Search This Blog

Cermin Apakah Kita?

Written on 9:44 PM by WhoSign


Tatkala memikirkan something yang agak merunsingkan diri dan orang-orang sekeliling, tetiba come up with tajuk "cermin".


Cermin.. banyak jenis cermin. Ada cermin muka, cermin tingkap, cermin sisi, cermin mata, dan macam-macam lagi. Ada cermin yang boleh pantul sepenuhnya, pantul sedikit, lut sinar, lut cahaya dan macam-macam lagi jugak.


Cuba kita pergi kat cermin yang sinar, hampir tiada pantulan yang berlaku, means kita tak dapat nak tengok diri kita melainkan dalam situasi tertentu seperti keadaan perbezaan cahaya di bahagian dalam cermin dan cahaya di bahagian kita.


Cuba pula pergi ke cermin yang lut cahaya, sukar sekali untuk kita lihat pantulan padanya. Means, cermin jenis ini seperti tingkap-tingkap rumah, tidak dapat memantulkan imej kita semula.


Cuba pula pergi ke cermin yang legap, means cermin muka atau cermin dinding. Pantulan imej adalah sepenuhnya. Apa yang ada di depannya, itulah yang dipantulkannya.


Sekiranya penulis katakan manusia ini ada sifat bagaikan cermin, logik ke tak?


Renung sejenak dan fikir-fikirkan.. manusia ni kan.. ada yang seperti cermin lut sinar, ada yang macam cermin lut cahaya, dan ada jugak yang macam cermin muka atau cermin dinding.


Ada orang yang jenis menegur, memberi nasihat, menunjukkan, atau memberi refleks tatkala kita melakukan kesilapan seperti cermin muka atau cermin dinding yang memantulkan imej yang berada di hadapannya.


Ada pula yang jenis senyap jer, tidak kisah dengan apa yang berlaku, berlepas tangan, dan lain-lain seperti cermin tingkap (lut cahaya) yang tidak memantulkan langsung imej yang berdiri di hadapannya.


Manakala orang jenis yang lagi satu, kadang-kadang, mengikut keadaan tertentu, dia memberi refleks, menegur, atau memberi nasihat, dan adakala yang lain dia buat tidak kisah atau tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang berlaku.


Jadi, kita jenis cermin yang mana?


p/s: Saya suka untuk jadi cermin mata.. menerangkan pemandangan orang yang rabun.. menolong yang ragu-ragu, samar-samar, dalam persoalan atau permasalahan..


wallahu a’lam


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

2 Comments

  1. Anonymous |

    salam.....sekadar renungan sama..

    cermin...hebat skali..cermin dirimu..n pantulkan cahaya cermin mu buat yang lain..

    kamu adalah cermin buat temanmu..dan kamu juga perlu melihat diri kamu pada cermin...

    bagus skali kamu yang ingin menjadi cermin mata..namun,sentiasa berwaspada...jgn sampai cermin mu patah n rosak atau tidak sesuai dengan tahap kesamaran n kerabunan orang..

    penjelasan nya...
    cermin mata - untuk menerangkan kekaburan n kesamaran...
    patah nya cermin mata - menunjukkan kamu yang terjerumus dalam kekaburan

    tidak sesuai dengan tahap kerabunan - kamu tidak meletakkan syra' sbagai panduanmu..seperti mana yang biasa dedengari....matlamat itu tidak pernah menghalalkan cara...
    = sekadar pendapat segera...

    moga kamu thabat di jalan dakwah...wallahualam

     
  2. WhoSign |

    betul2..
    kalau cermin mata tu dah tak sesuai, kite tukar cermin mata baru..
    tuan punya cermin mata pun kene bagitau cermin mata tu ok ke tak ok..

    syukran atas pandangan tersebut.. will take it as advice..

    p/s: alangkah baiknya kalau letakkan sekali nama / url.. moga2 boleh dijadikan rujukan di masa hadapan..

    nevertheless, thanx for comment.. :)

     

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers