarahan Abdul Jalil, IPGM KPI dan menampilkan barisan ahli panel daripada PEMBINA iaitu saudara Aizuddin Khalid, Ketua Cawangan PEMBINA Bangi dan saudari Shazamawati serta ahli panel jemputan, saudara Amin Idris, pakar motivasi dan psikologi jiwa. Forum yang berlangsung selama hampir tiga jam tersebut telah dihadiri lebih kurang 150 penuntut IPGM KPI, yang juga merupakan bakal-bakal guru. Forum ini telah berjaya mengupas topik sekitar Valentine Day yang juga dipanggil sebagai Hari Kekasih, amalan bercinta sebelum berkahwin, serta tatacara pergaulan antara muslim dan muslimah yang sepatutnya.
Saudara Aizuddin selaku panel pertama telah mengupas kesan tidak langsung Hari Valentine ke atas masyarakat Malaysia. Namun begitu, beliau mengulas bahawa isu Hari Valentine bukan terletak pada hari itu sendiri kerana ia merupakan simptom kemuncak kepada masalah pergaulan bebas yang sudah berakar dalam kehidupan kebanyakan masyarakat hari ini. Beliau turut memberi tips agar mencari pasangan yang berkongsi objektif dan idealisme sebagai da'i yang mana menjadi ikhtiar paling penting dalam membina rumah tangga yang hidup atas jalan Allah.
Saudari Shazamawati pula telah banyak berkongsi langkah-langkah untuk memelihara maruah diri sebagai muslim terutama apabila berhadapan dengan situasi pergaulan antara berlainan jantina. Menurut beliau, perasaan-perasaan minat itu adalah fitrah, namun perlu diatasi dengan cinta dan ingat kepada Allah SWT yang sepatutnya tidak menggugat pendirian seorang muslim. Beliau berkongsi beberapa doa & tatacara pergaulan untuk mengelak dari fitnah pergaulan dan memelihara pandangan hati.
Manakala, saudara Amin Idris banyak memberi tips dan berkongsi pengalaman untuk membina rumah tangga yang bahagia berasaskan prinsip-prinsip Islami. Sesuatu yang menarik juga apabila beliau menasihatkan agar para belia terutama golongan mahasiswa agar terlibat dalam aktiviti berpersatuan. Menurut beliau, aktiviti berpersatuan mampu menanam pelbagai elemen yang tidak mampu diajar dalam kuliah-kuliah di universiti, seperti kemahiran berinteraksi, kepimpinan, sahsiah, perjuangan, dan sebagainya. Beliau juga menyeru golongan yang ingin berdakwah agar berdakwah dalam wasilah-wasilah yang realistik agar mampu mendekati pelbagai lapisan masyarakat, bukan semata-mata orang yang sudah berminat kepada agama.
Kesimpulan cinta itu fitrah dan islam itu agama fitrah yang menyediakan jalan penyelesaian baginya telah menutup forum yang diharapkan dapat memberi kesedaran kepada bakal-bakal guru, para belia yang sedang menghadapi fasa dugaan cinta. Diharapkan juga bakal-bakal guru tersebut akan meneruskan usaha dakwah ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama para remaja kelak.
“benda tu bernilai buat aku.. tak boleh! Tak boleh!”
_________________
Seminggu.. dua minggu.. sebulan.. dua bulan.. yang hangat sudah sejuk.. yang kontroversi sudah senyap.. tapi bagi yang peka dan mengambil tahu perkembangannya, isu tersebut tidak akan berhenti di satu noktah itu sahaja.. malah sebenarnya telah lama isu tersebut timbul, cuma hanya tidak diuar-uarkan.. biarkan masyarakat terus dengan kehidupan masing-masing…
Ya.. isu penggunaan kalimah Allah.. telah sekian lama tersimpan dalam benak fikiran ini, hanyasanya tidak berkesempatan di post kan ke blog..
Namun, di sini penulis bukan ingin memberi huraian samada boleh atau tidak penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi selain umat islam.. bagi penulis, mereka yang mengatakan isu ini tidak boleh ada khilaf (perselisihan) pendapat, adalah kerana mereka melihat isu tersebut daripada sudut akidah. Manakala pihak yang berselisih pendapat melihat isu ini dari sudut bahasa.
Apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah sikap kita, masyarakat islam di Malaysia. Satu persatu bahana melanda agama islam. Dulu heboh pengkristianan orang melayu. Sekarang senyap. Sedangkan perkara tersebut masih lagi berlaku. Hari tu heboh isu penggunaan kalimah Allah. Tak lama lagi senyap. Sedangkan pendakyah-pendakyah yang menjalankan usaha penyebaran agama kristian mereka tidak pernah diam.
Ringkasnya, kita sekadar membela! Bila timbul sesuatu isu, baru kita nak bela. Kalau didiamkan isu tersebut, kita pun tak tahu lah apa yang berlaku.
Islam tu untuk diamalkan! Kata islam is my way of life.. tegakkan! Amalkan! Sebarkan! Sampaikan seruan! Keluarkan masyarakat daripada kekeliruan. Berikan kefahaman tentang islam yang dianuti. Bukan sekadar agama warisan.
Tidak pelik kalau golongan dewasa yang sudah berkerja atau yang hampir mencecah usia emas masih buta tentang islam. Pendidikan islam – masa di sekolah sudah berlalu. Tak sempat belajar. Ceramah islam – orang yang sama tu jugak yang datang. Ustaz-ustaz – kat masjid, slot ceramah di TV, panel forum pendidikan islam.
Pernah tak kita terfikir nak buat macam mana? Semua tu bermula daripada diri kita sendiri. Fahami islam yang kita anuti.. dalami ilmunya.. hayati.. amalkan dalam kehidupan sehari-hari.. saling ingat mengingati.. kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.. jangan hidup sendiri-sendiri.. dan banyak lagi yang kita boleh buat dengan bermula daripada diri kita sendiri.. membela tetap membela, dalam masa yang sama tegakkan! insyaAllah.. wallahu a’lam
::::::::: become follower of this blog ::::::::: ::: download file from download section::: :::::::::::: vote in the poll sections :::::::::::: ::::::: leave a comment after reading ::::::: :::::::::::: say a word in chat box :::::::::::::