"Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf:179)
Dalam sebuah hadith menceritakan bahawa Rasululah membaca Qunut sebulan penuh kerana kabilah bani salim, ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah yang mengaku memeluk islam dan meminta kepada Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru untuk mengajar mereka, telah dibunuh oleh mereka.
“Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Ahmad)
Disamping itu, Imam Syafi'i rahimahullah berkata:
"Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib."(Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).
Doa Qunut Nazilah tidak ada penetapan, kerana sebarang doa boleh dibaca selagi ia masih dalam bahasa arab. Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat orang yang aneh dan tertolak, serta menyelisihi jumhur ulama. (Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.)
Panduan Qunut Nazilah
ERTI DOA QUNUT NAZILAH
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh. 2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja. 3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
Antara doa yang selalu dibaca:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِ أَعْدَاءِنَا، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلابِكَ، يَا قَهَّارُ يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِمُ، يا الله، يا الله، يا الله،
Rakyat Malaysia di jemput hadirdalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.
Anjuran:Aman Palestin Tarikh:10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari. Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yangdialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka diGaza. 3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyatPalestin di Gaza. Aktiviti:
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.
Seruan daripada Mursyid Am Ikhwan Muslimin kepada seluruh bangsa-bangsa di dunia untuk sama-sama memperteguh semangat setia kawan dengan penduduk-penduduk wilayah Gaza, Palestin
Kepada umat manusia yang enggan tunduk (kepada kezaliman) di seluruh pelusuk dunia
Kepada umat manusia yang sentiasa mengiginkan kebenaran, keadilan dan kebebasan
Kepada umat manusia yang mencari keamanan, ketenangan dan kesejahteraan
Kepada umat Arab dan Islam
Saya mengucapkan menerusi kamu ucapan bangga, mulia dan hormat kepada ummat Palestin yang berjuang di wilayah Gaza di atas ketahanannya, kemantapannya, imannya dan pengorbanannya.
Sesungguhnya Umat ini tidak hanya mempertahankan tanah-tanah sucinya, bumi dan tanahair semata-mata, bahkan mempertahankan kemuliaan ummah dan kesuciannya. Ia sebenarnya merupakan benteng penahan dan garis pertahanan yang pertama dalam menghadapi rencana Amerika dan Zionis yang bertujuan menundukkan ummah, merampas kekayaan-kekayaan sumber muka buminya serta meleburkan ciri-ciri khusus kebudayaannya.
Sesungguhnya, ketahanan, sifat bermati-matian yang telah ditunjukkan oleh umat (Palestin) yang gagah ini dengan izin Allah s.w.t akan menjadi faktor pemutus dalam menggagalkan serangan ganas ini yang bertujuan mematahkan kemahuannya, melemahkan keazamannya dan menggoncang penentangannya.
Tanpa syak lagi, wahai gulungan yang merdeka, bahawa semangat setiakawan kamu dengan umat Palestin akan memperkuatkan ketahanan mereka ini, akan menjadi bekalan dan aspirasi kepada golongan-golongan perwira di wilayah Gaza dalam menghadapi pencerobohan ganas gulungan Zionis, dalam perjuangan mereka ke arah pembebasan dengan kehendak Allah s.w.t.
Sebagai tambahan, saya ingin memperingatkan kamu, bahawa golongan musuh, zionis tidak akan melakukan penyembelihan yang dahsyat ini melainkan menerusi konspirasi antarabangsa, kebisuan, kelemahan, kelumpuhan, bahkan persekongkolan (kepimpinan) Arab.
Ingatlah! Harapan masa ini terletak pada ummah/bangsa-bangsa di dunia dan kelompok-kelompok pendesaknya yang aktif. Keupayaannya untuk membuat tekanan ke atas rejim-rejim dan pemerintah-pemerintah dunia Arab. Institusi-institusi masyarakat antara bangsa. Semuga kesemuanya melaksanakan tanggongjawab masing-masing dalam;
Menghentikan pencerobohan ganas terhadap penduduk wilayah Gaza
Memecahkan kepungan, membuka laluan Rafah dan mengangkat penderitaan daripada wilayah Gaza
Memutuskan segala bentuk hubungan diplomatik, politik, ekonomi dengan musuh zionis
Yang dituntut:
Berterusan dengan peryataan/pengisytiharan kemarahan dengan menggunakan segala cara secara aman yang dapat dilakukan, menghadapi pembohongan media massa yang dicanangkan oleh alat-alat media massa zionis dan sesiapa saja yang berligar di dalam orbitnya.
"Allah lagi akan memenangkan gulungan yang memenangkannya, sesungguhnya Allah itu Maha Kuat dan Perkasa.".. (Surah al-Haj, Ayat 40).
::::::::: become follower of this blog ::::::::: ::: download file from download section::: :::::::::::: vote in the poll sections :::::::::::: ::::::: leave a comment after reading ::::::: :::::::::::: say a word in chat box :::::::::::::