Written on 8:50 PM by WhoSign
Walaupun harga minyak naik, demam bola sepak EURO tetap dirasai di seluruh dunia (apa kena mengena minyak dengan bola?) Sukan bola sepak jika dilihat dari sudut positif, exercise untuk badan, dapat merapatkan silaturrahim antara peminat, dan lain-lain. Dari sudut negatifnya pula, terkadang sukan ini lebih menjadikan peminatnya lalai (bayangkanlah satu game mencecah 90 minit), malah bagi yang terlalu fanatik mungkin boleh timbul permusuhan atau asobiyah.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat pemain-pemain muslim bola sepak dunia yang menjadikan sukan bola sepak ini untuk menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada dunia (bola sepak sebagai dakwah?) Ini menunjukkan perbezaan antara mereka dengan pemain-pemain bola sepak biasa. Mungkin anda juga boleh menjadi peminat bola sepak yang berbeza dengan peminat-peminat yang lain. Fikir-fikirkanlah..
Muslim Footballer First Elevan
Keeper
Hadari. (Al-Ahly/Egypt) - 2 times best goal keeper of africa
Lilian Thuram (Barcelona/France)
Kolo Habib Toure (Arsenal/Ivory coast)
- “bring prayer mat to training ground..” reporter.
Bakary Sagna (Arsenal)
Eric Albidal (Bacelona/France)
- “He has been photographed many times carrying a copy of the Noble Qur’an at his training kits.” reporter.

Midfielder
Yaya Toure (Barcelona/Ivory coast)
- “After moving from France’s Monaco for 10 million euros, talented midfielder Toure made it clear that practicing Islam, including fasting, does not affect his successful soccer career. He was named by Eurosport in 2005 as one of the most promising young players in the world.“
Frank Bilal Ribery (Bayern Munich/France )-
“Fasting and get the best bundesliga player of the month..” Ribery said..
“Seeing Ribery while raising his hands and supplicating to God as any typical Muslims do makes me feel proud,” Ribery said..
“Islam is my source of strength either in or outside the playground,” he said. “I lead a difficult career and I was determined to find peace of mind, and I finally found Islam.” Ribery said.
Zinadine Yazid Zidane (Real Madrid/France)
- 3 times best player of the world..
Mohamad Abou Terika (Al-Ahly/Egypt)
-”sympathize with gaza..”
Striker
Frank Kanoute (Seville/Mali)
“Save a mosque in sevilla”
“Siapa yang tidak mengetahui ajaran Islam, tidak akan tahu bahwa puasa memberi kekuatan, dan bukan kelemahan. ” kata kanoute.
Nicolas Anelka aka Abd Salam Bilal (Chelsea/France)
“Allah menyukai Mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah”hadis…
______________________________________
“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”
Posted in
Isu-isu
|
Written on 8:49 PM by WhoSign
Selalu kita berpesan atau dengar orang pesan, “jaga batas pergaulan”, “selagi tidak melanggar batas syariat” dan lain-lain yang seumpamanya. Tapi, jelaskah kita apa sebenarnya batas-batas pergaulan tersebut?
“tidak keluar berdua-duaan lelaki perempuan bukan mahram”
“tidak bersentuhan antara lelaki perempuan bukan mahram”
“tidak bergurau berlebih-lebihan antara lelaki perempuan bukan mahram”
Dan mungkin ada definisi-definisi lain yang ditafsirkan mengikut fahaman dan pengalaman sendiri.
Jadi, apakah sebenarnya batas-batas tersebut? Antara tatacara pergaulan yang diungkapkan oleh Al-Imam Prof Yusuf Al-Qardawi dalam himpunan fatwa Muasirrah:
1. Menahan padangan dari dua belah pihak. Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah swt :-
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ......" [Surah al-Nur : 30-31]
2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya. Firman Allah swt :-
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...." [Surah al-Nur : 31]
Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.
3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah didalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:-
a. Perkataan - elak dari menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
b. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
c. Pergerakan - tidak melenggang-lenggok.
4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna2 yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu didalam batas2 keperluan sahaja, tidak berlebih-lebihan.
Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah pula menyatakan melanggar batas-batas pergaulan tersebut ialah apabila:
1. Khalwah - perempuan dan lelaki berdua-duaan di suatu tempat yang tidak ada orang yang nampak.
2. Perhiasan wanita - wanita tidak menutupi apa yang Allah perintah keatas tubuhnya, atau memakai minyak wangi, perhiasan barangan kemas atau percakapan yang boleh menarik minat lelaki kearah perkara-perkara yang tidak baik atau perasaan mereka.
3. Sentuhan fizikal - bersentuh lelaki dan perempuan
Menurut Majlis Fatwa Eropah bahawa jika 3 perkara ini dapat dielakkan, maka tidak ada bantahan bagi mereka menyertai apa2 majlis terebut. (Rujukan Fatwa : http://www.islamonline.net/)
Manakala Syiekh Muhammad al-Munajjid menggariskan beberapa batasan-batasan yang tertentu didalam pergaulan tersebut, diantaranya :-
1. Elakkan dari berkata2 perkara yang diluar topik.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal) eg: umur dsb.
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan di dalam hati.
Demikian pandangan dan pendapat serta fatwa daripada ulama-ulama. Harap kini telah jelas batas-batas pergaulan kita sehari. Justeru, marilah bersama kita sebarkan dan amalkan. Macam bertepuk sebelah tangan jugak, kalau kita tak terangkan pada orang yang kita hadapi atau bergaul sehari-hari, mesti agak asing bagi mereka dan sukar bagi mereka untuk menerimanya lantas kita pula yang dianggap pelik. Semuanya bermula daripada siapa? Ya.. diri kita.. So? Lets do it!
____________
__________________________
“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”.
Posted in
Dakwah / Agama
|
Written on 9:47 PM by WhoSign

Sekadar sedikit perkongsian. Sekian lama tak bermain catur, tiba-tiba ayah ajak bertanding tadi. Walaupun pernah terpilih menjadi wakil MSSNM dalam permainan tersebut dulu, jarang sekali dapat kalahkan ayah. Masa kecik-kecik
lagi la langsung tak berpeluang nak menang. Hmm.. Takpe la. Panjang pulak nanti kalau nak diceritakan kenangan-kenangan tersebut.
Berbalik kepada perlawanan malam ni. KEYAKINAN untuk menang tu ada walaupun dah lama tak main. Perlawanan bermula dengan ayah catur hitam dan saya catur putih. Dengan MATLAMAT yang tersendiri, masing-masing atur STRATEGI. Pertama kali main setelah sekian lama, masing-masing memberikan TUMPUAN dan FOKUS yang tinggi. Bibit-bibit kemenangan sudah mula terserlah apabila saya punya MATLAMAT TERCAPAI (bukan kemenangan matlamat utama saya). Biasalah mestilah gembira. Tapi, pada satu ketika giliran bertukar ganti dengan cepat, ayah makan catur saya dan saya terus makan catur ayah. Tup! Catur saya kena makan balik sebab saya TERUS JALAN tadi dan tak tengok betul-betul. TAK BERHATI-HATI. Akibatnya, di akhir perlawanan tersebut saya KALAH walaupun pada mulanya tadi saya dah HAMPIR MENANG.
Perlawan kedua pula saya menang dan perlawanan ketiga ayah menang. Kami berhenti setakat itu sahaja. Main sekali sekala bolehlah, jangan sampai leka pulak.
Sebenarnya, kehidupan seharian kita pun boleh jadi cam main catur jugak. Lihatlah perkataan-perkataan yang DIHURUF BESARKAN SEMUA. Semuanya ada kaitan. Jadi, sama-samalah kita fikir-fikirkan apa yang tersirat dan tersurat pastu kita jelmakan yang bermanfaat menjadi tindakan dan amalan. Tidakkah kamu terfikir?
______________________________________
“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”
Posted in
Motivasi / Tips
|