Search This Blog

Pengkid di Haram kan

Written on 4:02 PM by WhoSign

KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.

‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.

Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.


Demonstrasi Bantah Fatwa








1- pengkid tu memang dah haram, baru keluar fatwa..
2- apakah tindakan susulan selepas fatwa dikeluarkan?
3-apa nak jadi remaja2 ni.. dah ler pengkid, lawan hukum pulak..

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

1 Comment

  1. MOHD AFIQ |

    Ikut je la kata Majlis Fatwa. Yang cibuk2 nak bantah pasal benda baik nk wat pe? Bukan fitrah wanita menjadi tomboi. Kasar dan lasak sifat lelaki. Pikir la NGO2 semua.

     

Post a Comment